Bab 13

1.3K 29 0
                                    



'Aszra, kenapa tak bagitahu awak yang bakal kahwin dengan saya?' kedudukan Audra di atas katil diperbetulkan kemas menghadap Aszra. Tudungnya masih terlekat elok di atas kepala, masih lagi segan untuk mendedahkan sebahagian auratnya yang kini sah halal milik Aszra. Aszra yang sedang leka bermain fon sambil bersandar di kepala katil hanya diam tanpa memberi sebarang respon. sahaja ingin menyakat isterinya.

mata Audra mula membuntang. Di tatap dalam muka suaminya itu penuh pertanyaan. ' Aszra Arifie awak dengar tak saya tanya ni?'

Aszra menghulurkan muka sepuluh sen kepada Audra sambil menjawab 'bukan bakal, dah kahwin dah pun' di sambung semula menghadap phone.

'ASZRA!' suara Audra sedikit meninggi. Jari runcingnya automatik mencubit lengan Aszra.

'Auchh!' Erang Aszra sambil menggosok di bahagian lengan yang terkena cubitan Audra. Audra yang tidak menyangka akan perbuatannya terasa serba salah, namun cuba dikawal.

Aszra membetulkan kedudukan menghadap Audra. benar-benar matanya memandang mata Audra. Audra mula tidak keruan namun dikawal perasaannya. 'Ahh sudahhh cool Audra Sophea cool. dia sengaja je ni nak mengusik kau.'

'awak cubit-cubit saya ni  kenapa? nak bagi signal ke? awak nak manja-manja dengan saya eh?' aszra sudah sedikit berganjak ke depan. hembusan nafas aszra benar-benar terdengar di telinga audra. posisi audra sudah mula berganjak sedikit ke belakang. terkebil-kebil mata audra di buatnya.

'eeeeeeeeeeee awak ni! saya tanya lain lain yang awak jawab!' audra cepat-cepat menolak aszra lalu dia terus menyelubungkan dirinya bersama comforter. dalam hati audra mengomel 'eeeeee terus aszra ni teruk teruk!'


aszra terus mendakap mulut menahan ketawa. geli hati melihat gelagat isterinya umpama budak kecil. patutlah jadi cikgu. dipandang sosok tubuh yang dibaluti comforter. dah mcm pocong pun ada isteri dia ni. dia mengambil semula posisi awalnya. namun matanya masih tertacap pada sekujur tubuh audra.

'awak, dah lah tu tak payah nak jadi ulat beluncas. dah mcm apa saya tengok. saya pun tak tahu saya kahwin dengan awak. tahu tu tahu la tapi tak sangka rupanya mawar yang saya kejar selama ni. Yasmin kata awak awak nak jadi pengantin lari? eee buat malu je.. nasib baik awak tak lari kan? kalau tak melepas awak dengan hero pujaan malaya ni. emm tak patut tak patut' sakat aszra. kepalanya digeleng-geleng walaupun tidak dilihat audra. audra lantas bangun dari posisi ulat beluncasnya. keningnya terus terjengket sebelah sambil merenung dalam mula aszra. Aszra yang tadi cuba menahan gelak akhirnya terluah juga. namun segera di kawal lalu dihulurkan muka serius kepada Audra.

'awak ingat kelakar? memang la saya nak lari! awak ingat saya nak sgt ke kat awak? tolong la. ni pun sebab ibu tau! dah la awak berdiam diri berbulan-bulan! kalau saya tahu awak yang kawin dengan saya, dah lama saya suruh yasmin yang ganti tempat saya! awak tau tak saya gerrr.......'

satu kucupan hangat hinggap ke bibir audra. audra terkesima dengan kelakuan aszra. matanya tidak berkelip memandang aszra. lagak muka aszra seakan tiada apa-apa yang berlaku.

'haa.. diam pun. kena cium baru nak diam kan? sayang, awak pergi buka tudung tu. saya ni dah sah jadi yang halal untuk awak, dan awak juga sebaliknya. okay?' kata aszra sambil membelai pipi audra. audra jadi tak keruan. seperti dipukau, audra menurut sahaja perintah aszra. langkah audra ke ampaian untuk menyangkut tudungnya di perhati aszra.


bagai terpukau aszra melihat isterinya ketika itu. matanya sedikit tak berkelip melihat audra menyisir rambutnya yang lurus mencecah pinggang. leher audra yang putih jinjang melemahkan iman aszra. benar,wanita yang berada di hadapannya sekarang bagai bidadari. audra yang perasan dengan kelakuan suaminya terus menegur.

'kenapa awak pandang saya mcm nak telan saya? awak lapar ke? nak saya masakkan sesuatu?' ujar audra kepada aszra. aszra yang kaget terus pura-pura membetulkan posisi kedudukannya.

'ehh tak tak. cepat sikit sikat rambut tu boleh tak? awak nak tidur bukan nak ke mana. esok saya nak kerja. sekarang jam 0000. bila pula saya nak bangun nanti? esok kejutkan saya jam 0530 tepat. lambat saya cas awak nanti. faham?' ujar aszra sedikit tegas. bagai audra juga diperlakukan seperti anggotanya yang lain.

'awak kerja? awak kita baru bernikah petang tadi esok awak dah kerja? baju kerja awak dah iron belum? nak saya iron kan sekarang?' audra mulai kaget. mana tidaknya, tugasnya sebagai isteri untuk menjaga setiap kelengkapan suami perlu dilaksanakan sebaiknya. mata audra melilau mencari di mana baju kerja aszra.


'gelabahnya lah isteri aku ni. awak ni berkahwin dengan tentera. awak ingat tentera ni mcm orang awam? boleh apply cuti berminggu-minggu? kat pejabat saya banyak lagi kerja saya tak siapkan. awak jgn risau. baju saya yang dah disiap iron dah saya letakkan kat bilik persalinan. ada masa nanti saya ajar awak macamana nak iron baju baju saya. tugas awak sekarang, tutup lampu. dan tidur. faham? saya mengantuk ni. jgn sampai saya hilang mengantuk, habis awak saya 'kerjakan' nanti.'' ujar aszra sedikit nakal. matanya memandang audra dengan penuh maksud.

dengan muka mencebik, cepat cepat audra menutup lampu.

Cinta Si Abang LorengWhere stories live. Discover now