Bab 1 : lelaki misteri

5.7K 134 5
                                    

QISTINA menilik dirinya untuk kali terakhir di cermin besar yang terdapat di sebelah meja soleknya. Sehelai blause berwarna biru, seluar jeans biru pekat dan tudung bawal Aidijuma cukup untuk menyerlahkan penampilan Qistina. Tidak perlu sebarang make-up. Dia cuma mencalit gincu di bibir, berwarna cerah supaya tidak kelihatan pucat. Sebelum keluar dari bilik, sempat dia mengambil bekas kaca mata di meja lampu. Qistina rabun dekat, jadi dia tidak selalu pakai kaca mata itu.

"Qis, balik bila?" Soal Qayyum Ridzwan, satu-satunya abang Qistina.

"After lunch kut. Tak sure," jawab Qistina ringkas. "Kenapa abang?" Qistina bertanya seraya menyuapkan nasi goreng ke mulut.

"Tak ada apa-apa, tanya aje."

"Iya ke?"

"Err.." Qayyum teragak-agak untuk meluahkan apa yang dipendam. "Abang nak minta tolong. Qis teman abang jumpa Kak Kira boleh?"

Hampir tersembur nasi yang dikunyah Qistina. Abang aku ni dah kenapa? Itupun nak ajak aku. "Kenapa nak Qis teman?"

"Qis tahu abang macam mana, kan. Abang tak suka keluar berdua dengan perempuan ajnabi. Lagipun... Qis boleh tolong beritahu Kak Kira tentang apa yang kita bincang hari tu," jelas Qayyum seraya tersengih. Qistina tersenyum senang memandang abangnya. Sungguh abangnya itu seorang yang patuh akan agama Islam. Apa yang menjadi larangan, pasti akan ditegah.

"Everything for you, my beloved brother. Lepas balik nanti, kita terus gerak tau. Okeylah, Qis gerak dulu. Assalamualaikum." Qistina bingkas bangun dari duduk dan menyalam tangan abangnya sebelum berlalu pergi.

"Wa'alaikumussalam."









"KAU buat apa lambat sangat? Sepuluh minit aku tunggu tau," tutur Qistina bersama jelingan tajam. Intan tersengih-sengih memandang Qistina. "Sorry-lah babe, aku sakit perut la tadi. Tiba-tiba je datang,"

Qistina mencebik. "Tulah. Makan tak ingat dunia, mana tak sakit."

Satu cubitan hinggap di lengan kiri Qistina. Dia mengadu perlahan. "Bongoklah kau! Aku tengah drive ni." Qistina mendengus geram. Intan di sebelah sudah terkekek-kekek ketawa seperti orang gila.








"ASSALAMUALAIKUM!!" Serentak Qistina dan Intan bersuara lantang agar penghuni rumah di hadapan mereka dapat dengar.


Sepuluh saat menunggu, muncul seorang wanita lewat 40-an berserta segaris senyuman lebar. "Wa'alaikumussalam. Qis, Intan, jemputlah masuk." Pelawa wanita itu. Qistina dan Intan segera memasuki rumah itu.

"Syafik ada di bilik ke Mak Wan?" Qistina bertanya apabila tidak melihat lelaki yang bernama Syafik tersebut. Matanya melilau di sekeliling rumah.

"Yalah Qis, macam biasa. Pergilah naik. Pujuk dia makan."

Mendengarkan itu, pantas Qistina melangkah menaiki tangga rumah teres dua tingkat itu. Intan menggeleng-gelengkan kepalanya. Dah suka tu, jujur sajalah Qis oi.

"Assalamualaikum Syafik," sapa Qistina sambil tersenyum. Namun seperti biasa, salamnya itu dibalas di dalam hati.

"Syafik, Intan datang sekali hari ni. Mesti awak rindu dia, kan?" Ujar Qistina untuk mengusik Intan. Satu cubitan manja hinggap di lengan kanan Qistina yang sedang duduk di birai katil.

"Aku tak rindu sesiapa. Termasuk kau Qis." Syafik bersuara dengan tubuhnya disandarkan di kepala katil. Qistina tertunduk menekur lantai. Dia sedikit tergamam kerana bicara Syafik tadi.

"Awak sihat hari ni?"

"Kau cakap macam aku tak sihat semalam." Syafik membalas sinis. Dia menjarakkan sedikit kedudukannya dengan Qistina walaupun sudah agak jauh. "Saya tanya aje. Manalah tahu ada sakit mana-mana,"

"Kau ni tak ada kerja lain ke? Hari-hari datang sini tanya soalan yang sama. Bosan tahu tak?" Syafik menjeling tajam gadis bertudung dihadapannya. Intan pula hanya berdiam diri di atas sofa yang berada tidak jauh dari katil.

"Habis tu, awak nak saya tanya apa? Saya doktor, mestilah tanya macam tu." Ujar Qistina lembut. Walaupun hatinya sedikit geram dengan sikap Syafik.

"Tak payah tanya apa-apa. Lagi senang, tak payah datang."

Qistina menghela nafas panjang. Walaupun sudah lali akan sikap Syafik sebegitu, kali ini dia sepertinya sudah putus asa. Syafik bertindak lebih kasar hari ini berbanding hari-hari sebelumnya.

Intan tiba-tiba bangkit dari duduk dan melangkah ke arah katil. "Syafik... kami datang just untuk tahu perkembangan kesihatan awak. Bukan saja-saja semakkan diri kat sini."

"Betul tu." Qistina menyokong Intan.

"Baliklah kauorang. Buang masa aje." Syafik selamba menghalau mereka berdua. "No, kitaorang tak akan balik sebelum check awak. Give us five minutes."

Qistina dan Intan mula memeriksa keadaan Syafik. Bermula dari kaki kiri Syafik yang berbalut akibat kemalangan tahun lepas yang mana turut menyebabkan dia amnesia, hinggalah ke bahagian kepala yang turut berbalut.

"Ada ingat apa-apa tak? Ibu awak?" Soal Intan. Syafik membalas dengan gelengan. "Kauorang dah habis check kan? Rasanya dah boleh balik."

"Qis... jomlah," bisik Intan di sisi Qistina. "Kau turun dulu." Arah Qistina. Intan hanya mengangguk dan melangkah keluar.

"Kau? Asal tak keluar jugak? Dah tak nampak pintu bilik tu?" Syafik bertanya sinis. Qistina tersenyum seraya melangkah ke arah meja kecil di tepi katil. Diambil mangkuk berisi bubur nasi yang sedikit pun tidak terusik. "Lepas habis bubur ni, baru saya keluar. Awak nak sangat saya balik, kan? So... makanlah."

Syafik mendengus geram. Perempuan ni ada aje modal nak duduk sini lama-lama.

Syafik membuka sedikit mulutnya apabila Qistina mula menyuakan sesudu bubur ke mulutnya. Ditelan dengan agak perit disebabkan tekaknya sakit. Dari suapan pertama hingga ke suapan terakhir, akhirnya bubur nasi itu dapat dihabiskan jua. Qistina tersenyum menang.








"TAKE care tau, babe. Jangan bawak laju-laju." Sempat Intan menitipkan pesanan buat rakan baiknya sebelum melangkah ke dalam rumahnya. Qistina mula menyambung pemanduannya.


Selepas lima minit berada di atas jalan raya, Qistina merasakan keretanya semakin lama semakin sukar untuk bergerak walaupun dalam kelajuan sederhana. Dahi Qistina berkerut seribu. Kenapa pulak kereta ni?

Pon! Pon!

Serta-merta Qistina memandang cermin pandang belakang. Kelihatan seorang lelaki menaiki motor berkuasa besar sedang cuba menyaingi kereta Qistina sambil beberapa kali menekan hon. Qistina gusar. Dia mula tidak senang duduk.




••
11 April 2016,

Akhirnya bab 1 sudah dipublishkan. Alhamdulillah.. bab ni aku acah-ii buat scene suspen at the last part.. hahaha tak tahu jadi ke tak buat korang suspen.

Bab 3, InshaaAllah aku akan update dalam masa beberapa hari atau mungkin seminggu akan datang. Depends kpd homework dan mood.. heee. Sini jap, duduk rapat sikit. Nak bisik.. hahaha. *Rapatkan mulut ke telinga readers* Hero Muda kita muncul dalam next chapppyyy!!! Yahuuu!! Wkwkwk.. k bye..

,
Eycha.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang