"Sara jom main futsal,"
Adam mengajak Sara yang cuma duduk di kerusi mengelamun. Sara menolak dia masih teringat-ingat tentang peristiwa beberapa minggu lalu.
Bukan mudah untuk dilupakan.
Adam dahulu juga sebahagian daripada makhluk Vampire, tetapi pada hari itu diri Vampire nya telah ditarik dan sekarang dia hidup seperti manusia biasa. Sara terfikir alangkah bagusnya jika pendampingnya Joel begitu.
Air mata mengalir sekali lagi, dia mengosok matanya dan cuba melihat Agnesia dan rakan yang lain sedang bermain futsal di gelanggang yang disediakan di kolej mereka.
Kelihatan semua orang bergembira, ketawa girang dan bahagia. Bagaimana dirinya?
Dia perlukan sedikit masa untuk sembuh. Dia asyik terbayang wajah Vampire Joel, yang pada mulanya dia benci kemudian suka.
Tidak mungkin.
Sara menggeleng kepalanya, mana boleh jatuh cinta dengan orang yang tidak diketahui asal usulnya. Lagipun, Vampire Joel bukan manusia. Mungkin dia patut lupakan sahaja.
Kenapa orang lain boleh lupakan pendamping mereka begitu sahaja? Kenapa aku susah sangat? Dia menyalahkan diri.
Agnesia kembali mengambil botol airnya, dia membawa Sara. Sara tetap menolak, katanya dia tiada mood.
Agnesia menarik juga tangan Sara untuk bersama mereka bermain futsal. Sara pergi dengan terpaksa.
---
tolong kepada sesapa yg dah lupa pasal cerita ni, pls buat revision balik, abih tak lama lagi cerita ni nak tamat. sory tak pernah saya lambat update chaptr. baru pertama kali ni, hampir berminggu juga sepatutnya update seminggu sekali. keep supporting this book it will end tak lama lagi. kepada new readers time kasih yng sudi add book ni and follow me... #andasangatdihargai ♥♡♥
YOU ARE READING
Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]
VampiroAdakah semua anak dara sunti dapat diselamatkan? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Mulalah membaca buku Alam Vampire ini Alam Vampire A/N: thank you for supporting this book til the end. #andasangatdihargai Published: August 2016 Co...