Bab 25 : Siapa Othman

3.2K 106 36
                                    

Intan membetulkan baju doktornya itu sambil berjalan menuju ke sebuah bilik. Seusai tiba, dia memulas tombol pintu dan kelihatan beberapa orang jururawat dan seorang doktor sedang melakukan tugas-tugas mereka terhadap pesakit yang berlainan.

Dan doktor itu ialah Qistina.

Intan tersenyum tatkala dia menemui orang yang dicari. Sebenarnya dia bukanlah datang jauh dari biliknya ke sini semata-mata untuk mencari Qistina tapi memandangkan dia berada di kawasan berdekatan, dia singgah kejap.

"How is she?" Soal Intan lebih kepada sekadar berbasa-basi. Tangannya menyeluk poket baju doktornya itu. Qistina menoleh sekilas pada Intan sebelum memandang kembali rekod yang dipegangnya. "She's getting better, Alhamdulillah. But still under observation."

Intan mengangguk. Selepas itu hanya memerhati Qistina mencatit sesuatu di rekod yang dipegangnya. Tak sampai seminit, Qistina kembali bersuara. "Eh, why are you still here?"

Intan mencebik. Baru perasan ke dia tak berganjak dari tadi. "Nak jumpa kaulah. Tak adanya nak singgah sini untuk suka-suka."

"I thought you nak tengok-tengok patient."

"Mana ada."

"Ha, before kau bagitahu niat nak jumpa dengan aku, aku nak cakap sikit." Qistina sudah mula berjalan dari katil pesakit tadi menuju ke pintu wad. Intan yang mengekorinya mencebik. Tau-tau je dia nak cakap pasal 'benda' yang Qistina paling annoyed. Awal-awal dia dah 'potong' niat Intan.

"About the case you told me this morning, I want you to update the investigation chart. Aku nak baca kesnya dulu. Okay?" Ujar Qistina dalam pada beriringan berjalan mendekati kaunter yang berada sekitar situ. Intan mengangguk sedikit. "Oh, alright boss."

Qistina mencebik. Siapa entah bos dia.

"Ha, nak cakap apa?" Qistina akhirnya kembali pada topik yang menemukan mereka berdua tadi. Sambil itu dia bercakap sedikit kepada jururawat yang ada di situ. Tak sedar perlakuannya mengundang rasa tak puas hati Intan.

"Suruh aku cakap, tapi dia cakap dengan orang lain."

Qistina dengar namun dia buat tak endah sekejap. Dia sudahkan perbualan dengan jururawat di situ sebelum kembali memandang Intan semula dengan sengihan di bibir. Terus dibawa Intan menjauhi sedikit ke hujung kaunter. "Sorry. I forgot one thing. Ha, ceritalah, cerita."

Intan menghela nafas perlahan. "Takde apa cerita pun sebenarnya. As usual lah." Sikunya diletakkan di atas kaunter, serupa dengan Qistina. Kalau orang yang tak kenal mereka pasti dah terfikir yang mereka ni kembar tak seiras.

"As usual.. Maksud kau?"

"Itulah kau. Workaholic sangat sampai jadi slow macam siput." Kutuk Intan selamba. Tapi memang itu perkara biasa pun kalau mereka berdua berbual. Tak sah kalau tak bertekak. Qistina tak menunjukkan dia marah malah tertawa kecil. "Bagus apa ada member macam aku, kan?"

"Ha, bagus sangatlah kan. Nasiblah sejak kahwin ni kurang sikit muka kau muncul dekat hospital ni."

"Eh, jangan melebih tau!" Laju tangan Qistina mencubit pinggang Intan. Kalau dibiarkan gadis yang tua dua tahun darinya itu mengutuk, memang tak berkesudahan. "Back to the topic. Maksud aku, 'as usual' kau kan berkait dengan dua benda je. Pasal kerja dan..."

Kata-kata Qistina sengaja dihentikan. Rasa malas nak sambung ayatnya, lagi-lagi bila melihatkan riak wajah Intan yang beria menyuruhnya menyambung kata. Maksudnya di situ, 'as usual' yang Intan nak katakan berkait dengan 'benda' selain dari kerja.

"Dia pesan kat aku, kalau free lunch hour ni, jumpa dia kat kafe bawah."

Qistina mengeluh perlahan. Jari telunjuknya diketuk-ketuk pada meja kaunter. Kalau ada pesakit tengok muka tak mesra alam dia sekarang pasti dah cari hospital lain.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Dec 04, 2017 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang