"nyesal plak datang kl..ingatkan dapat kerja bagus tapi susah juga nk cari kerja skrang..klo aku balik umah skrang nampaknya aku yang malu..abah n mama mesti perli aku tak sudah-sudah..nyesalll!" maisara berguling-guling di atas katil sambil memeluk bantal peluk. Mulutnya masih menyumpah-nyumpah dirinya sendiri.
"weh..ko knape nih duk mgomel sesorang..apa yang menyesal sangat nih.."Aizara mendekati maisara yang sedang berguling-guling di atas tilamnya. dia melabuhkan punggungnya di sisi maisara.
"takde la..aku cuma rasa menyesalnya datang sini..tengok la kita..blajar sampai degree tapi keje kat cafe. gaji kita nak hidup kat sini pun tak mampu tau.."omel maisara. aizara terbaring di sebelah maisara. dia menatap siling sambil berfikir tentang kata-kata maisara.
"betul apa ko kata tu..gaji kita tak mampu nak hidup kat sini..tapi apa kata kita pindah cari rumah yang lagi murah dan dekat dengan tempat kerja..lagipun aku dah slesa kerja kat sana..nak cari kerja baru bukan senang..kita still la dulu kat sana nak?..sbulan dua je lagi..sambil-sambil tu..jom la kita cari kerja len.."cadang aizara.. dia membalikkan badannya menatap maisara.
"nati la aku pikir..dah pegi tido..aku dah ngantuk..ko.. klau lambat tido lagi..cuba search cari rumah sewa yang dekat ngan tempat kerja kita..dah..kluar..kluar..gud nite.."maisara menolak aizara turun dari katilnya. dia menarik slimut dan menutup badannya. aizara hanya mampu mengelengkan kpalanya sambil tersenyum.
*****
"buatkan aku affogato.."apple yang terkejut dengan suara arees yang berbisik di telinganya membuat apple melompat. Arees tergelak besar dan menjauh sedikit dari apple.
"dah..takyah nak mlompat sangat..buatkan air yang aku minta tadi.."Arees membuat muka seriusnya. apple mendengus kasar.
"jangan nak mlawan sangat..smua dah balik ke..aku tengok ko sorang je masih kat sini.."Arees melihat sekeliling.
"klau dah tahu wat pe tanya..dah jangan ganggu aku nak praktik nih..nah cuba rasa latte nih.."apple menghulurkan cawan pada Arees.
Arees mengambilnya dan meminumnya. "tak sedap..ko nih dah nak dekat dua minggu blajar benda nih..tak reti-reti lagi ke?"marah Arees. dia meletakkan cawan dengan kasar di atas meja depan apple. terhinjut bahu apple kerana di marah begitu.
"klo tak sedap gtau la elok-elok..jangan nak mengamuk..dah la..aku nak balik.."apple menanggalkan apronnya dan meletakkan pada kabinet dapur.
Arees membelakangi apple. dia meraup wajahnya, sedar akan kesilapannya. dia berpaling memandang apple.
"apple..tunggu ada benda aku nak bincang dengan ko..ini untuk kebaikan kita bersama.."Arees menahan apple dari pergi semasa apple melintasinya.
Arees menarik apple memandang dirinya. "cam nih..apa kata..seminggu dua nih..ko stay ngan aku..aku ajar ko bancuh kopi..dengan cara nih..kita ada banyak masa bersama untuk aku ajar ko..klo time kerja aku jarang ada kat.sini coz aku ada kerja len yang perlu aku fokus.."Arees berhenti sejenak berkata. dia memandang apple, melihat reaksi apple dengan apa yang dia katakan. pabila apple tidak menunjukkan sebarang reaksi. dia mengeluh..
"ko pun takyah berulang alik jauh-jauh..ko tak penat..rumah aku kat depan nih ja..jalan kaki pun sampai..jimat duit minyak n tenaga..lepas tu ko usha la umah len klo tak nak tinggal umah aku lagi..kat apartment umah aku tu banyak umah yang nak disewa. ko bleh la cari-cari..aku bukan apa..aku kesian kan ko..tadi aku terdengar ko mengeluh dengan papa ko..aku.simpati..aku cuma nak tolong.."sambung arees panjang lebar.
apple mengalihkan pandangannya ke arah len. Dia tidak begitu slesa dengan tatapan Arees. Arees menarik tangan apple untuk mendapat reaksinya.
"weh..aku cakap ngan ko nih..jawab la..nak tak..ko patut bersyukur n bangga tau ada bos cam aku.."Arees memuji dirinya sendiri. apple masih terdiam dan menunduk.
Arees menarik dagu apple agar wajah apple memandang wajahnya. "ko tak stuju..aku cium ko.."Arees mendekatkan wajahnya pada wajah apple. dua inci, seinci,..apple berpaling kearah len.
Arees tergelak besar..dia melepaskan pegangan Apple dan menahan perutnya agar tidak kesakitan kerana tergelak besar. "dah..jom..tido umah aku malam nih.."arees menarik apple mengikutinya. apple hanya menurut. wajah apple dah merona merah, arees membiarkan saja. dia suka tengok wajah apple macam nih..hatinya tercuit. dia tersenyum sendiri sambil menarik tangan apple.
mereka berjalan beriringan meredah pekat malam. apple disebelahnya hanya terdiam saja. Arees tersenyum sendirian.
"knape kita jalan kaki!"senyum Arees mati pabila apple bersuara. apple menatap arees tajam.
"oh..hari nih aku g keje jalan kaki.."padahal ketenya ada kat stesen lrt ampang. tadi dia tinggalka kat sana sebab dia balik guna lrt. jalan nak ke sini sesak coz masa dia balik ke Cafe waktu tu waktu puncak..jalan jem n dia malas bersesak di atas jalan.
"ko tak suka jalan kaki.."soal arees. apple mengelengkan kpalanya.
"saja aku cuma confius.."apple menatap langit hitam..melihat keindahan waktu malam.
"ko suka..klo ko tinggal ngan aku..stiap malam ko bleh tengok..aku cuma nak jadikan ko barista yang hebat..papa ko mengharapkan ko menjadi seorang barista yang hebat..Dato Rahim, dia banyak bantu aku dalam perniagaan kat cafe aku masa first-first aku buka cafe tu..aku pernah kena tipu dengan pembekal kopi tapi di saat aku hampir bankrap, Dato Rahim bantu aku, bekalkan serbuk kopi pada cafe aku..jadi aku nak balas budi dia..aku akan jadikan kau seperti apa yang papa kau inginkan.."Arees berkata. dia tidak tersedar yang apple telah tertinggal di belakang. apple terkejut dengan pengakuan arees. arees begitu bersungguh-sungguh nak bantu dia.
"weh..ko dengar tak apa yang aku gtau nih.."Arees memanggil apple bila apple langsung tidak menjawab pertanyaannya. Arees berpaling ke sebelah..baru dia tersedar apple takde di sisinya. dia memandang ke belakang mencari kelibat apple. terkejut dia bila melihat apple berdiri tidak jauh darinya sambil menatapnya.
"ko knape.."arees mendekati apple.
"aku minta maaf coz dah salah faham dengan ko..lepas nih aku janji..aku akan jadi seorang barista yang hebat..aku akan berlatih bersungguh-sungguh..ajar aku k.."apple berkata sambil menatap Arees penuh pengharapan.
"dah jom balik.."arees menarik tangan apple berjalan dengannya.
"lepas nih..dengar kata aku..jangan nak bantah-bantah lagi.."Arees berjalan beriringan bersama apple. dia mengengam jari jemari apple.
apple merona merah pabila merasa jari jemarinya di genggam arees. dia menatap arees dari sisi. mencari jawapan dari arees dengan apa yang sedang arees lakukan. tapi wajah arees tampak biasa. sepertinya arees tak sedar dengan apa yang dia lakukan. apple membiarkan saja perbuatan arees. dia tersenyum sendirian.
"so ko tinggal ngan aku kan..aku nak tanya nih..ko kesah tak kita tido skatil.."Arees masih tidak memandang apple. dia tahu saat ini apple mesti malu dan pipinya akan merona merah. dia tersenyum dalam hati. dia gembira sangat malam ini coz apple akan tinggal bersamanya dan kedua, apple membiarkan dia mengenggam tangan apple dan mereka jalan beriringan seperti sepasang kekasih.
"k..ko..siyes ke..sdi..sdiakan lah bilik tuk aku..bilik kat umah ko kan ada tiga.."Apple berkata sambil menunduk. dia malu untuk menatap arees. kenangan dia memeluk arees saat tertido kembali di ingatannya. dia malu sendiri. secara drastik kpalanya tergeleng-geleng.
"ko apsal plak tergeleng-geleng nih..sakit ke?"arees menahan kpala apple dari berpusing-pusing. pabila yakin kpala apple terhenti. dia melepaskannya dan kembali berjalan. tangan apple di capainya dan mereka berjalan beriringan.
YOU ARE READING
Barista✔
Romance"Jadi barista pun bolehlah..daripada aku jadi penganggur terhormat kat rumah..sementara waktu ja..nati aku cari kerja len.."-apple. "nyesal plak datang kl..ingatkan dapat kerja bagus tapi susah juga nk cari kerja skrang..klo aku balik umah skrang na...