Adam meneruskan kewajipannya meronda kawasan pada malam Jumaat itu, ada berita yang menyatakan semua Vampire akan mencari mangsa pada malam Jumaat. Parah jika begitu. Tiba-tiba kedua telinganya menangkap bunyi jeritan seorang gadis, dia mengikuti suara itu. Perangkap! Dia dikepung oleh empat orang geng vampire, satu daripadanya menghayun kayu besbol, Adam membetulkan posisinya.
Dusss! Satu tendangan padu dari Adam melekat pada wajah seorang daripada mereka, Adam mencabar lagi yang lain, ketika salah satu cuba memukul Adam menggunakan kayu besbol, Adam sempat lagi mengelak dan menendang kayu itu menyebabkan kayu tersebut terbuang jauh. Keempat - empat vampire itu kini berkerja sama, tangan Adam ditarik ke belakang, seperti kes buli serentak itu, satu tumbukan singgah di perut Adam, Adam termuntah darah. Kuat dan keras betul tumbukan itu.
Adam terbaring ke tanah, vampire tadi mengeluarkan kuku panjang ingin menebuk isi perut Adam, sekali lagi darah memercik ke udara. Vampire itu meradang melihat rakannya tercabut kepala dari badan, dia mencakar dan terkena pada lengan Vampire Joel. Darah berganti darah, dengan hanya sekelip mata Vampire Joel menyudahkan semua Vampire yang membelasah Adam.
Adam bangun sambil menahan perutnya disertai oleh darah sedikit di mulut,mengucapkan terima kasih pada Vampire Joel, walaupun dia tidak tahu siapa lelaki itu, Vampire Joel memberi isyarat tangan dan lesap begitu sahaja. Adam juga berbuat benda sama, dia patut balik mengubati dirinya yang cedera.
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Terima kasih bebanyak pada sesape yg sudi vote & komen, terutama pade frhjmli sabar ye, nanti saya update ikut jadual. Apapun ni dia dah update. 😉😉😉👌👌
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
YOU ARE READING
Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]
مصاص دماءAdakah semua anak dara sunti dapat diselamatkan? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Mulalah membaca buku Alam Vampire ini Alam Vampire A/N: thank you for supporting this book til the end. #andasangatdihargai Published: August 2016 Co...