Bab 6 : Mid Valley

3.1K 113 2
                                    

QISTINA berjalan beriringan bersama abangnya, Qayyum ke sebuah bangku panjang. Terdapat seorang wanita berselendang labuh sepertinya sedang menunggu kehadiran mereka berdua. Wanita itu membelakangi mereka dan menghadap ke arah tasik yang terbentang luas.

Langkah Qistina dihentikan. "Abang, Qis tunggu dekat bangku belakang tu ya. Abang pergilah sana," tukas Qistina sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah sebuah lagi bangku yang berada kira-kira 10 meter dari mereka.

"Eh? Kenapa pulak Qis? Alah, tak boleh, Qis kena teman abang jumpa Kak Kirah." Qayyum mula mendesak adiknya. Disebabkan malu, adiknya digunakan sebagai pengantara (?).

"Mengadanya abang! Stay cool ajelah. Itupun nak diteman. Okeylah, bye!" Tanpa menunggu balasan dari Qayyum, laju saja kaki Qistina berlari anak ke bangku tersebut. Qayyum mengetap giginya. Rilek Qayyum, you can do it! Qayyum memberi semangat kepada diri sendiri.

"Assalamualaikum.." salam diberi oleh Qayyum sambil mata menekur tanah. Fakirah menoleh ke belakang lantas dia menjawab salam.

"Dah lama sampai?" Qayyum mengambil tempat di hujung bangku sebelah kanan setelah Fakirah mengesot ke hujung sebelah kiri.

"Tak. Baru aje. Awak datang dengan Qis kan?" Malu benar nampaknya Fakirah sehinggakan berharap yang Qistina turut sama di sana. Qayyum mengangguk perlahan.

"Agaknya bolehlah saya mula ya?" Qayyum meminta kebenaran, dibalas anggukan.

"Ummi saya dah tanya tentang hubungan kita. Ummi cadangkan untuk saya berjumpa dengan ibu dan ayah awak, untuk perbincangan yang selanjutnya,"

"Ayah saya pun minta macam tu juga..."

Sementara itu, Qistina dari jauh memerhati Qayyum dan Fakirah. Dia tersenyum sendiri. Teringat semula ketika mula-mula abangnya itu memperkenalkan Fakirah kepadanya. Terkejut? Semestinya. Masakan abangnya yang jarang bersosial itu secara tiba-tiba memberitahu sudah tangkap cintan terhadap seseorang. Siap tahu nama pula tu...

"Qis, sini jap!" Qayyum yang baru sahaja pulang dari tempat kerjanya, menggamit Qistina ke arahnya. Tanpa bicara, Qistina terus melangkah ke arah abangnya di sofa.

"Ada apa?" Soal Qistina, memandang sekilas abangnya di sebelah lalu menatap telefon di tangan.

"Qis tengah buat apa tu?" Soal Qayyum sambil cuba melihat skrin telefon milik Qistina. Namun cepat-cepat Qistina elak. "Abang ni kenapa? Qis tengah on facebook ni, sibuk aje nak tengok!"

Qayyum tersenyum tipis apabila mendengarkan kata-kata Qistina. Okey, cun! Dia tengah online!

"Cuba Qis search nama fb Siti Nur Fakirah.." (jgn korg pergi search plak ya klau adapun sy tak kenal )

"Siapa tu? Kenapa nak kena search pulak?" Qistina bingung.

"Buat ajelah!"

Qistina terus menaip nama yang disebut tadi. Tertera sebuah akaun facebook yang bergambar seorang wanita di tepi pantai. Qistina membuka akaun tersebut tanpa banyak soal.

"Done. Siapa dia ni, sampai abang suruh Qis search bagai.."

"Qis tengoklah gambar dia... dia cantik tak?" Qayyum sengih lebar. Qistina makin bingung namun dituruti juga.

"She's so pretty, abang! Siapa ni? Buah hati abang eh? Cakaplah!" Qistina mendesak Qayyum untuk memberitahu identiti wanita itu. Pipi Qayyum mulai memerah, "bukanlah. Kawan je. Abang baru kenal tadi. Qis suka tak dia jadi kakak ipar Qis?"

"What? Kakak ipar? Are you serious, abang? Wow, tak percayalah! Tapi Qis tak tahu Qis suka ke tak, sebab muka cantik tak menjaminkan akhlak yang baik kan?"

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang