AKU bersama dengan ibu berada di SMK BBST untuk pendaftaran ke tingkatan 6 di pejabat sekolah bersama cikgu yang bernama Cikgu Farah.
"Puan, nasib baiklah baru bulan 6. Kalau tak, tahun depanlah nasibnya kena masuk." Kata cikgu Farah pada ibu.
"Saya pun dah tak tahu nak hantar dia belajar kat mana lagi." Kata ibu sambil memandangku. Cikgu Farah angguk kepalanya tanda faham.
"Cikgu, bila boleh Nizam masuk form 6?" Soal ibu.
"Oh, besok pun boleh." Kata Cikgu Farah yang sedang menaip pada komputer riba sambil melihat fail dokumen aku.
"Cikgu, jadual untuk besok?" Aku mula mencelah.
"Jadual? Buat apa? Kamu pun tak tahu subjek apa kamu nak belajar." Cikgu Farah gelak kecil. Aku mula malu dan garu kepala yang tidak gatal itu.
"Besok kamu just pakai baju kemeja yang formal, seluar warna hitam dan barang-barang nak belajar lah. Macam pencil box, beg and whatsoever." Cikgu Farah terang padaku untuk besok. Aku angguk kepala lagi. Matanya masih tertancap pada komputer riba dan fail dokumen.
"Aaa.. Cikgu rasa Puan dan Nizam boleh balik. Nizam," Cikgu Farah beralih padaku.
"Jangan lupa apa yang cikgu cakapkan tau."
"Okay, cikgu." Kataku.
Selepas sahaja habis, kami berdua keluar dari sekolah dan masuk ke dalam kereta lalu beredar dari sekolah itu.
***
HARI ini hari pertama aku kembali di sekolah yang bernama SMK BBST.
Aku berada di perhimpunan kerana setiap hari pelajar mesti berhimpun di situ. Semua pelajar pandang aku. Apatah lagi budak tingkatan 6. Aku duduk di barisan tingkatan 6 yang pertama. Kedengaran cikgu yang aku tidak kenal sedang berucap di depan.
"Assalamualaikum dan selamat pagi. Cikgu kelas bagi setiap kelas, sila lihat kedatangan pelajar." Lalu cikgu-cikgu pun bergerak ke barisan kelas...
YOU ARE READING
M.N.N : SAKIT (#2)
Romance2017, sudah setahun setengah bulan NIZAM menjadi seorang pemuas nafsu bagi seorang lelaki yang kejam iaitu NICK HAIMAN. NIZAM tidak berdaya lagi akan peristiwa yang terlalu menakutkan ini. "Aku tahu kau sayang aku. You know, tugas kau kena layan aku...