Zone 4: akhirnya buku ini sampai ke penamatnya. #andasangatdihargai
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸"Dan saya tak akan dapat kembali ke alam saya lagi"
Vampire Joel menamatkan ceritanya. Sara merenung mata Vampire Joel dengan penuh makna. Tidak sangka Vampire Joel bersungguh-sungguh demi dirinya, Sara mengenggam tapak tangan Vampire Joel.
"Joel bolehkah kita bersama?"
Pertanyaan kali kedua keluar di mulut Sara.
Vampire Joel tersenyum dan menjeling pada Sara, " betulkah awak nakkan saya? Awak tak menyesal?"
Sara mengangguk dan kemudian menggeleng kepala tetapi dia tahu mereka tidak sama dan mungkin itu mustahil.
" sudikah awak berkahwin dengan saya, Tuan Sara?" Vampire Joel menelan air liur, takut jika Sara menolak kali ini.
Sara berdiam diri raut wajahnya memperlihatkan seribu kekeliruan. Sara melepaskan genggaman pada tangan Vampire Joel,
" awak tak bergurau kan Joel?"
" hubungan kita akan dipersetujui jika awak kahwin dengan saya, maksud saya antara manusia dengan Vampire"
Sara masih keliru, dia menyangka Joel akan menipunya. Tambahan lagi, apabila Joel berkata mereka perlu berkahwin di alam Vampire.
Sara tetap dengan pendirian bahawa itu suatu yang mustahil, tetapi Vampire Joel membuktikan bahawa mereka bukan yang pertama.
Terdapat banyak sudah kejadian seperti manusia dengan Vampire jatuh cinta dan mereka dapat bersama.
Sara berfikir beberapa minit. Dia sangat cintakan Joel dan begitu juga Joel. Perlahan-lahan Sara capai tangan kanan Vampire Joel dengan lembut.
Sara bersetuju dengan mengiyakannya.
Mereka berdua tersenyum malu.
*TAMAT*
↔↔↔↔↔↔↔↔↔↔↔↔↔
"Dalam dunia ni tak ada sesiapa yang boleh melindungi diri kita daripada bahaya, atau bencana. Tetapi kita hanya boleh memohon perlindungan daripada Tuhan melalui doa."~Cancan ☺
YOU ARE READING
Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]
VampireAdakah semua anak dara sunti dapat diselamatkan? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Mulalah membaca buku Alam Vampire ini Alam Vampire A/N: thank you for supporting this book til the end. #andasangatdihargai Published: August 2016 Co...