Bab 2 : pancit

4.1K 173 6
                                    

LELAKI berhelmet itu memberi isyarat untuk menyuruh Qistina memberhentikan keretanya ke tepi jalan. Qistina yang agak menggigil hanya menurut. Takkanlah peragut? Siang buta macam ni nak ragut? Orang ramai pulak tu. Qistina cuba berfikiran positif.

Lelaki tadi turut sama memberhentikan kenderaannya berhadapan dengan kereta Qistina.

Dengan langkah berani, Qistina meluru ke arah lelaki itu. Dia memandangnya dengan wajah sebal. "Encik ni kenapa ya? Tak ada kerja ke suruh orang berhenti tepi jalan? Dahlah panas terik ni." Bebel Qistina sambil menutup sebahagian hujung kepala dan dahinya dengan tapak tangan.

Lelaki tadi membuka helmetnya. Selepas dibuka, lelaki itu tersenyum sinis. Tergamam Qistina melihat kekacakan lelaki dihadapannya itu. Oh my! He's cute af!

"Hello?" Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya di wajah Qistina. Tersentak gadis itu. "Ya?"

"Cik, cuba tengok tu." Lelaki itu memuncungkan sedikit bibirnya ke arah sisi belakang kereta Qistina. Qistina melirikkan matanya ke sana juga. Matanya membulat apabila mendapati tayar kiri belakang keretanya bocor.

Qistina kembali memandang lelaki itu. Dia tersengih. Aduh, malunya. "Tak perasan ke?" Soal lelaki itu dengan senyuman sinis yang tidak lekang dari bibir.

Qistina menggeleng, masih tersengih.

"Takkan tak rasa berat?"

"Rasa tadi, tak sangka bocor."

"Ada tayar ganti?"

Qistina mengangguk. "Dalam bonet."

"Barang-barang untuk tukar tu ada?"

Qistina mengangguk lagi. "Semua dalam bonet." Dia tersenyum. Mujur ada lelaki itu memberitahunya dan sepertinya sudi ingin menghulurkan bantuan. Dia menghela nafas lega. Almaklumlah, dia sama sekali tidak tahu cara-cara untuk menukar tayar kereta.

"Oh, baguslah kalau macam tu. Senang cik nak tukar tayar nanti. Saya pergi dulu." Lelaki itu tersenyum sinis. Mungkin sedar yang Qistina tadinya berfikir yang dia ingin membantu. Helmetnya diambil lalu disarung ke kepala. Enjin motosikal dihidupkan.

Qistina terpinga-pinga. What? Aku? Tukar tayar? Like seriously? "Encik!" Panggil Qistina agak kuat agar lelaki yang berhelmet itu dapat dengar.

Lelaki itu membuka cermin helmetnya ke atas. "What?"

"Encik biar betul? Takkanlah saya nak tukar tayar tu?" Qistina bersuara berbaur rengekan. Tergelak kecil lelaki itu. "Why not?"

"Saya tak tahu macam mana!" Qistina sudah seperti mahu mengalirkan air mata. Baginya, lelaki dihadapannya itu tidak ada sifat perikemanusiaan. Sanggup biarkan gadis sepertinya menukar tayar kereta tanpa bantuan mahupun kemahiran.

"Dah berapa tahun ambil lesen memandu?"

Qistina terdiam sejenak, memikirkan tempoh dia mempunyai lesen memandu. "Enam." Ringkas jawapan Qistina. Dia ambil lesen tersebut ketika umurnya mencecah sembilan belas tahun dan kini dia berumur dua puluh lima tahun.

"Serius? Lama tu. Takkanlah tak tahu tukar tayar? Dalam masa enam tahun tu, tayar tak pernah bocor ke?" Soal lelaki itu sinis. Dia membuka helmetnya, mungkin kepanasan.

Qistina sudah benar-benar ingin menangis. Namun sedaya upaya dia menahan agar tidak mengalir. "Tak pernah. Tak apalah encik, saya cuba tukar. Encik balik ajelah."

Lelaki itu tiba-tiba turun dari motosikalnya dengan senyuman yang masih sinis. "Saya tolonglah. Saya ni masih ada sifat prihatin tau. Jap." Ujar lelaki itu seraya menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar. Telefon bimbit dibawa keluar. Lantas, dia mendail nombor seseorang.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang