5

8.1K 114 4
                                    

AKHIRNYA, Muzammil sampai juga destinasinya iaitu di Paris. Mereka sekeluarga terus pergi ke rumah arwah makcik Maisarah dengan menaiki teksi.

Dalam perjalanan ke rumah tersebut, Muzammil sempat lagi menangkap gambar Eiffel Tower yang cantik itu.

Antara rumah arwah makcik Maisarah dengan lapangan terbangan Paris hanya dalam 35 minit menaiki kereta. Muzammil mengangkat begnya pada belakang bonet dan memakainya. Manakala ayahnya membawa beg luggage.

Muzammil sempat lagi tengok jiran makcik Maisarah. Semuanya orang putih. Jiran belah kanan rumah makcik Maisarah adalah rumah yang berwarna kuning seperti raja. Manakala belah kiri adalah rumah yang berwarna merah jambu.

Muzammil masuk ke dalam rumah dan nampak arwah makcik Maisarah sedang berbaring. Tapi, pelik. Kenapa tidak disarungkan dengan kain kapan? Muzammil salam kaum saudaranya.

Selepas itu, dia berjumpa dengan makcik Maisarah. Di pandang lama. Akhirnya, Muzammil menitis juga air mata. Muzammil mencium dahinya yang putih kelepak. Ibu Muzammil sudah menangis kerana kakaknya sudah pergi dahulu.

"Amil sayang makcik Maisarah. Thanks for give me everything that I loved." Katanya dalam menangis teresak. Lalu dicium lagi dahinya.

***

"IBU! Ayah! Rindunya!" Kata aku. Aku bangun dan peluk ayah dan ibu. Nick Haiman berada di belakangku sambil senyum sinis.

Ayah dan ibu pun duduk di atas sofa yang boleh 3 orang duduk. Nick Haiman duduk di hadapan aku.

"Bibik! Buat air!" Nick Haiman menjerit menyuruh orang gajinya.

"So, how your school? Was awesome?" Kata ibu. Ayah memandang arah telefon. Seperti taknak jumpa dengan aku. Nick Haiman pandang aku tak berhenti.

"School's fine. Nothing worry, ma." Kata aku sambil pandang Nick Haiman.

"All right. Dah sekolah kat Paris, kenalah cakap orang putih kan, abang?" Ibu beralih pula pada ayah yang leka bermain telefon sehingga dia berhenti bermain.

"Yeah."

"Awak ni." Ibu marah pada ayah. Bibik datang sambil membawa dulang yang berisi 4 cawan dan air jag.

"Actually, ibu ada call Nizam banyak kali. Why tak angkat?" Soal ibu. Aku dan Nick Haiman bertentangan mata.

"Nizam punya telefon rosak." Aku menipu ibu. Terpaksa.

"Well, actually ibu datang ada sebab."

"Sebab apa, ibu?" Soal Nick Haiman.

"Mentang-mentang Nizam dah habis sekolah, ibu nak dia sambung belajar dekat Korea." Muka Nick Haiman sudah berubah. Aku tersenyum dalam hati.

"Akhirnya, aku keluar dari rumah neraka ini." Aku cakap dalam hati.

M.N.N : SAKIT (#2)Where stories live. Discover now