bab 1

4.7K 187 1
                                    

Sara berpaling kepada rakannya Agnesia yang melambaikan tangan memanggilnya. Sara menggeleng tanda tidak mahu ke tempat duduk Agnesia, dia terus menyiapkan assignment nya. Akhirnya, Agnesia mengalah terpaksa juga dia yang berganjak ke tempat Sara.

Agnesia mengomel sendirian apabila Sara tidak mempedulikannya, dia cuba memberitahu Sara sesuatu, "Sara kau ada pendamping tak?" Sara menekan pen, dia merenung ke arah mata kawannya, dia rasa Agnesia sudah tidak siuman dari semalam. Asyik bercakap tentang benda mengarut, hilang virgin lah, Vampire lah, esok-esok entah nenek kebayan pula jadi topik.

Agnesia cuba menyakinkan Sara bahawa apa yang dikatakan benar, " kau nak hilang virgin? Sebab dorang suka gadis dara apa lagi yang bersendirian macam kau" Sara menarik nafas dan berkata dia tidak percaya benda karut mengarut begitu. Agnesia menceritakan lagi bahawa dua tiga hari lalu, ada seorang gadis kolej ini juga yang menjadi mangsa Vampire. Gadis itu penghujungnya menggantung diri sendiri.

Sara tidak tahu mengapa boleh percaya benda begitu karut, di dunia ini mana ada Vampire, ingat ini cerita orang putih ke dalam wayang. Kelihatan Adam muncul dari belakang Sara dan cuba mengejutkan Sara, tetapi Sara tidak beremosi. Dia menarik kerusi dan menyertai perbincangan antara Sara dengan Agnesia. Ternyata Adam juga cerita benda yang sama. Sara menutup telinga dengan kedua tapak tangan.

Kini Adam dan Agnesia berkerjasama untuk menyakinkan sahabat mereka yang keras kepala itu, Adam cuba menakutkan Sara tetapi tidak berhasil. Apa yang membuatkan Sara berfikir sejenak apabila, Adam menyatakan bahawa terdapat Vampire yang juga menyamar sebagai budak kolej.
Adam menunjukkan seorang pelajar section 1, yang merupakan penyamar tegar dan sudah berjaya memerangkap banyak gadis dara. Sara menelan air liur, mendengar kisah itu, Adam menepuk meja, Sara terjerit kecil dan menutup mulutnya.

Mereka mentertawakan Sara dan semakin kuat pendirian Sara tidak percaya pada kewujudan Vampire yang meragut nilai dara pada diri gadis sunti.

Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]Where stories live. Discover now