Kini suasana di dewan itu agak riuh dengan bunyi lagu yang dimainkan. Banyak pasangan sedang leka menari. Semuanya padan belaka! Dua sejoli? Cuma seorang sahaja yang tidak dapat menumpukan perhatian pada penariannya. Tak lain tak bukan, cik mongji kita lerrr... Matanya asyik melekat pada figura seseorang iaitu..... Sang suaminya! Doo Joon!
Entah mengapa, sakit hatinya melihat kelekaan Doo Joon menari bersama pasangan pilihannya. Huh!! Takkan lah perasaan tu hadir dalam hatinya? Erghhh... Bencinya!!!! Doo Joon yang perasan dia diperhatikan hanya mengendahkan pandangan orang itu. Hatinya sakit lagi melihat keakraban jihyo dan L. Dari pandangan L, dia dapat tahu bahawa L juga mempunyai perasaan yang sama seperti dia! Cinta!!! Jujur, jihyo amat cantik! Jihyo dan Juga L apa kurangnya! Sesuai.. Itu yang membuatkan lagi Doo Joon bertambah cemburu! Tak salah kan? Kalau kita sayangkan dan cemburukan isteri kita sendiri?! Itu amat sesuai dengan keadaan yang dialaminya sekarang ini!
Majlis tari menari lancar sehingga esok pagi! Maklumlah, ESOK CUTII!!! Jadi, sebelum peperiksaan dijalankan, baik juga jika membuat sesuatu yang dapat menenang kan otak pelajar! Daripada asyik belajar sahaja! Mahu naik serabut kepala otak pelajar pelajar di situ! Nak nak lagi yang dah kahwin! Huh.. Suami lah, Buku lah, Kerja sekolah lah! Mahu boleh meletop kepala otak tu sebab terlalu banyak sangat difikirkan! Muda Muda lagi dah ada uban! Hesy.. Tak nak lah camtu!!! Hah? Pasal kahwin tadi. Sebenarnya, bukan Doo Hyo saja, tapi ada juga yang dah pun berkahwin! Entah? Pelik kann????
************
Selepas sahaja majlis tari menari tamat. Terus jihyo meminta diri untuk pulang. Tak sanggup melihat suami layan orang lain! Lagi lagi perempuan!! Mahu berkecai hatinya.
Usai mandi dan pakai baju semua, tak tahu kenapa? Tiba tiba mata tak mengantuk walaupun hari sudah lewat pagi. Jihyo mengeluh. Dipandang jam yang melekat di dinding, 3:00 a.m. Sekali lagi jihyo mengeluh! Takkan disebabkan perasaan ni, mata juga kena tempiasnya? Hai lah mata. Terus jihyo melangkah laju bergerak di koridor bilik. Dibuka pintu sliding door.
Ahhhhh!!! Tenang nya! Sejuknya! Bangunan yang berdekatan dengan rumah dipandang. Cantik nya ciptaanMu! Indah. Kini, apa yang difikirnya kian menghilang sedikit demi sedikit. Jihyo tersenyum kecil. Kesejukkan kini dirasai di setiap tulang. Pftttt... Siapa yang tak tahan sejuk ni, terus demam seminggu! Yakin..
Demam? Huh tak kesah lah.. Asalkan, aku tenang.. Dah memadai!
Amaran Eomma tidak jihyo peduli kan! Kata hatinya menyuruh masuk ditentang habis habisan! Orang tengah serabut ni, biarlah kalau nak tenang kan diri! Nak nak lagi hirup udara pagi... Pft!
Jam berganjak pada pukul 3:58 a.m. baru lah jihyo berasa matanya kini bagaikan dihempap batu. Mengantuk! Tubuhnya mula menggigil kesejukan. Giler kau tak sejuk.. Pftttt! Namun ditentang. Terus dia masuk dan menutup sliding door, kemudian diambil remote control untuk Air-cond, ditekan punat merah untuk menutup! Badannya masih lagi menggigil kesejukan walaupun air cond telahpun ditutup. Dihenyak tubuh nya di atas katil empuk, huh!
***********
(Pagi)Selepas sahaja bersiap siap untuk keluar 'berjogging', Doo Joon terus ke dapur untuk meneguk sedikit air sebelum meneruskan perjalanannya. Ececeh! "Ehh, mana jihyo? Selalunya waktu waktu macam ni dah bangun dah?" kata Doo Joon pelik. Bingo! Waktu waktu macam ni, jihyo betul betul dah bangun.. Tak pernah dia lewat bangun macam ni! Namun ditepis perasaan nya itu. "Hesy! Kenapa nak kesah pasal dia! Keluar dengan L lah tu!! Lantak lah.." nafi Doo Joon kemudian bergerak ke pintu untuk keluar. Namun langkah nya terhenti saat mendengar sesuatu!
Hachummmmmmmmmm
Doo Joon pelik. Siapa yang bersin tu? Kuat nya? Namun perasaan kuat menyatakan itu jihyo! Segera dia berlari mendaki anak tangga untuk naik ke tingkat atas. Sesampainya di hadapan pintu bilik jihyo, Doo Joon segera mematikan perbuatan nya. Ego nya kini meningkat kembali.
DJ: Hesy!! Apa kau kesah pasal dia Doo Joon! Lantak pi lah dia! Kau kena ingat.. Marah tetap marah! Mogok tetap mogok!
Kaki Doo Joon kini mahu melangkah ke tangga namun sekali lagi dimatikan! Entah kenapa hatinya mengatakan ada sesuatu terjadi pada jihyo.
Hachummmm
Doo Joon terkejut. Terus dia menguak pintu bilik jihyo. Kelihatan jihyo sedang berselubung di dalam selimut dengan tubuh nya menggigil. Terus Doo Joon berlari mendapat kan jihyo. Dengan cepat, belakang tangan nya melekap di dahi jihyo. Auch! Panasnya. Berubah terus mimik mukanya. Risau!
DJ: Jihyo kau ok tak? Aku bawa kau pergi klinik ye? Aku rasa kau demam ni!
Jihyo: Ahhh.. Tak payah kesah lah! Aku boleh jaga diri aku sendiri!
Keras saja suara jihyo bercakap itu. Suara nya sikit serak dek kerana erm.. Entah! Doo Joon mengetap bibir. Sempat lagi kau melawan cakap aku! Hey dia ni kan! Geram pula aku!
DJ: Dah dah.. Tak payah mengada! Kita pergi klinik.
Jihyo: TAKNAK LAH!! KAU TAK FAHAM KE?? BLAH LAH! AKU BOLEH JAGA DIRI AKU SENDIRI!
Marah jihyo. Benar dia sakit hati dengan Doo Joon ketika ini! Marah!
DJ: AKU TAK KIRA! DENGAN KEADAAN MACAM NI PUN KAU NAK DEGIL JUGA KE?? AKU TAK KIRA, KAU KENA PERGI KLINIK JUGA!!!! DENGAN KEADAAN KAU MACAM NI, KAU CAKAP KAU BOLEH DIRI! HUH! KALAU AKU KASI KAU JAGA DIRI KAU SENDIRI, MAHU LAGI TERUK JADINYA!
Kini Doo Joon pula memarahi jihyo. Muka nya yang putih kian membahang akibat menahan marah! Ni baru sikit. Orang punyalah risau kan dia! Lantas Doo Joon mencempung tubuh jihyo itu. Berkali kali jihyo meminta untuk diturunkan, namun diendahkan Doo Joon. Doo Joon memasukkan Jihyo kedalam kereta Mercedes Benz miliknya. Kemudian, Kereta itu akhirnya meluncur laju keluar dari perkarangan rumahnya!
TBC
Sorry lambat nak update. Seperti yang Ain cakap, ain nak update bila habis Married With A cool Guy? Now, ain dah tepati! Tunggu cerita ni habis ye? Banyak lagi ronantic scene antara diorang. Keh keh keh!
Sebelum tu, ain nak ucap kan Selamat Hari Raya Aidiladha pada readers readers semua. Ain sekarang ni tengah frust menonggeng tak dapat tengok OLA BOLA malam nanti! Huarghhhh.. Ain start minat cerita tu sejak ain tengok kat sekolah masa tu! Tapi separuh je sebab masa dah habis! Sedih wehhh... Harap ada lagi ulangan cerita tu.
YOU ARE READING
My Enemy As My Husband
RomanceJihyo adalah seorang Queenka di Partner Ship High School. Namun, dia seorang yg terkenal dgn sikap sopan santun nya. Jihyo seorang yg tak suka cari gaduh kecuali seseorang merangkap 'enemy' nya. Doo Joon seorang namja yg romantik, tetapi suka menca...