27

4.5K 81 1
                                    

WAKTU rehat, aku rehat bersama dengan Fariena dan Nafiz iaitu boyfriend nya di kantin. Nafiz mengambil tempat duduk manakala aku dan Fariena beratur untuk beli makanan.

Waktu rehat bagi tingkatan 6 dan pelajar-pelajar lain sangat berlainan. Tingkatan 6 rehat pada pukul 10 pagi manakala pelajar lain rehat pada pukul 10.25 pagi.

"Kau nak beli apa, Nizam?" Soal Fariena.

"I don't know. Ada apa dekat sini?"

"Macam biasalah. Nasi lemak, nasi goreng. Tapi, aku selalu beli nasi pattaya."

"Nasi pattaya? Mana ada kat sini. Dia tak tulis pun kat banner." Kataku. Kami kedepan sedikit.

"Kena order lah, sayang. By the way, kau tak cerita kat aku lagi asal kau masuk form 6."

"Ala.. Nanti aku cerita ea?" Fariena angguk tanda faham. Kami berada di kaunter.

"Akak, saya nak nasi pattaya 2. Hmm, kau nak apa, Nizam?" Soal Fariena padaku.

"Kuey teow basah ada tak?"

"Ada." Jawab akak kantin itu.

"Bagi saya 1." Akak kantin itu berlalu ke dapur. Kami terus bergerak ke tempat duduk. Fariena duduk di sebelah Nafiz manakala aku duduk di hadapan Fariena.

"Nizam, hear this.. Kalau kau dah jadi ahli form 6, kau jangan nak buat ayat cliché kau. Kita dah pernah alami pekerjaan. So, kau kenalah sporting macam aku. Aku taknak kita macam form 4. Tak matang langsung kita kan?" Kata Fariena. Aku angguk tanda faham. Dia sambung lagi.

"Sorry, Niena. Aku tak pernah alami pekerjaan selama aku berhenti sekolah." Aku cakap dalam hati.

"So, jangan nak malu kalau girl terpegang kau. Sebab that's a normal. I don't care what people say. Yang penting, hidup cara kita rasa selesa. Kan, Nizam?"

"Ha'ah." Kataku sepatah. Nafiz pandang saja muka wanita yang disayanginya.

"Nasi pattaya 2 dan kuew teow basah 1!" Jerit akak kantin dari kaunter.

"Biar aku ambilkan." Kataku lalu bangun mengambilnya.

Dalam perjalan ke kaunter, aku terlanggar Hidayat. Tak perasaan.

"Sorry, sorry." Jawabku.

"Tak apalah." Katanya sambil senyum lalu kami bergerak haluan masing-masing.

Pelik. Muka garang, tapi, cakap baik je...

M.N.N : SAKIT (#2)Where stories live. Discover now