bab - 3

3.2K 157 0
                                    

" Cik Sara, ada soalan?" Pertanyaan Prof. Hashim menyebabkan Sara yang tertidur- tidur ayam  terganggu. Agnesia yang duduk berjauhan sedikit dari Sara melontarkan pandangan kepada sahabatnya. Selesai masa pertama, Agnesia menuju ke tempat duduk Sara, "kau okey Sara, aku tengok muka kau pucat" Sara tidak memberi respon kepada rakannya.

Adam juga menarik kerusi ke meja Sara, sambil memberitahu info-info terkini mengenai aktiviti Vampires. Dia dengan serius menyatakan bahawa hari ini akan ada serangan besar-besaran, jadi semua orang patut balik awal berkurung di rumah.
Agnesia dihantui dengan perasaan bimbang pada Sara, kerana sehingga hari ini pendamping Sara belum sampai-sampai.

Adam menepuk meja seperti selalu, membuatkan Sara memberikan pandangan tajam, Adam menambah , " Oh, Sara dia dah tiba, kau tak perlu risau" Sara mencebik kepada apa yang dikatakan oleh Adam. Melihat Sara masih tidak yakin, Adam menerangkan lagi, " ya pendamping kau, tapi aku tak tahu kenapa dia ni kepala batu juga macam kau, tak nak muncul " Agnesia pula gembira setelah mendengar berita tersebut.

Sara tidak mengendahkan mereka, kerana jika teringat tentang peristiwa semalam, satu orang kawan pun tidak datang membantu, terpaksa dia berjaga sepanjang malam. Kemudian,
Sara menolak tangan kawan-kawannya dan menyuruh mereka kembali ke tempat duduk masing-masing. Selepas itu, dia meletakkan kepalanya di atas meja dan cuba tidur sebelum lecturer lain berganti masuk.

Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]Where stories live. Discover now