SAMPAI sahaja di McDonald Kota Warisan, aku pergi ke kaunter untuk bertanya. Aku pergi ke arah perempuan yang muda itu.
"Nak tanya, Nik kerja hari ini ke?" Soal aku.
"Oh, Nik dah tak kerja sini dah." Aku nengeluh.
"Dia buat apa sekarang ni?"
"Entah. Sebab dia berhenti pun tak bagitahu kitaorang. Dia bagitahu kat manager je lah."
"Hmm.. Kalau macam tu, tak apalah. Terima kasih." Perempuan itu angguk sebelum aku beredar dari sini.
Aku masuk ke dalam kereta. Kunci kereta tidakku masukkan ke dalam lubangnya. Termenung dimanakah kawan lamaku.
Selepas itu, aku masukkan kunci kereta ke dalam lubang dan bawa keretaku.***
SYAZBANIE sedang membaca buku rujukannya di atas katil. Muzammil masuk ke dalam bilik itu. Syazbanie tidak langsung memandannya. Muzammil duduk di hadapannya.
"Buat apa tu?" Soal Muzammil sambil melihat buku rujukan yang dipegang oleh Syazbanie. Syazbanie senyum.
"I'm making a revision for this semester."
"Banie sambung study ke?"
"Ha'ah. Kenapa?"
"Nothing. Tak nampak sangat Banie pergi university."
Banie tergelak kecil.
"Disebabkan Amil nak datang sini, Banie ponteng jelah. Nanti boleh kenal-kenal lagi dengan Amil." Syazbanie terus memaut lengan Muzammil. Tapi, Muzammil tarik tangannya.
"Nak tanya something boleh tak?" Soal Muzammil.
"Apa dia?"
"Betul ke yang Nizam dapat duit lepas dia kena rogol dengan Nick Haiman dan kawan dia?"
"Yes. Why? Tak percaya?"
"Nak cakap kat sini, Amil memang tak percaya."
"Kenapa pulak?!"
"Sebab Nick Haiman dah bagitahu everything dekat Amil." Syazbanie terdiam bila Muzammil kata begitu. Muzammil tukar cara perbualannya dengan Syazbanie.
"Aku rasa aku tak nak duduk sini. Aku nak balik hari ini juga." Kata Muzammil pada Syazbanie yang selepas itu dia pandang Muzammil. Dia peluk Muzammil kuat-kuat. Muzammil meronta-ronta melepaskannya.
"Amil, please forgive me. I would die without you." Syazbanie memangis sambil peluk kaki Muzammil.
"Aku tak perlukan kau!" Muzammil tolak badan Syazbanie sampai dia tersungkur di atas lantai. Muzammil terus pergi pada almari dan ambil baju dia lalu masukkan ke dalam begnya.
Setelah buat tugasannya, dia bangun dan angkat beg itu. Syazbanie sedang menangis tersungkur di atas lantai.
"Cakap kat pakcik Ayob terima kasih dan kirim salam dekat dia." Lalu dia tutup pintu bilik dan tinggalkan rumah ini. Syazbanie menangis keseorangan di dalam biliknya...
YOU ARE READING
M.N.N : SAKIT (#2)
Romansa2017, sudah setahun setengah bulan NIZAM menjadi seorang pemuas nafsu bagi seorang lelaki yang kejam iaitu NICK HAIMAN. NIZAM tidak berdaya lagi akan peristiwa yang terlalu menakutkan ini. "Aku tahu kau sayang aku. You know, tugas kau kena layan aku...