Dia menghayunkan pedang dan akhirnya Vampire Joel luka pada paha. Vampire Andy menjilat mata pedang, dan ludah kembali.
"pergh, asal pahit darah kau ni Joel?" Mengejek.
Vampire Joel yang sudah berlutut, seperti apa yang dikatakan pedang tersebut memang sakti, direka khas untuk melemahkan mana-mana Vampire dan digunakan untuk membunuh Vampire yang ingkar pada peraturan.
Vampire Andy menambah lagi satu libasan pedang pada bahu Vampire Joel.
Arrrggh!
Vampire Joel mengerang kesakitan memegang bahunya.
Sara tergamam melihat dan berlari mahu mendapatkan pendampingnya, tetapi Adam menarik tangan Sara, mengatakan bahaya.
Sara serba salah, Adam tahu apa yang dia rancang dengan Joel sejak mereka dalam perjalanan ke kubu ini. Dia memegang bahu Sara, sambil menerangkan sesuatu.
"Sara sekejap lagi tempat ni, akan dikelilingi oleh vampires, kita kena selamatkan alam ni"
Sara tidak putus-putus memandang Vampire Joel, yang sedang sengsara di bawah vampire Andy.
Adam mengoncang Sara yang masih tidak sedar, Sara memandang rakannya.
"tapi Joel..."
Adam menyakinkan Sara bahawa Vampire Joel sudah memikirkan cara yang lebih baik bagi menyelamatkan alam manusia dari diambil oleh Vampire.
"Guna rantai leher Joel bagi tu!"
Adam sudah mengesan kehadiran berpuluh-puluh Vampires akan datang, Sara memegang rantai yang terdapat pada lehernya, dia kemudiannya menarik sehingga terputus dari lehernya.
Agnesia memandang sahabatnya Sara.
Adam juga memandang Sara.
Sara berpaling pada pendampingnya.
🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆
Yo, semua! Kita dah melangkah ke era tahun 2017. Azam lama atau baru? ☺ apapun, happy 1st January 2017 and keep supporting this book. Anda sangat dihargai.🙏💐💐💐💐💐
YOU ARE READING
Alam Vampire [Vampire + Fanfiction]
VampireAdakah semua anak dara sunti dapat diselamatkan? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Mulalah membaca buku Alam Vampire ini Alam Vampire A/N: thank you for supporting this book til the end. #andasangatdihargai Published: August 2016 Co...