Vampire Joel tersedar dari tidur apabila cahaya matahari mulai membakar tubuhnya, dia menyelinap masuk di bilik tuannya, Sara, dan bersembunyi di dalam almari pakaian yang gelap. Dia cuba menutup mata tetapi rasa tidak sedap hati, seperti Vampire Andy dan Ryan sedang merancang sesuatu. Dia tahu mereka berdua memang tidak akan berhenti mengganggunya sehingga dia binasa. Dia tidak jadi meneruskan tidurnya.
Pada masa yang sama situasi di kolej section 7, persahabatan Sara dan Agnesia semakin baik dari hari itu tetapi tidak dengan Adam. Sara tidak boleh terima mengapa Adam boleh jadi apa? Separuh dari Vampire? Sudah itu kenapa dia tidak berteduh di rumah? Tidur pada waktu siang? Sara menjeling Adam, terasa meremang bulu tengkuk.
Sepanjang masa tutorial Sara tidak dapat menumpukan perhatian, kadang-kadang Adam mencuri lihat rantai yang tergantung di leher Sara, rupanya pendamping Sara sudah menonjol. Ringan sedikit tugas pada setiap malam, di mana asyik berkejar meronda gadis dara yang belum berpendamping.
Masa belajar tamat, ada pelajar yang masih stay di kolej untuk kelas pada waktu malam, bagi Sara dia mahu pulang cepat takut terserempak dengan makhluk mata hitam lagi, vampire.
Dia berjalan kaki keluar dari kawasan kolej, terdengar satu suara " sshhh..." Sara menoleh ke belakang dan lihat lelaki semalam. Lelaki itu mengangkat kaki Sara dan menggendongnya di depan khalayak ramai, Sara meronta-ronta, " eerh, pergilah!" Sekali lagi Sara rasa kaki tidak memijak tanah, kali ini dia rasa betul-betul terbang.
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Terima kasih YukookHyuminMinSoo sebab bagi pendapat yang sangat membina, sudah tentu! Penulis akan gunakan idea, cara penulisan itu, untuk penulisan BUKU-BUKU yang akan datang. Pada buku/cerita ini teknik penulisan masih kekal. 😅🙏 Idea anda sangat dihargai. 👍👍👌
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹

YOU ARE READING
Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]
VampiriAdakah semua anak dara sunti dapat diselamatkan? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Mulalah membaca buku Alam Vampire ini Alam Vampire A/N: thank you for supporting this book til the end. #andasangatdihargai Published: August 2016 Co...