Bab 22 : Opah

2.7K 118 10
                                    

I already change my username from ciksengetbenget to eychazola. Inspired by Mama Zila kekasih kebenaran Papa Zola. Credit to Boboiboy; cerita kartun I hate the most 😹👌

              

                      ANGIN yang bertiup sayup-sayup menampar wajahnya. Terasa mendamaikan, dia melangkah ke depan — dan kini seluruh tubuhnya ditiup angin itu. Di kepekatan malam ini, melihat bintang-bintang berkelipan merupakan salah satu aktiviti yang boleh melupakan hal-hal kerja buat seketika.

Qistina senyum lebar sambil memejam mata.

Baru saja beberapa minit lepas, dia makan malam bersama ummi dan suaminya. Pertama kali Puan Qaisara memuji masakannya iaitu spaghetti carbonara. Tapi Qistina kecewa jugalah sebab Firas tak berkata apa-apa. Dia sekadar makan dan menambah. Tapi kalau dah tambah tu, maknanya sedaplah kan?

Pagi Ahad keesokannya, Qistina kembali bekerja. Baru cuti semalam, dia terpaksa kembali semula ke rumah keduanya itu. Bekerja on-call memang tak mengikut waktu. Kadang-kadang ada yang langsung tak dapat tidur. Contohnya; waktu bekerja seorang doktor sekitar jam 8 hingga 5 petang. Dan waktu on-call pula, dari 5 petang hingga esok pagi. Begitulah rutinnya. (Sis buat research, so hentam sajalah. Kalau salah, kita bunuh google! 😹 eh patutnya blogger yg menulis 😹 nanti sis tanya my aunty cos dia nurse)

Usai waktu rehat tengah hari itu, Qistina pergi melawat salah seorang pesakit yang berada di bawah pemerhatiannya. Pesakit itu mengalami kemalangan yang agak teruk — ditambah pula, ayahnya juga menjadi korban dan sudah meninggal dunia. Qistina tiba-tiba rasa sebak. Dia rindu akan abahnya.

Usai, dia kembali ke biliknya. Baru saja mengambil rehat beberapa minit, dia mendapat panggilan dari seseorang yang tak disangka. Lama benar dia tak mendengar suara tua itu.

"Assalamualaikum opah!" Qistina terlebih dahulu menyapa dengan girang. "Waalaikumussalam, cucu opah. Rindunya dekat kamu."

Tercebik-cebik wajah Qistina menahan rasa sayu. Rindu pada opahnya yang berada di Melaka itu membuak-buak setelah mendengar ucapan rindu itu.

"Alaaa... Sedih pulak rasa! Qis pun rindu angat-angat dekat opah. Lamanya tak jumpa! Rasa nak peluk opah sekarang jugak!" Ujar Qistina dengan nada manja. Mulutnya sengaja dimuncungkan. Ni kalau Firas nampak, mesti dia dah cepuk!

"Hah, tahu pun rindu. Kalau setakat cakap guna mulut, tapi tak balik, tak ada gunanya." Pedas opah menjawab. Qistina tergelak kecil. "Hah, bila nak balik? Dah berapa bulan dah ni? Tu.. Ummi kamu tu pun sama je. Tak ingat orang tua dekat sini. Dari Kuala Lumpur ke Melaka tu bukannya jauh sangat! Dua jam je."

Terangkat kening Qistina mendengar bebelan opah. Pedas!

"Amboi, opah. Ayat tu tak pernah tak pedas, kan? Ummi? Eh, bukan ke bulan lepas ummi ada balik? Opah ni buat ceritalah. Saja je kan?" Ada saja idea Qistina nak membalas.

"Eh, kamu ni. Ada je nak menjawab kan. Ada je modal nak tukar topik. Lagi satu– opah lupa– cucu menantu opah tu sihat ke kat sana? Apa rupa dia tu? Haih, dah seminggu kahwin tak reti-reti nak bawak jumpa opah. Nak sorok buat apa suami kamu tu? Tak luaknya aih!" Omel opah panjang. Qistina di talian terhenjut-henjut bahu menahan tawa. Hilang kejap stres melayan opah.

"Dia sihat je, opah. Alaa, bukannya tak mahu bawak dia jumpa opah, tapi banyak kerjalah. Lepas cuti hari tu, mana boleh memandai mintak lagi. Qis ni doktor, bukan usahawan– kerja sendiri." Qistina tersengih sendiri apabila mendengar opah merengus geram.

"Banyak cakaplah kamu ni! Sudah. Mahu tak mahu, bulan ni Qis balik jugak. Bawak sekali suami tercinta tu. Opah nak sangat jumpa dia." Opah mengeluarkah arahan yang tak mampu dibantah. Qistina mengetap gigi.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang