Part 6 - Penangan Coffee

910 26 0
                                    

Faizul memasuki dapur cafe, dia memandang bosnya yang siap memakai apron dan sedang membelakanginya mengadap mesin barista. Faizul tersenyum pada bosnya itu. Disamping bosnya terdapat aleesya dan apple.

di atas meja di hadapannya juga terdapat beberapa jenis kopi yang digunakan di cafe ini. Faizul hanya mencuri dengar penerangan yang diberikan oleh bosnya itu kepada kedua perempuan di samping bosnya.

"korang kena tahu penangan coffee akan membuat pelanggan tergila-gilakan coffee. klau korang pandai membancuh coffee mengikut citarasa pelanggan..korang akan jadi barista yang hebat tau..untuk itu, korang kena kenal setiap jenis coffee dan kualiti coffee yang perlu di gunakan untuk menghasilkan coffee yang sedap.." apple dan aleesya mengangguk tanda faham apa yang diperkatakan oleh Arees. arees menatap mereka tajam sebelum menyambung penerangannya.

Faizul tersenyum sebelum berlalu pergi menyambung kerjanya. biarlah arees dengan baristanya itu. banyak lagi kerja dia ingin lakukan. tercuit hatinya melihat arees mengajar pekerjanya. tak pernah dalam sejarah arees masuk dapur mengajar pekerjanya menjadi barista. biasa dia akan bagi tugas mengajar itu pada dia atau tidak pun cheryl.

kali ini memang luar biasa. aleesya dan apple ada aura yang membuatkan bosnya boleh tunduk pada pekerjanya. Arees si diktaktor telah menjadi arees si piktor. Faizul tersenyum sendirian sambil keluar dari dapur.

******

"mai ko prasan tak bos besar kita tu bukan lelaki tulen.."maisara yang sedang melipat kain sembahyang memandang aizara.

"mane ko tau..ko tak baik tau tuduh sebarangan.."maisara cuba menepis tuduhan aizara.

"kak saya pun rasa begitu.."aizara dan maisara memandang aleesya yang baru masuk untuk sembahyang.

"knapa korang kata macam tu.."maisara menyoal lagi.

"akak prasan tak body dia ada bentuk tapi tidak begitu jelas coz dia pakai kemeja yang tidak begitu menonjol body..suara dia tidak terlalu garau dan macam pompuan. tangan dia cantik.."

"sempat ko pranti erk smua tu leesya.."aizara berkata.

"smalam kan dia ajar saya bancuh kopi jadi sempat la saya tengok smua tu.."aleesya tersenyum pada mereka berdua.

"siapa nama bos kita sebenarnya.."maisara memandang aleesya.

"berdasarkan google yang saya search smalam..pemilik merangkap pengurus besar cafe nih Farisya Allena Dato Izuddin. Sabrina Dato Ronald Oh plak pengurus kewangan merangkap partner Arees. Mereka berdua merupakan pemilik cafe nih. cuma share bos besar kita tu lebih banyak jadi dia yang jadi bos besar. Faizul Rahimi pembantu juga orang kanan bos besar kita. Cheryl dan Badrul adalah barista. Aizat Rayqal pembuat kek dan cookies. Akbal, balqis, izzati adalah pekerja biasa."panjang lebar aleesya berkata.

"nampaknya mereka bukan orang sebarangan juga kan..anak dato seh.."aizara berkata.

"jadi nama dia Farisya allena tapi panggil arees..prasaan tak bos kita tu cam ada hubungan je ngan cik sabrina."maisara berkata. dia memandang kiri kanan agar tiada sapa yang dengar melainkan mereka bertiga.

"entah la kak..saya tak pasti..kemungkinan tu ada kot. kak dah la saya nak solat..tak patut saya mengumpat plak kat tempat cam nih.."aleesya tersenyum sebelum bangun untuk mengambil wudhu.

Di sebalik pintu, seseorang telah terdengar perbualan mereka. perempuan itu kembali ke bawah dengan penuh persoalan. hajatnya untuk berehat di bilik solat tidak jadi kerana terdengar perbualan itu.

######

maaf part nih pendek..coz xde idea sangat masa karang citer part nih..pape pun..hope u guys like this story..don't forget to vote for my story..luv u guysss...

Barista✔Where stories live. Discover now