Part 23 - Kemana Arees

616 23 1
                                    

Apple berlari masuk ke dalam rumah, dia membuka pintu bilik arees tapi tiada, bilik kerja kosong dan biliknya juga tiada orang. apple mengeluarkan fonnya dan mendail nombor arees tapi tidak berjawab. dari pagi tadi lagi dia call tapi arees mematikan fonnya. dia risau, peristiwa pagi tadi betul-betul membuat hatinya menangis. tapi dia masih inginkan arees. dia ingin berada di sisi arees saat arees bersedih.

dia menuju ke bilik arees dan berbaring di katil arees. dia harap arees akan balik malam nih untuk bertemu dengannya. Dalam hatinya, dia berdoa agar arees datang padanya.

Apple tersedar dari tidonya. dia memandang sekeliling ruang bilik yang sunyi. masuk hari nih, dah seminggu arees menghilang. arees tidak balik ke sini, ke cafe tak datang. ke ofis designer dia pun dia tak pergi. puas dia cari tapi arees tetap dia tidak jumpa.

Dia tak tahu, kemana lagi dia harus cari arees. sampai hati arees tinggalkan dia tanpa kata dan bicara. dia tak sangka peristiwa minggu lepas adalah hari terakhir dia melihat arees.

Dia bangun menuju ke bilik air, kpalanya terasa pening. dia berhenti dari bangun cuba mengawal peningnya. bila dia rasa dah baik, dia bangun berdiri dan menuju ke bilik air.

"bobbb.."

apple terjatuh ke lantai tidak sedarkan diri.

"assalamualaikum Dato.."seorang lelaki mendekati Dato Rahim yang sedang duduk di samping sebuah katil.

"waalaikummussalam..Dato apa khabar.."lelaki itu menyalami Dato Rahim.

"macam nih la zul..apple pun still macam nih.."Dato Rahim memandang pada Apple yang terbaring kaku di katil di sisinya, matanya terbuka tapi dia tidak bercakap dan hanya terdiam. kadang-kadang, air mata mengalir kluar di pipinya.

"Dato bleh saya berbicara dengan apple sekejap.."Dato Rahim mengangguk, dia bangun dan berlalu kluar.

"assalamualaikum apple..aku nih faizul.." Faizul duduk di kerusi Dato Rahim tadi.

"apple..arees kirimkan aku ke sini..dia mintak maaf coz dia tak dapat datang..dia tiada di sini tapi dia mintak aku sampaikan sesuatu pada ko..aku harap bila kau dengar perkara nih..ko tidak lagi berkeadaan begini.."Faizul mengelap air matanya yang jatuh di pipinya.

"arees mintak maaf banyak-banyak dari ko. dia kata, dia terpaksa buat begini sebab dia taknak ko terluka seperti sabrina. dia mahu ko bangun dan mulakan hidup seperti sebelum dia hadir dalam hidup ko. jangan tunggu dia coz dia takkan kembali lagi ke sini. apple.." Faizul melihat air mata apple juga mengalir dipipinya. semakin lama semakin banyak. Faizul membiarkannya.

"Arees nak apple kawin..jika apple kawin dan lupakannya, dia akan kembali ke sini semula. tapi dia mahu apple lupakan dia terlebih dahulu. apple..aku merayu pada ko..lepaskan arees..biarkan dia sendiri. dia dah cukup tersiksa dengan hidupnya. apple bangun please..jangan hukum diri ko begini. arees tersiksa di sana. dia juga turut menghukum dirinya kerana ko begini. dia asyik mencederakan dirinya dan menyalahkan dirinya dengan apa yang berlaku. aku merayu apple..aku sayangkan arees..bila dia begini..aku tidak sanggup melihat dia..aku juga tidak sanggup melihat ko..korang berdua sedang merosakkan diri korang..bangun la apple demi arees."air mata yang faizul tahan akhirnya jatuh jua.

Faizul duduk melutut di samping katil apple. tangan apple digenggamnya. "apple..aku merayu pada ko..bangun la apple..mulakan hidup baru..bantu arees dalam pada masa yang sama bantu diri ko sendiri..apple..aku akan begini sehingga ko bangun..aku tak kisah brapa lama..aku akan tunggu kau dalam keadaan berlutut begini.."Faizul membiarkan air matanya jatuh. dia dah tak kisah. dia tak kisah menangis demi arees.

"waaaaaaaaaa...waaa...huhuhu...."

Jeritan apple kedengaran, dia bangun dari baringnya dan menolak semua yang hampir dengannya. Dato Rahim dan aleesya menyerbu masuk bila terdengar jeritan apple. kemudian, datang seorang nurse juga doktor mendekati apple.

Barista✔Where stories live. Discover now