bab - 13

2.1K 139 0
                                    

"Lembap! aku suruh lain bukan ini!" Vampire Ryan mendengus kuat, apabila seorang Vampire suruhannya tersalah orang. Target utama mereka sekarang ialah menculik Sara, kerja itu mudah sahaja, jika gadis dara itu memakai rantai tanda Vampire Joel, tetap baunya boleh dijejaki.

Mereka tidak melepaskan gadis dara tadi jadikan darahnya sebagai habuan. Mereka bukan menghisap dara dari tengkuk atau leher mana-mana gadis dara yang diculik, tetapi sebenarnya darah gadis itu, disimpan dalam satu bekas besar. Apa yang mereka mahu cuma darah gadis sunti, bukan sebab kejelitaan atau tubuh badan mereka.

Beralih pada rumah Sara, Sara menyikat rambutnya, bersiap sedia untuk ke kolej. Vampire Joel yang tidur di atas bumbung terjaga, dia menjenguk tuannya yang sedang berdepan cermin. Sara mengambil beg dan segera turun ke bawah, terkejut melihat kelibat Vampire Joel sudah sedia duduk menunggu. Sara membuka mulut, " bila masa? Awak..." Vampire Joel memotong, " saya hantar tuan Sara hari ni, sebab saya rasa mereka sedang rancang sesuatu " Sara keliru lagi, siapa lagi mereka? Berapa banyak Vampires yang masih berlegar-legar di luar, dan mengapa ada yang mendamping, kemudian ada yang membunuh.

Vampire Joel tidak berharap untuk menjelaskan semuanya pada Sara, dia tahu Sara tidak akan faham. Dia mahu mendukung Sara tetapi Sara memberi cadangan supaya mereka cuma berjalan kaki.

Oleh itu, mereka berjalan kaki bersama ke kolej sebelum matahari berada di puncak, Sara memegang tangan Vampire Joel sepanjang perjalanan walaupun tidak diminta.

🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Terima kasih pada sapa yg sudi baca...terus sokong buku ni okey?

-Cancan ☺
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹

Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]Where stories live. Discover now