Rumah banglo tiga tingkat itu di masukinya. matanya melilau mencari penghuni dalam rumah nih tapi sepertinya tiada orang. dia melangkah masuk dengan longlai menuju ke biliknya.
"hi sayang..baru balik.."semasa dia melintasi ruangan tengah rumah, dia ditegur. lalu, dia memandang pada tuan empunya suara yang sedang mendekatinya.
"papa..penat la kerja kat sana..tengok kul brapa apple baru balik..pa klau cam nih..bosannya hidup apple..kul 8.30 masuk kluar kul 11.30. pa..bleh tak apple kerja ngan papa ja.."apple meluahkan perasaannya pada papanya.
Dato Rahim hanya tergelak dengan luahan anaknya itu. dia menarik anaknya ke sofa di ruang tamu mereka.
"sayang dah lupa ke apa yang sayang bagitau papa hari tu..yang sayang nak mula dari bawah..so papa rasa kat sana sayang akan blajar banyak perkara.."Dato Rahim berkata pada anaknya sambil membawa anaknya duduk di sisinya.
"tapi pa..masa tu kan apple tak tahu yang kerja kat sana tak sronok macam nih.."apple memeluk papanya dari samping.
"sayang..papa nak anak papa tahu tentang semua jenis coffee n cara penggunaannya. hanya kat cafe saja sayang bleh blajar smua nih..sebab di sana..sayang bleh tahu coffee macam mana pembeli inginkan dari penjual. kita sebagai pembekal kita kenal tahu kemahuan mereka apa.."apple mendengar kata-kata dato rahim dengan menarik muka masam.
ingatan apple kembali pada kata-katanya seminggu yang lalu.. "Jadi barista pun bolehlah..daripada aku jadi penganggur terhormat kat rumah..sementara waktu ja..nati aku cari kerja len.."apple terkejut pabila Dato Rahim mengoncangkan bahunya.
"hishh..budak nih..kita cakap ngan dia..bleh plak dia mengelamun..dah la..pegi rehat..esok kita berbual lagi..papa pun dah ngantuk nih..tunggu apple balik dari tadi.."Dato rahim bangun dari duduknya dan meninggalkan anaknya sendiri.
"pa..tunggu la dulu..pa blikan apple apartment dekat ngan cafe tuh..nati apple takyah ulang alik g keje..penat la pa nak drive.."apple melaung pada papanya yang sudah mendaki tangga.
"nati la papa pikir..dah pegi rehat..kata tadi penat."sayu-sayu kedengaran suara papanya sebelum papanya masuk ke dalam bilik. apple mengeluh seblum melangkah naik ke biliknya.
apple membaringkan badannya di katil. penat yang terasa hilang seketika setelah berbaring di tilam empuk. dia menarik nafas dan hembus.
ingatannya kembali pada kerjanya tadi. dia suka kerja tu, lagipun nih pengalaman pertama dia sebagai barista. tapi kenapa skrang dia brasa malas dan tak menyukai kerja tu. mungkin dia penat kot. sebab tu pikiran dia begini.."ahh..baik aku mandi.."apple bangkit dari baringnya dan berlalu ke bilik air.
*******
seorang lelaki masuk ke dalam cafe tersebut saat pekerja sedang mengemas kerana sekejap lagi cafe akan dibuka.
"ting tong"
bunyi loceng pada pintu itu telah mengambil perhatian smua pekerja. lelaki tersebut masuk dengan senyuman manis terukir di bibir. para pekerja juga turut memberikan senyuman pada lelaki tersebut.
"maaf encik..cafe kami blum buka..ada pape yang bleh saya bantu.."aleesya yang sedang mengelap cermin berdekatan pintu masuk bertanya.
lelaki itu memandang pada aleesya dan senyumannya masih terukir. lelaki itu melihat aleesya dari atas hingga bawah dan kembali memandang aleesya.
"zul..lama tak jumpa ko..dekat dua minggu juga ko takde..ko gi mane hah.."rayqal yang baru masuk memeluk bahu zul dan menepuk-nepuknya. manakala yang len membuat kerjanya kembali.
"nih mesti pekerja baru kan..dua minggu aku takde bukan aku bercuti pun..aku ada kerja len kena buat.."zul berkata sambil mata masih memandang aleesya, rayqal disebelahnya tak pandang langsung.
aleesya dah kemerahan pipinya kerana malu. dia menundukkan kpalanya kerana tidak dapat mengenali lelaki yang berdiri di hadapannya ini. sedangkan lelaki itu memakai baju pekerja cafe sama macam dirinya.
"tak yah malu..saya faham..assalamualaikum..saya Faizul tapi panggil zul..awak.."Faizul masih memandang pada perempuan di hadapannya yang sedang menunduk. dia dapat melihat wajah perempuan itu kemerahan, pasti dia malu. "cutenya!" teriak faizul dalam hati.
"dia aleesya..ko jangan nak gatal sangat..dia dah berpunya..btw..ko datang sorang ke..cinta hati ko mane?masih bercuti ke?"rayqal melilau pandang mencari seseorang.
faizul naik lemas dengan pelukan bahu rayqal. dia menepis rayqal dan membetulkan bajunya.
"dah..dah..ko jangan nak kepoci sangat..aku naik atas dulu.."faizul cuba berlalu untuk pergi. matanya melilau mencari seseorang. dalam dia mencari, matanya terpandang perempuan yang sedang mencuci mesin barista. dia mendekati perempuan itu.
"ehemm..hemm.."
perempuan yang sedang khusyuk dengan kerjanya memandang pada Faizul. perempuan itu memandangnya sedikit ragu.
"hi apple..slamat bekerja di sini..smoga ko dapat menjadi seorang barista yang bagus..btw..bleh bawa naik americano, hazelnut dan caramel machiato kat bilik sana 30 minit lagi.. bleh.."faizul berkata dan menunjuk bilik yang perlu dia hantar minuman tersebut.
"zul..ko buli budak baru hah!"seorang perempuan cina mendekati mereka. faizul memandang pada perempuan tersebut sambil tersenyum.
"cheryl i cari u..jumpa i jap..i nak laporan, apa yang berlaku sepanjang dua minggu i tak ada.."cheryl mengangguk. dia memandang apple dengan tersenyum sebelum berlalu mengekori faizul.
"cheryl jap..nak tanya tu sapa?"apple memanggil cheryl untuk mengetahui tentang faizul. kebetulan aleesya yang sedang mendekati kaunter untuk meletak template yang terjatuh ke lantai.
"oh..faizul tu tangan kanan bos pertama.."bisik cheryl sebelum dia pergi. dia tak mahu faizul dengar apa yang dia katakan pada apple tentang Faizul.
"kak apple Faizul tackle akak ke?"aleesya menyoal apple dengan tersenyum.
apple memandang pada aleesya dan dia tersenyum. "takde la..dia minta akak bawa minuman tuk dia 30 minit lagi.." aleesya mengangguk.
"knape..dah berminat ke dengan faizul?" sambung apple lagi.
"hishh..akak nih..saya tanya je la..lagipun saya dengar tadi, rayqal kata faizul dah ada makwe.."ujar aleesya sambil tersenyum.
"jadi betul la..aleesya suka dia kan.."apple tergelak dan semakin kuat pabila dia melihat pipi aleesya merona merah.
"Rees buah tangan tuk i mane..u pergi bercuti lama-lama takkan takde pape tuk i.."kedua mereka memandang pada empunya suara yang sedang berjalan beriringan dengan seorang lelaki yang tampan, wajahnya yang putih dan kemerah-merahan serta rambut yang berwarna dark brown potong pendek dan pacak-pacak, menyerlahkan ketampanannya.
tuan empunya suara tadi tersenyum pada apple dan aleesya sebelum berlalu pergi manakala lelaki di samping perempuan itu langsung tidak memandang mereka.
"kak siapa lelaki bersama cik sabrina tu..tak pernah nampak pun..bleh tahan juga rupa dia.."aleesya berbisik pada apple setelah perempuan dan pasangannya itu telah naik ke atas.
"entah..first time akak nampak..mungkin pakwe cik sabrina kot..sesuai la ngan dia lelaki tu..cik sabrina pun bleh tahan lawa juga rupa dia.."apple berkata. matanya masih memandang pada pasangan tadi yang telah menghilang di atas.
"akak pun lawa juga kot..jeles saya tau tak.."aleesya berkata. apple tergelak dengan kata-kata aleesya.
"ok la..akak nak buat air yang faizul mintak tadi..nati tengahari kita sambung lagi.."apple berlalu ke blakang untuk siapkan minuman yang di pinta oleh faizul tadi.
"ok kak..saya pun nak buat kerja saya la..nati kita rehat sesama k.."aleesya juga berlalu pergi.
#########
guys..guyss...cuba vote n komen skit..camne best x citer nih..pada pendapat korang citer nih camne?komen la skit..nati smangat juga saya nak tulis citer nih....
YOU ARE READING
Barista✔
Romance"Jadi barista pun bolehlah..daripada aku jadi penganggur terhormat kat rumah..sementara waktu ja..nati aku cari kerja len.."-apple. "nyesal plak datang kl..ingatkan dapat kerja bagus tapi susah juga nk cari kerja skrang..klo aku balik umah skrang na...