Dua orang perempuan memasuki sebuah cafe yang terletak di sebuah rumah kedai tiga tingkat yang lama tapi ia tidak ternampak usang tetapi unik dan klasik. Rumah kedai itu nampaknya telah diubahsuai menjadi sebuah cafe yang cantik dan popular.
"ting tong.."
Bunyi bell yang terdapat pada pintu berbunyi. Pabila pelanggan memasuki cafe tersebut, loceng itu akan berbunyi dan pekerja cafe tersebut akan ketahui ada pelanggan yang masuk.
Kedua perempuan itu disambut dengan senyuman manis dan ucapan slamat datang dari penjaga kaunter. Mereka berdua turut tersenyum dan mendekati kaunter tersebut.
"yes misses..nak order apa? di sini kami ada pelbagai jenis menu seperti yang terdapat di board atas..bleh saya ambik order?" penjaga kaunter itu bersuara.
Dua orang perempuan itu melihat pada board menu yang berada pada dinding atas di blakang kaunter. selepas lima minit mereka berfikir dan berbincang antara mereka lalu mereka membuat order.
"bagi saya green tea ais dua.." salah sorang daripada mereka berkata.
penjaga kaunter tersebut mengambil order mereka. dengan tersenyum penjaga kaunter bertanya lagi.
"ada apa-apa lagi nak tambah..cik nak minum kat sini atau take away?"soal penjaga kaunter itu lagi.
"take away..miss.."salah sorang dari mereka berkata tapi berhenti sejenak. perempuan itu melihat tag nama yang tertera pada baju penjaga kaunter dan dia tersenyum.
"miss cheryl bleh saya tanya..begini saya tengok kat luar ada iklan kerja kosong.. jadi klau masih ada..kami berdua ingin memohon kerja di sini.."perempuan tadi menghabiskan kata-katanya yang terhenti tadi.
penjaga kaunter itu tersenyum, dia memandang kedua perempuan itu dari atas turun ke bawah. pabila dia berpuas hati dengan penampilan keduanya, penjaga kaunter itu bersuara.
"oh..kerja kosong..kejap ye, korang berdua bleh jumpa bos saya..kejap ye.."penjaga kaunter itu memanggil seorang lelaki yang sedang mengemas meja yang tidak jauh dari mereka.
"Bad sini jap.."panggil penjaga kaunter itu. lelaki yang bernama Bad itu mendekati mereka.
"yo cheryl apsal.."soal lelaki itu pabila mendekati mereka. Penjaga kaunter itu tersenyum lelaki itu.
"Bad ko tolong bawa mereka jumpa sabrina, diorang nak minta kerja.."pinta cheryl.
"ok bos.."siap dengan gaya seperti pengawai polis menerima order dari bos besar, lelaki tu memberi tabik. mereka semua tersenyum dengan tingkah lelaki tersebut.
"guys..jom aku bawa korang..korang nak kerja sini ke..aku harap korang berdua dapat..lagipun kami skrang tak cukup kakitangan..klau korang ada..kurang skit kerja aku.."omel lelaki itu pada kedua perempuan yang mengekori mereka. mereka berhenti di sebuah bilik yang terletak di tingkat atas. sempat juga kedua perempuan itu memuji kecantikan cafe ini semasa mereka menuju ke bilik di hadapan mereka nih.
"tok..tok..tok.."lelaki itu mengetuk tiga kali pada pintu di hadapan mereka. dari dalam kedengaran suara perempuan meminta mereka masuk.
"come in!"Badrul mengangguk pabila mendengar arahan dari dalam. dia membuka pintu perlahan dan menjengukkan kpalanya.
"cik sabrina..ada dua orang perempuan datang untuk memohon kerja.."lelaki tadi memberitahu perempuan yang berada di dalam. lelaki itu masuk ke dalam bersama dua orang perempuan tadi yang berdiri di belakangnya.
seorang perempuan yang sedang mengadap kerjanya di meja kerja memandang pada mereka. perempuan itu memerhati pada kedua perempuan itu atas dan bawah sebelum bersuara.
YOU ARE READING
Barista✔
Romance"Jadi barista pun bolehlah..daripada aku jadi penganggur terhormat kat rumah..sementara waktu ja..nati aku cari kerja len.."-apple. "nyesal plak datang kl..ingatkan dapat kerja bagus tapi susah juga nk cari kerja skrang..klo aku balik umah skrang na...