Part 14 - We over, i hate u idiot..

864 34 0
                                    

"Pagi honey..."apple yang baru kluar dari bilik ditegur oleh arees yang sedang membuka pintu rumah.

"eh..eh..jap..jap.."arees yang ingin kluar memandang apple yang sedang mendekatinya. arees memandang apple dari atas hingga bawah. dia tertelan air liur. knape la perempuan nih seksi sangat dengan kemeja puteh yang besar paras paha n sluar pendek atas paha.

"ko nak kemana..dah lupa apa yang ko janji smalam.."apple bercekak pinggang mengadap arees. arees yang sedang menyarung kasut berfikir.

"kita ada janji nak ke mana ke?aku ada keje kat luar nih..tengahari nanti la kita kluar..ada urgent hal..sorry honey..i memang tak ingat.."setelah siap pakai kasutnya, dia menarik pintu untuk menutupnya.

"tunggu..ko jangan brangan nak kemana ye.."apple menahan pintu dari tertutup. dia membuka kembali dan menarik telinga arees agar arees kembali masuk ke dalam rumah.

"duh..duhhh..sakitt.."arees memegang tangan apple yang menarik telinganya.

"honey..sakit...please jangan main tarik tlinga.."arees merayu dengn mengapik kdua tangannya dan memohon pada apple.

"jangan nak ber'honey' sangat..aku bukan honey ko..ari nih panggil aku bos..masuk skrang..aku nak g shopping..nak bersiap jap.." apple menolak arees ke sofa. arees terjatuh ke atas sofa. arees membetulkan duduknya dan mengusap telingannya.

"honey...abang betul-betul ada meeting pagi nih..bleh tak kita..." apple membuat sign kunci mulut pada arees.

"'honey abang' hanya lam mimpi ko..berbulu tau tak telinga aku..duk situ sampai aku kluar..nak g mandi..klau ko kluar juga..we over.."apple berlalu masuk ke biliknya tanpa menunggu jawapan arees.

Aizara meletakkan beg besarnya berdekatan pintu utama. dia membelakangi pintu dan bergerak untuk masuk ke biliknya kembali. ketukan di pintu membuatkan dia melompat terkejut.

"opocot..mak kau.."Maisara yang kluar dari biliknya tergelak pabila melihat keletah aizara.

"weh..buka pintu tu..tengok siapa yang datang.."

aizara membuka pintu dan tersenyum pabila melihat bosnya tersenyum lebar di muka pintu.

"pagi bos..awal sampai..kami blum siap kemas lagi.."wajah Arees terus berubah pabila aizara berkata begitu. mukanya seperti gelabah membuatkan aizara heran.

"bos ok tak nih..masuk la dulu bos..saya turunkan beg jap.."aizara berkata lagi.

"jap..takyah..fadhil, irwan korang ambik barang nih bawa turun ke hillux..korang dah siap kemaskan..cuma nak bawa turun je kan?"arees bersuara tegas. aizara mengangguk.

maisara kluar dan terlihat bosnya berbual dengan aizara bersama bosnya ada dua orang lelaki yang tidak dia kenali. maisara mendekati bosnya.

"bos..pagi..awal bos sampai..saya blum turunkan beg lagi.."

"klo korang dah siap..jom pergi..barang-barang korang mereka berdua akan bawa turun. jom pergi, banyak lagi kerja aku nak buat.."maisara mencebik, sakit pula hati dia dengar suara bosnya. tak pernah nak berlembut. ada je ayat dia yang buat dia sakit hati. aizara mencubit bahunya.

"sakit la zara..ko cubit aku knape.."

"mulut ko tu molek skit bleh..bos kita tu.."bisik aizara pada maisara.

"aku tak kata apa pun ok.."

"ko memang tak kata..tapi hati ko tu tengah menyumpah dia..aku bleh baca dari riak wajah ko..sabar la skit..dia kan memang macam tu..biarkan je la.."

"korang berdua dah puas mengumpat pasal aku..klau dah jom pergi.."arees meninggalkan aizara dan maisara terkaku di hadapannya kerana tertangkap sedang mengumpat tentang bosnya.

Barista✔Where stories live. Discover now