Bab 5 : Dia lagi ?!

3.1K 125 2
                                    

KAKI milik Qistina diayun lemah. Segaris senyuman yang sering muncul di bibirnya tidak kelihatan. Tombol pintu dipulas perlahan lalu dia memboloskan diri. Ummi suka paksa Qis kan! Qis tak nak pergi! Penat!

Qistina menampar pipi 'pau'nya perlahan. Takpe, Qis. Sekejap je event tu. Tak baik tolak arahan Ummi. Lalu, kain tuala hijau dicapai dan pintu bilik air dituju.






MATA coklat milik Firas melilau mencari seseorang di majlis yang dipenuhi ramai orang itu. Dia mencari seseorang yang dia kenali seterusnya mahu dibawa berbual. Kerana sejak dari tadi dia asyik mundar-mandir di kawasan kolam renang kerana bosan. Kenapalah aku ikut Mama?







"UMMI, Qis malu lah!" Qistina bersuara di sebalik tubuh Umminya. Nak sorok, malu katanya.

"Ish awak ni! Nak malu apanya, kan semua tu kawan Ummi, bukannya Qis tak kenal. Dah, jom. Kita ambik makanan dulu." Puan Qaisara membalas kata anak bongsunya. Qistina diam tidak berkutik dan membuntuti Umminya.

"Assalamualaikum Qaisara! Amboi, tak perasan aku ke?" Seorang wanita 40an menegur Puan Qaisara.

"Waalaikumussalam, Ila. Ya Allah, maaflah tak perasan pulak." Puan Qaisara menyambut huluran tangan dari wanita itu seterusnya giliran Qistina. Segaris senyuman disertakan.

"Makin cantik anak kau ni Qai. Dah ada orang ke?" Wanita itu beramah-mesra dengan Qistina.

"Orang apa Aunty?" Qistina berpura-pura tidak mengerti. Bukannya dia tidak tahu maksud di sebalik 'orang' itu.

"Anak aku ni Ila, bukannya tak ada orang nak. Jual mahal sangat. Bila aku nak jodohkan, dia tak nak pulak. Tak habis-habis nak membujang." Puan Qaisara 'membantu' anaknya membalas persoalan yang diaju. Qistina hanya tersengih.

DARI jauh Firas memerhatikan seseorang. Dia tersenyum sinis apabila sudah mengenal pasti orang itu. Dia lagi?!

"Orang tua tak ada gigi, tak sangka jumpa awak lagi," Firas menyapa gadis di hadapannya dengan pantun dua kerat.

Qistina berpaling serta-merta walaupun dia tidak pasti yang dirinya disapa. Jelas wajahnya terkejut, tidak dapat dibendung.

"Firas?"

Entah kenapa, hati Qistina berbunga-bunga setelah melihat jejaka yang dipuja-pujanya beberapa hari lepas. Hey, wake up Qis!

"Anak businessman rupanya awak ni." Firas meneguk air di dalam cawan yang dipegangnya.

Dia berkata begitu kerana itu adalah majlis ulang tahun syarikat milik kawan Puan Qaisara dan juga mamanya. Pastilah 'orang berbisnes' yang dijemput.

"Mesti ayah awak kenal papa saya kan?" Firas menduga. Qistina tersentuh apabila 'ayah' disebut. "Ayah saya dah pergi dijemput Ilahi."

Mata Firas membulat mendengar kata-kata Qistina. "Awak, err... maaf. Saya betul-betul tak tahu." Riak wajah Firas jelas bersalah.

"Eh takpe."

"Ermm... Raisya..."

"Ya?"

Firas berdehem untuk memulakan kata-katanya.

"Mama saya ajar saya dari kecil untuk bersikap jujur.."

"Jadi?" Qistina sepertinya tidak sabar untuk mendengar kata-kata Firas itu.

"You look so pretty tonight." Firas mengalihkan pandangannya dari Qistina. Entah kenapa, dia jadi malu. Kalau malu, kenapa mengaku?

Firas! Kau jujur sangat kenapa!

Pipi Qistina mulai merah namun tidak kelihatan dek gelapnya langit malam yang hanya disinari dengan cahaya bulan.

Mamat ni kenapa sweet sangat malam ni? Aduh, ummi! Help me! I can't! Nak lari!

"Terima kasih lah," Qistina bersuara seraya tergelak kecil untuk mengurangkan rasa janggal.

"Qis! Laa... kat sini rupanya. Puas Ummi cari." Tiba-tiba muncul Puan Qaisara. Qistina tersentak. "Iya ke Ummi? Sorry."

"Ni siapa? Kawan ke? Ummi tak pernah nampak pun." Puan Qaisara berbalas senyuman dengan Firas.

"Err... ni Firas. Kitaorang baru kenal Ummi. Dia yang tolong Qis masa tayar kereta Qis bocor tu."

"Oh iya ke.."






"HEI!" Intan menyergah Qistina yang dari tadi mengelamun jauh. Cawan berisi milo di hadapan Qistina langsung tidak disentuh.

Qistina tersentak.

"Orang kata, kalau dah asyik terbayang, terkenang-kenang sampai tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, lebih baik teruskan aje ke fasa yang lebih jauh." Intan mengusik rakan karibnya itu.

"Teruskan ke fasa yang lebih jauh? Maksudnya?" Qistina kelihatan berminat terhadap topik yang baru dibuka.

"Masuk meminang lah!" Intan berkata teruja.

"Dia nak pinang aku ke?" Qistina berkerut dahi. Intan menghela nafas panjang. Kenapalah blur sangat Qis.

"Kau lah pi pinang dia!" Kening Intan sengaja diangkat-angkat. Qistina terkejut tak terkata. "Kau biar betul? Takkanlah perempuan nak pinang lelaki?" Qistina seakan tidak bersetuju dengan cadangan Intan.

"Boleh apa dalam Islam." Intan membidas.

"Memanglah. Tapi, macam buang tebiat aje! Seems like kita ni terhegeh-hegeh kat dia pulak!"

"Itukan kenyatannya?" Intan membidas lagi. Qistina mendengus geram.

"Story lah... siapa lelaki yang bertuah tu,"

"Tak ada siapalah!" Qistina cuba menyembunyikan senyum.

"Alaa... itupun nak sorok ke Qis? Siapa? Adryan eh? Ha? Ha?" Intan menduga. Qistina menayang muka loya yang dibuat-buat. "Adryan tu buat apa weh? Ish, minta simpanglah!"

"Dah tu siapa?"

"Kau ingat tak Firas yang aku cerita hari tu? Alah, yang tolong aku masa tayar kereta aku bocor tu!"

"Oh hero pujaan kau rupanya.."




••
10 Sept 2016,

Assalamualaikum hai!! Wah long time no see ya? Hmm first of all I wanna say sorry sebab menghilang untuk sekian lamanya. Im too busy dengan sekolah etc. Tak boleh active nak update. Ni aku payung satu chapter ya

Second, big thanks untuk yang read, vote story ni. I still cant believe yang story ni reach 600+ readers! Terima kasih banyak2! Masa saya tinggalkan wattpad, story ni baru cecah 50+ readers.

Lastly, saya nak minta maaf sekali lagi sbb buat korang tertunggu-tunggu untuk next update. Lama kan? hrp korang tak bosan dan tetap sudi baca story ni thanks juga yang add story ni dkt library

,
Eycha.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang