26

4.1K 80 0
                                    

SELEPAS sahaja habis perhimpunan, aku bergerak dengan keseorangan untuk berjumpa dengan cikgu Farah di belakang perhimpunan. Semua pelajar di sekolah ini tengah masuk ke kelas masing-masing.

"Cikgu.." Aku menegur cikgu Farah di belakangnya. Dia terus beralih padaku.

"Ya?"

"Saya masuk kelas apa?"

"Oh, awak ikut je cikgu. Sebab lepas ni cikgu nak masuk kelas awak lah." Aku angguk tanda faham. Lalu kami berdua gerak ke kelas aku. Cikgu Farah masuk ke kelas 6B2 yang bermaksud 6 Bawah 2.

Bagi kelas tingkatan 6, terdapat 6 kelas. Iaitu, 6B1, 6B2, 6B3, 6A1, 6A2 dan 6A3. 'B' bermaksud 'bawah' manakala 'A' bermaksud 'atas'. Untuk kelas B1, B2 dan B3 ialah untuk semester pertama. Untuk kelas A1, A2 dan A3 ialah untuk semester kedua dan ketiga.

Kini, kami berdua berada di kelas 6B2.

"Mungkin ini kelas aku." Kataku dalam hati. Aku dan cikgu Farah pun buka kasut dan masuk ke dalam kelas tersebut.

Apabila masuk, nampak kelibat pelajar yang terlalu bising. Bila mereka nampak kelibat cikgu Farah, terus diam. Itulah pelajar.

"Bangun!" Jerit seorang lelaki yang tengah berdiri. Mereka semua berdiri. Aku mengekori cikgu Farah yang berlalu ke meja cikgu.

"Assalamualaikum, cikgu!"

"Waalaikumsalam." Lalu mereka pun duduk. Aku masih berada di sebelah cikgu Farah.

"Nizam!" Kedengaran suara perempuan yang aku kenal. Fariena melambai tangannya padaku. Aku pun balas dengan senyuman.

"Okey! Ada new student masuk kelas kamu semua. Intro please." Kata cikgu Farah.

"Aaa.. Hi. Saya Nur Nizamudin. Korang boleh panggil Nizam. Hmm.. I hope that we can be friends." Cikgu Farah duduk di tempatnya.

"Nizam, boleh duduk sebelah Hidayat." Lalu aku bergerak duduk sebelah Hidayat.

Hidayat, mukanya terlalu perfect. Kulitnya yang gelap dan wajah melayu yang tulen dan wanita boleh tergila-gilakan. Apatah lagi lelaki, macam aku. Berbadan sado dan kental. Memang perfect.

"Hi." Jawab aku sambil duduk di sebelahnya.

"Hi." Jawabnya. Suara yang garau boleh membuat hatiku cair...

M.N.N : SAKIT (#2)Where stories live. Discover now