Bab 20 : Pening-pening

2.8K 110 5
                                    

{Again, u guys reach apa yg sis nak 😹. Enjoy! ♥}

                       

                    

               ISNIN itu, genaplah seminggu Firas dan Qistina menjadi suami isteri. Bermacam-macam hal yang berlaku untuk mewujudkan keserasian. Masing-masing juga sudah kembali kepada rutin sendiri, iaitu belajar dan bekerja.

Bagi Qistina, menjaga suaminya tidaklah sesusah mana tapi untuk memahaminya agak sukar. Firas memang becok tapi cuma pada sesuatu perkara yang perlu. Dia banyak diam, suka meluahkannya dengan perlakuan. Itu yang Qistina susah hati. Apabila ditanya pada ibu mertuanya, jawapan ini yang diberikan,

"Firas memang macam tu Qis. Orang luar memang susah nak faham dia. Ibu yang paling rapat dengan dia pun kadang-kadang ambik masa yang lama untuk faham apa dia nak. Tapi ibu tak bermaksud yang Qis ni bukan siapa-siapa. Tapi banyak benda Qis kena belajar, kan?"

Qistina mengangguk kecil sambil tersenyum.

"Firas jadi macam tu sebelum ibu dengan ayah bercerai. Dia sedih bila tahu ibu akan berpisah dengan ayah dia. Dia risau dia tak ada teman bercerita. Tapi, kalau nak dibandingkan Firas dulu dengan sekarang, Firas sekarang jauh lebih baik. Dia sikit-sikit ubah perangai dia yang tak suka meluah tu. There's nothing to be worried, cuma Qis perlu faham dia sikit-sikit, okay?"

Bagi Firas pula, menjadi pemimpin gadis itu selama seminggu ini tidaklah sesusah mana. Kalau dibandingkan dengan rutinnya sebelum ini, ia hanya berubah 30% setakat ini.

Dia perlu menjadi imam untuk solat isterinya.

Dia perlu tahu tindak-tanduk isterinya.

Dia perlu menjaga perasaan isterinya.

Tak mudah dan tak sukar. Cuma perangai Qistina yang susah untuk berterus-terang itu menggusarkannya. Susah sangat ke nak beritahu kalau ada apa-apa berlaku? Macamlah ada rahsia besar yang dia simpan! Walau bagaimanapun, Firas yakin akan ketentuan Allah.

Sedang sibuk mengemaskan meja kerjanya yang bersepah sebelum keluar rehat, Qistina mendapat satu notifikasi menandakan ada mesej masuk.

Firas ♥

Akak, buat apa?
11:52 am

Qistina mengerutkan dahi. Akak? Bila masa aku ada adik? Okay, lawak. Qistina memang save nombor suaminya itu dengan emoji love begitu; untuk suka-suka. Tapi... Oh! Seakan baru keluar dari zon BLURnya itu, Qistina mengetap gigi.

Oh, 'budak' ni saja cari pasal, kan!

Lantas, laju tangannya menaip kata balas.

Adik, akak sibuk ni. Nak apa ha?
11:53 am

Qistina tersengih nakal; layankan saja kenakalan suaminya itu. Tak lama, mesejnya dibalas.

Firas ♥

Hahaha! Mesej tu tak boleh keluar bunyi tapi kenapa saya rasa macam... Sounds creepy?
11:55 am

Qistina menjuling mata dengan pakej mulutnya tercebik. Pandai betullah dia kenakan aku!

Tak payah banyak bunyiiii sangat boleh? Nak apa sebenarnya?
11:56 am

Firas

Nak awak
11:56 am

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang