Bab 9 : joging

2.8K 100 0
                                    

Happy 1k readers! (Dah lama dah pun )

JARUM peniti yang diselitkan di selendang itu ditarik keluar. Terlerai selendang yang berjam-jam dililit di kepala Qistina. Rasa lega kerana akhirnya angin dapat diserap di bahagian leher.

Qistina menghenyakkan badannya ke atas katil. Tangannya didepakan lalu digerakkan ke atas dan bawah. Heavennyaaaa!

"Amboi, adik abang seorang ni. Rindu katillah tu! Ni dah solat belum? Baik pergi solat isyak dulu sebelum Qis lelap kat sini." Qayyum bersuara berbaur arahan. Qistina tersengih. Solat?

"Bendera merah." Ringkas respon dari Qistina tapi cukup untuk buat dia malu. Siapa je yang tak malu oi!

"Oh, hahaha."

"Abang, abang ada datang hospital kan tadi? Ada apa? Tiba-tiba je datang?" Qistina sudah mula membuat kerja part-timenya iaitu wartawan tak bergaji.

"Oh, ada. Actually abang nak tanya something kat Qis tapi Qis pulak tak ada."

"Tanya apa? Kenapa tak boleh tunggu Qis balik?" Soalan demi soalan diaju oleh Qistina. Dia tidak berpuas hati, selagi itulah dia bertanya dan terus tanya.

"Adalah something important. Malas nak tanya kat rumah sebab tak syok." Dari percakapan Qayyum, Qistina dapat tahu soalan yang ingin diajukan Qayyum sangat serius. Cuak tak terkata Qistina dibuatnya.

"Abang nak tanya sekarang ke apa?"

"Qis?"

"Qis okey aje, tak ngantuk pun. Mandi tu kejap lagi pun boleh." Qistina seakan memahami pandangan abangnya yang sepertinya bertanya 'Qis-tak-nak-mandi-dulu-ke?'

Qayyum mengangguk berkali-kali, seperti burung belatuk nampaknya. Mungkin sedang menyusun kata.

"Qis betul ke dah ada boyfriend?" Soalan 'straight to the point' itu betul-betul buat Qistina kaku. Mulut tak usah cakap, macam sudah dizip yang susah sangat nak buka. Lidah pula terkelu.

"Errr... betullah! Kenapa? Abang tak percaya ke?"

"Tak." Laju Qayyum membalas. Qistina ketap gigi.

"Qis, tak baik bohong, Qis tahu kan?"

Qistina sememangnya perlu mengaku abangnya itu memang bijak membaca perlakuan orang hanya melalui pandangan mata!

"Abang..." Qistina memanggil meleret. "Qis terpaksa tipu abang! Tipu Ummi! Because I don't want to marry him! Qis tak nak!"

Qistina sudah mula mahu menumpahkan air matanya saat dia teringatkan wajah ayahnya. Dia rindu ayahnya, rindu kasih sayang seorang ayah. Tapi kenapa tiba-tiba sahaja fikiran Qistina melayang tentang ayahnya? Sedangkan mereka tidak berbicara soal itu?

"Qis, do you hear me?" Pertanyaan Qayyum membuat Qistina tersedar dari lamunannya.

"Hah? Apa?"

"Haih! Abang tanya, kenapa perlu tipu kami?"

Qistina menggaru kepalanya sendiri. Terbantut air matanya yang mahu mengalir tadi. Dia terkelu. Tidak tahu untuk berkata apa. Takkanlah aku nak cakap yang Adryan tu... ah! Ini bukan masanya untuk Ummi tahu.

"Sebab Ummi akan terima pinangan tu kalau Qis tak beri alasan yang Qis dah ada orang punya! Abang macam tak faham Ummi tu macam mana!" Qistina mendengus.

Qayyum ketawa sebelum ketawanya mati dan dia berubah serius. "Kesian Ummi, dia nak sangat menantu, cucu. Qis tahu tak, Qis tetap bagi harapan kat Ummi yang Qis akan bagi Ummi menantu. Dengan cara berlakon macam ni, perkara takkan selesai. Qis tengoklah sendiri, Ummi dah mula excited untuk buat perancangan perkahwinan Qis. Apa perasaan Ummi bila dia tahu yang Syafik tu tak wujud pun dan Qis sebenarnya tak ada buah hati?" Qayyum menghela nafasnya setelah berbicara panjang.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang