Suasana pada malam yang sungguh mengerikan, di luar terdengar bunyi jeritan gadis ketakutan, kadang - kadang terpampang wajah sekumpulan vampires dengan bengis sedang mencari mangsa yang berkeliaran. Agnesia menutup telinga tidak dapat melelapkan dua pasang matanya walaupun Vampire Bat ada menjaga di sebelah.
Adam pula sibuk meronda - ronda kawasan yang mencurigakan, di mana menjadi tempat pertemuan para vampires.
Pada masa yang sama di lokasi berlainan, terdapat dua orang vampires dipercayai satu ialah ketua segala vampires yang bertanggungjawab memberikan arahan untuk aktiviti serangan seterusnya. Kelihatan seorang ahli Vampire datang termengah-mengah, memberi khabar, " Vampire Andy, tiga ahli kita mati lagi, luka sama!" Vampire yang dikenali dengan nama Vampire Andy menendang tong sampah di tepinya, " dia memang tak tahu erti takut" Vampire Andy membelakangi semua ahlinya dan tersenyum, dia tahu apa rancangan seterusnya.
Sementara di rumah Sara, iaitu di biliknya, Sara kelihatan nyenyak tidur walaupun tingkapnya yang pecah tempoh hari hanya ditutupi dengan sehelai kain berwarna merah gelap.
YOU ARE READING
Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]
VampireAdakah semua anak dara sunti dapat diselamatkan? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Mulalah membaca buku Alam Vampire ini Alam Vampire A/N: thank you for supporting this book til the end. #andasangatdihargai Published: August 2016 Co...