Sara memasang lampu pada ruang tamunya, terasa letih yang sungguh pada hari ini kerana terpaksa mengemas bilik stor yang sudah bersepah.
Dia mahu mandi dan terus memeluk bantalnya. Sebelum dia berbuat demikian, pendengarannya tertumpu pada bunyi bising di atas.Dia naiki tangga perlahan-lahan dan memang tidak silap lagi betul ada orang sedang menceroboh biliknya. Dia membuka pintu dan menekan suis lampu cepat-cepat.
Jantungnya seakan terhenti melihat terdapat dua orang lelaki wajah samar-samar sedang bergaduh sesama sendiri. Namun, kedua orang lelaki tadi keluar dari cermin jendela menyebabkan tingkap itu pecah, selepas terdengar Sara menjerit.Sara tergesa-gesa turun ke bawah mengambil telefon, cuba untuk menghubungi Agnesia. Agnesia menyambut panggilan Sara, Sara bercakap seperti hilang nafas, "Agnes, kau datang sini sekarang, aku takut!" Sara hampir ternangis. Terdengar suara Agnesia dalam talian, "aku tak boleh, pendamping aku kata tak boleh" Sara kecewa dengan tindakan kawannya, pendamping apa yang kawannya merepek? Sara menangis ketakutan dan menyampaikan kata-kata terakhirnya sebelum memutuskan panggilan dengan Agnesia " kalau aku mati malam ni, sebab kau!"
Sara duduk di atas sofa lembut berwarna biru, dan menangis ketakutan dalam hatinya, asyik menyalahkan Agnesia. Tiba-tiba sekali lagi dia terdengar bunyi sesuatu sedang masuk ke tingkap biliknya yang sudah pecah. Dia berdiri dan keluar dari rumah, melihat siapa-siapa yang ada di luar untuk membantunya.
Pada masa yang sama, Adam menyelinap masuk ke tingkap bilik Sara yang sudah berkecai. Sara tidak tahu yang bunyi tadi didengarnya adalah berpunca dari Adam, Adam mengambil beberapa minit mengesan bau yang tertinggal bekas pergaduhan dua Vampire tadi. Adam menyedari dan terus beredar, semasa dia melompat keluar dari tingkap bilik Sara, dia ternampak Sara berada di luar, panik.
Adam muncul dari belakang, "Sara masuk dalam rumah!" Sara menoleh dengan mata berkaca di sertai oleh perasaan takut, " tolong aku, aku takut tadi ada orang...bercakar depan mata aku" Sara menggenggam tangan Adam berharap agar Adam membantuya, Adam suruh Sara masuk di rumah dan pergi tidur. Sara memekik dia takut, dia tidak mahu ada orang cuba bunuh dia, tetapi Adam menyatakan bahawa dia selamat, " dia ada dekat sana, kau selamat!" Adam meleraikan genggaman tangan Sara dan meninggalkannya seorang.
Sara tiada pilihan lain dia terus masuk ke dalam rumah juga. Belum tahu lagi bagaimana dia mahu tinggal di situ selepas menyedari ada dua orang hendak membunuhnya.
YOU ARE READING
Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]
Про вампировAdakah semua anak dara sunti dapat diselamatkan? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Mulalah membaca buku Alam Vampire ini Alam Vampire A/N: thank you for supporting this book til the end. #andasangatdihargai Published: August 2016 Co...