Bab 24 : panggilan patologi

2K 84 23
                                    

** maaf kalau ada ayat yang tak betul. Enjoy reading! ❤

SEJAK digertak tempoh hari, Qistina berubah sikap. Tidak terlalu banyak tetapi agak ketara untuk Firas kesan. Entah mengapa, Qistina seakan berjauh diri dan kurang bercakap. Bukan sahaja dengan Firas malah orang lain juga termasuk Puan Qaisara. Tetapi hal itu tidak disedari umminya kerana mereka jarang bersua muka kerana jadual kerja Qistina agak padat. Dan sikap Qistina berlanjutan sehinggalah suatu malam..

Firas melangkah masuk ke dalam bilik seusai saja dia pulang dari masjid berdekatan. Disebabkan malam ini ada jemputan khas ustaz untuk memberi kuliah, tempohnya dipanjangkan dari kebiasaan. Saat Firas meletakkan kopiahnya di atas rak, barulah dia sedar susuk tubuh Qistina terbaring elok di atas sofa di sudut bilik itu; sedang membaca buku. Lalu dia mendekati.

"Baca buku apa?" Soal Firas yang berdiri di tepi sofa sambil bersilang tangan di dada. Qistina yang sememangnya tahu Firas sudah pulang dan sengaja buat tak endah, menolak sedikit buku yang menghalang pandangannya dan mendongak sedikit memandang Firas. Tak sampai dua saat, matanya kembali menatap helaian buku. Dia tidak mampu memandang lama sepasang mata milik Firas kerana dia rasa bersalah menyimpan rahsia yang sama sekali 'terpesong' dari perjanjian mereka berdua.

"Novel cinta je." Balas Qistina perlahan. Terdengar Firas menghela nafas berat sebelum dia melabuhkan punggung di sudut sofa. Melihatkan perlakuan Firas, pantas Qistina menarik kakinya yang berlunjur dan duduk dengan kaki rapat ke dada.

"Sejak bila awak baca novel? Selama ni tak pernah nampak pun apa-apa novel dalam bilik ni." Mungkin nadanya seakan sibuk ingin tahu tapi niat Firas di dalam hati adalah untuk mengajak Qistina berbual. Sudah lama isterinya itu membisu sejak pulang dari kampung.

"Saya bukannya duduk rumah ni 24 jam seminggu. Biasanya saya baca dekat hospital." Qistina cuba mengawal tona suaranya. Tanpa aba-aba dia jadi marah pada diri sendiri.

Firas yang mendengar agak kecewa dengan sikap Qistina yang acuh tak acuh dengannya. Baru saja beberapa hari lepas dia mahu memulakan hubungan baik dengan wanita itu, tiba-tiba saja dilayan sebegitu.

"Do you have a problem? If you don't mind, share it with me. Saya sudi dengar." Firas mengukir senyuman di hujung kata.

"Eh, mana ada. Tak ada masalah pun." Bohong untuk kesekian kalinya.

"Habis tu, kenapa sejak balik dari kampung awak berubah? Macam nak tak nak je layan orang sekeliling. Kenapa? Awak tak nak kawan saya lagi ke?" Firas bergurau di hujung ayatnya.

"Oh, selama ni kita berkawan, lah?"

"Eh, tak..."

Qistina ketawa kecil. "Saya gurau jelah." Sengaja dia mengusik untuk menceriakan suasana yang dia sendiri keruhkan. Firas sedikit lega mendengar tawa itu. Sekurang-kurangnya dia tahu Qistina baik-baik saja.

"Hal kerja, kalau saya share dengan awak, awak boleh tolong settlekan ke?" Qistina menduga. Laju Firas menggeleng seraya tersengih.

Suasana jeda seketika apabila masing-masing senyap dan Qistina menyambung bacaannya.

"Raisya, saya ada benda nak cakap ni." Firas merapatkan kedudukan mereka membuatkan Qistina jadi berdebar-debar. Bukan apa, Qistina khuatir rahsianya dapat dihidu lelaki itu.

"A– Apa dia?"

"Kita pindah rumah nak?"

"Pindah? Pindah mana pulak? Kenapa? Awak tak selesa stay sini ke? Minggu depan kan turn rumah ibu pulak?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Qistina yang sememangnya sudah dijangkakan oleh Firas. Dia sendiri pun masih tak percaya dengan cadangannya. Memanglah dia masih belajar tetapi untuk menyewa rumah, ianya bukan satu masalah baginya.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang