" kenapa awak ni, saya boleh jalanlah!" Sara mencebik pada lelaki itu, Vampire Joel. Vampire Joel meletakkan tangan kirinya di dadanya, dan tunduk di hadapan Sara " saya menjalankan tanggungjawab melindungi tuan Sara" Sara berpaling ke arah lelaki itu, mata mereka bertentangan sebentar, walaupun Sara benci dengan benda karut tetapi lelaki di hadapan nampak macam bukan vampire.
Sara menanya mahukan kepastian sama ada Vampire Joel ini adalah tergolong dalam makhluk mata hitam atau tidak, Vampire Joel terpaksa mengiakan sahaja dia tahu tuannya tidak suka. Dahi Sara berkerut, " awak pergilah tinggalkan saya, saya tak suka makhluk macam awak" Sara membuang pandangan jauh-jauh. Dalam hatinya, dia akan sangat kecewa jika Vampire Joel memilih untuk meninggalkannya, sebenarnya dia suka pada lelaki itu.
Vampire Joel berganjak pergi dari bilik Sara. Sara menoleh seakan tidak percaya, kata pendamping tetapi tinggalkan tuannya, Sara duduk di atas katil dan segera menutup muka dengan tangan, beberapa minit kedengaran tangisan kecil olehnya. Dia rasa sangat kecewa dan sakit hati apabila Vampire Joel betul-betul meninggalkannya.
Vampire Joel mendengar suara tuannya menangis di dalam bilik dia membiarkan seketika, dia teringat akan cik tuannya yang pertama, sangat berbeza dengan tuannya sekarang. Cik tuannya dahulu juga seorang gadis, tetapi nilai dara tidak dapat diselamatkan kerana sikapnya yang cuai tidak peduli, sekarang dia cuba untuk lebih protective nampaknya tuannya suruh dia pergi selepas itu menangis. Apakah dia perlu buat?
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Terima kasih bebanyak siapa yg baca, vote dan komen ♥♥
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
YOU ARE READING
Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]
VampirosAdakah semua anak dara sunti dapat diselamatkan? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Mulalah membaca buku Alam Vampire ini Alam Vampire A/N: thank you for supporting this book til the end. #andasangatdihargai Published: August 2016 Co...