MUZAMMIL mengambil beg travellernya dan tutup pintu biliknya. Hari ini hari dimana mereka sekeluarga pergi ke Paris untuk berjumpa dengan arwah makcik Maisarah. Betapa hampa dan sedihnya Muzammil kerana makcik kesayangannya meninggal dunia.
Makcik Maisarah adalah kakak kepada ibu Muzammil. Selepas dua tahun Muzammil hidup di bumi, makcik Maisarah selalu beri apa yang Muzammil inginkan. Tapi, sejak dengar berita sedih ini. Muzammil redha dengan pemergiannya.
Muzammil cepat-cepat beri begnya kepada Encik Marzuki dan masuk ke dalam perut kereta. Setelah ayahnya siap kemas, Encik Marzuki membawa kereta dan pergi ke KLIA kerana mereka sudah menempah tiket pada pukul 12 tengah hari.
Sampai saja di KLIA, mereka menunggu ketibaan kapal terbang. Sambil itu, Muzammil sempat lagi melihat Instagram di telefonnya.
Pukul 12 tengah hari sudah terpancak. Kapal terbang dari Paris pun sudah menunggu. Mereka sekeluarga pun masuk ke dalam perut kapal terbang itu. Muzammil tiada perasaan lagi kerana makcik kesayangannya sudah meninggalkan dia buat selama-lamanya.
***
LIMA petang, aku sudah tidak sabar lagi ingin berjumpa dengan ibu dan ayah yang tak reti nak jumpa dengan anaknya selama setahun setengah bulan. Aku duduk di tepi katil empuk itu iaitu di bilik aku. Tidak sabar ingin keluar dari bilik neraka ini. Pintu bilik dikuak. Nick Haiman menuju ke arahku.
"Dear, I rasa I tak boleh tinggalkan you. Biarlah kalau I ada dekat rumah ini." Hati aku sudah berderai kerana cadangan aku ingin beritahu kepada ibu dan ayah yang aku taknak tinggal di Paris lagi.
"Kenapa diam?" Kata Nick Haiman. Hilang termenung aku. Aku gelengkan kepala.
"You may come out now." Aku memandang Nick Haiman dan bangun mendekatinya. Nick Haiman mengalu-alukan aku untuk keluar. Aku berjalan keluar dengan perlahan sambil itu Nick Haiman di sebelah aku sambil meraba punggung aku. Abaikan.
Apabila keluar, aku pandang arah kiri dan aku nampak dapur tidak jauh dari bilikku, rumah bertingkat, di belakang terdapat ada kolam renang, dinding di cat berwarna kuning seperti raja. Aku pandang pula arah kanan dan nampak pintu keluar bercahaya matahari, sofa berwarna coklat gelap. TV berincih 50, gambar-gambar potret yang kemas dan cantik. Semuanya berubah. Aku duduk di atas sofa itu atas arahan Nick Haiman. Tiba-tiba, aku nampak kelibat bayang-bayang di belakangku.
YOU ARE READING
M.N.N : SAKIT (#2)
Romansa2017, sudah setahun setengah bulan NIZAM menjadi seorang pemuas nafsu bagi seorang lelaki yang kejam iaitu NICK HAIMAN. NIZAM tidak berdaya lagi akan peristiwa yang terlalu menakutkan ini. "Aku tahu kau sayang aku. You know, tugas kau kena layan aku...