Zone 3: sekejap lagi buku ini akan melabuhkan tirainya! Harap anda masih bersama saya kerana #andasangatdihargai
"Joel boleh tak awak beritahu bagaimana awak muncul semula?"
Joel merenung ke dalam anak mata Sara, jika dia terangkan pasti Sara akan gelakkan dia, sebab sebenarnya dia juga sama seperti Sara.
"Betulkah awak nak tahu? "
Sara mengiakan bersedia mendengar apa sahaja.
"Sebenarnya..."
Joel mula berbicara dan masa kembali pada hari di mana alam vampire sudah tertutup bagi alam manusia.
-Imbas kembali-
"Tidak!"
Vampire Andy sempat menjerit sekali gus semua manusia menghilang dan alam kembali menjadi gelap. Semua vampires yang cuba untuk membuat rusuhan ditangkap oleh vampires pengawal.
Vampire Andy dibawa pergi begitu juga dengan mayat Vampire Ryan manakala, badan vampire Joel yang cedera parah di usung ke kubu Vampire 101 untuk dirawat.
* * *
Seminggu selepas kejadian itu.
"awak dah sedar Vampire Joel"
Vampire Joel bangun sambil memegang kepala yang sakit. Rakannya, Vampire Mark sudah lama menunggu saat tersebut.
" Sara...Sara macam ma-naa-"
Vampire Joel masih kelihatan lemah manakala, Vampire Mark menarik nafas dalam-dalam dan menceritakan mengenai perkara yang berkaitan.
" Vampire Joel, alam kita sudah jauh dari mereka, manusia semua selamat dan mereka sudah tidak perlukan kita"
Panjang lebar Vampire Mark menerangkan dengan sekali hembus sahaja semua perkataan. Vampire Joel masih teragak-agak, kemudian satu tepukan di bahu diberikan oleh Vampire Mark sebagai tanda sokongan.
Vampire Mark meninggalkan dia seorang diri di bilik. Fikirannya tidak henti-henti pada Sara.
bagaimana dengan Sara sekarang? Sara sudah lupakan aku? Tapi aku...
Vampire Joel menutup muka, tidak mungkin dapat berjumpa dengan Sara lagi, seperti yang Vampire Mark katakan 'alam kita sudah jauh' lagipun Sara dan dirinya berbeza sangat berbeza.
YOU ARE READING
Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]
VampirosAdakah semua anak dara sunti dapat diselamatkan? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Mulalah membaca buku Alam Vampire ini Alam Vampire A/N: thank you for supporting this book til the end. #andasangatdihargai Published: August 2016 Co...