Bab 7 : merayu

2.9K 94 2
                                    

"SERIOUSLY?! Kau mengaku dia boyfriend kau? Selamba gila kau!" Ujar Intan dengan riak wajah terkejut. Qistina hanya tersengih sumbing.

"Aku terpaksalah Tan. Kau tahu kan Adryan tu macam mana? At least, bila dia tahu kononnya aku ada boyfriend, dia stop kacau aku."

"Syafik tak kisah ke?"

"Gila kau tak kisah! Tapi sekejap jelah lepas aku merayu kat dia untuk berlakon jadi boyfriend aku."

"Aku peliklah dengan kau ni. Perlakuan kau buat aku rasa kau ada hati dengan Syafik, tapi kau dah tangkap cintan dengan Firas tu," Intan menyedut minumannya. Wajah Qistina dipandang serius.

"Bila masa pulak aku ada hati dengan Firas tu? Hari tu aku teringatkan kata-kata dia aje." Qistina menidakkan bicara Intan. "So, kau tak nafikanlah yang kau ada hati dengan Syafik?"

Qistina perlu mengaku bahawa rakan karibnya semenjak sekolah menengah itu sememangnya bijak memerangkap. Nasiblah dapat kawan macam ni punya bijak.

"Entah." Sepatah direspon. Intan senyum sinis, "kau suka Syafik cuma kau tak sedar."

"Amboi kau! Cakap macam dah pro bab-bab cinta ni." Qistina gelak kecil. Intan turut sama, "of course.. kau tak ingat ke dulu masa zaman sekolah? Semua kawan kita yang ada masalah cinta cari aku tau. Kiranya aku ni bukan calang-calang orang."

Qistina mencebik. Mulalah tu nak mendabik dada. "Sudahlah, baik kita sambung kerja. Cakap pasal cinta ni kerja bukan habis pun," Qistina bingkas bangun dari kerusi.

"Kita dah 25 tahun Qis. Dah sampai masanya kita fikir soal cinta..."




"KAU memang dah gila aku rasa."

"Doktor pun boleh gila eh?"

"Permintaan kau memang gila."

Qistina tetap tidak berputus asa. Biarlah dilabel orang gila sekalipun oleh Syafik, dia langsung tidak ambil peduli. Dia sangat memerlukan pertolongan ketika ini.

"Awak... tolonglah saya. Sekejap je. Saya janji." Qistina merayu untuk sekian kalinya. Mujurlah lengan sasa Syafik tidak dipegang seperti dalam drama Akasia TV3.

"Qis, aku tak ada masa nak layan benda merepek ni," nada Syafik kembali perlahan berbanding tadi. Qistina tunduk menekur rumput yang menghijau di halaman rumah Syafik. What should I do?

Semalam, Qistina menerima berita tergempar dari umminya. Adryan menghantar rombongan merisik ke rumahnya. Gila, Adryan memang gila. Tanpa kata persetujuan atau pemberitahuan, tahu-tahu saja Qistina menerima sebentuk cincin.

"Habis tu.. awak nak saya kahwin dengan Adryan dalam terpaksa ke?"

"Kahwin jelah! Kisah apa aku!"

"Awak ni! Sampai hati! Awak tak rasa jealous ke bila saya kahwin nanti? Hati awak tak remuk?" Mata Qistina sudah bergenang air. Namun tidak disedari Syafik yang langsung tidak memandang wajah cantik milik Qistina.

"Jealous buat apa? Aku tak ada rasa cinta pun kat kau.." Syafik gelak sinis.

Setitik demi setitik air mata milik Qistina jatuh dari takungannya. Syafik tetap tidak sedar akan situasi itu. Ish, pandanglah sini! Qistina membuat suara teresak-esak menangis. Bantai sajalah walaupun tak berapa nak jadi..

"Eh eh! Kau nangis ke? Eh, janganlah nangis. Aduh, kenapa ni?" Syafik panik plus bersalah. Qistina? Tergelak dalam hati. Sepertinya lakonannya akan memerangkap Syafik.

Qistina mengelap air matanya yang acah-acah dibuat itu dengan hujung lengan baju.

"Haih, yelah-yelah! Aku tolong kau, tapi dengan satu syarat!" Qistina tersenyum riang.

"Apa dia syaratnya?"

"Jangan datang jenguk aku lagi selepas mamat tu tarik balik pinangan dia.."

Syarat yang diberi benar-benar membuatkan hati Qistina luluh. Namun apakan daya. Dia sanggup lakukan apa saja asalkan Adryan tidak mengahwininya.



"So, apa keputusan Qis?" Soal Qayyum dengan wajah semberono.

"Abang dah tahu, tanya lagi." Qistina mencebik.

Dia terpaksa memberitahu mereka berdua bahawa dia sudah dimiliki dan pinangan dari Adryan harus ditolak.

"Qis tak pernah cakap dekat abang pun yang Qis dah ada buah hati," kali ini bicara Qayyum lebih untuk mengusik adik kesayangannya. Puan Qaisara dan Qayyum saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.

"Itulah yang Ummi geram ni abang. Nasiblah Ummi tak kenankan Qis dengan anak kawan Ummi. Hailah.. budak zaman sekarang ni kuat sangat berahsia."

Hmm.. sudahlah. Semua dah percaya aku ada buah hati ni.

Qistina pura-pura senyum dan mencicip teh O panas.

"Nanti suruhlah kawan Qis tu datang jumpa Ummi, kita kenal-kenal. Kalau Ummi setuju, kita teruskan aje ke fasa yang lebih jauh."

Bush!

Tersembur air teh yang dicicip Qistina tadi. Lidahnya dijelir dan dikibas-kibas.

"Ish tak senonohlah Qis ni. Yang tiba-tiba boleh tersembur ni kenapa? Ummi suruh Qis bawak kawan Qis tu je kot," Qayyum seperti dapat 'menghidu' sesuatu yang tidak kena. Qistina mula tidak boleh duduk senang.

"Err.. Ummi.. kawan Qis tu businessman. So faham-faham ajelah hidup berbisnes ni macam mana kan?" Qistina cuba berdalih.

"Ummi tak kisah, janji Ummi akan dapat menantu."

Kata-kata Puan Qaisara hampir sahaja membuatkan jantung Qistina gugur. Dia buntu apa yang perlu dilakukan selepas ini. Aku kena bersedia dengan apa saja yang akan berlaku lepas ni. Ya, I have to be ready.



••
16 Sept 2016,

Sorry sebab this chapter mcm a bit merepek laaa idea yg berlakon & Adryan tetibe pinang Qis tu tetibe muncul so kita bantai jelahh

Keep reading and voting.

Fyi, nama novel ni dah ditukar atas sebab kesenangan hati aku ahaks. Jln cerita still sama, dont worry be happy . Tk suka ckp eh, kita tukar lagi ahaks.

,
Eycha.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang