bab - 12

2.1K 170 3
                                    

Vampire Joel masuk tingkap bilik Sara, Sara terkejut dan menjerit. Dia berhenti apabila melihat itu ialah Vampire Joel yang sedang mencari sesuatu, Sara ternampak Vampire Joel berdarah di lengan, dia menutup mulut. Sara mencari peti kecemasan dan menarik tangan Vampire Joel untuk membantu membalut luka berdarah itu selepas dibubuh antiseptik.

" terima kasih" Vampire Joel berkata ikhlas, Sara menyoal dari manakah dia dapat luka teruk begitu. Vampire Joel tidak memberi jawapan. Sara berkata lagi betulkah Vampire Joel adalah pendampingnya, jawapan yang keluar dari mulut cuma, "saya bertanggungjawab memastikan tuan Sara selamat" Sara tergelak.  " kalau saya suka awak?" Sara menutup mulut, dia sudah terlepas cakap di depan Vampire pendamping itu.

Mata Vampire Joel bersinar menatap kembali mata tuannya, Sara, pipi Sara menjadi merah. Apabila terlihat lelaki berambut panjang ikal itu merenungnya, tidak tahu mengapa dia mungkin sudah jatuh hati pada seorang makhluk yang pada mulanya dia tidak suka.

Vampire Joel keluar dari bilik Sara, dan terbang ke atap rumah itu. Dia menjadikan tempat itu sebagai tempat untuk memantau keselamatan tuannya, dan juga sebagai tempat berehat pada waktu malam. Jika siang menjelma baru dia bersembunyi di bawah katil atau almari Sara, itupun jika Sara sudah pergi ke kolej. Jika tidak dia akan tinggal di atas pokok buat sementara waktu.

Memang sudah menjadi lumrah hidup sebagai pendamping.


🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Saya nampak nama baru yg vote utk buku ni...apapun terima kasih siapa yg komen/vote/baca, sudilah sokong buku ini sehingga ke hujungnya. 😊

~Cancan
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹

Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]Where stories live. Discover now