Bab 13 : tunang

3.8K 111 14
                                    

"Meh, meh! Kita bergambar ramai-ramai!" Gamit Qayyum yang segak berbaju melayu di sisi Fakirah ke anak saudaranya yang khusyuk menjamah semangkuk cendol. Serentak empat kanak-kanak itu berpaling dengan wajah ceria.

"Wefie? Yeah, I wanna join!" Jerit salah seorang dari mereka. Pelamin dituju.

"Ha, meh duduk atas riba abang." Qayyum membawa budak lelaki ke ribanya. Adik kepada budak lelaki itu pula duduk di atas riba Fakirah.

"Wait! Qis nak join juga!" Qistina yang baru sedar suasana meriah di pelamin segera berlari ke situ. Ruang kosong diambil.

"Eh, Qis! Tolong ambil gambar, nah!" Qayyum menyerahkan kameranya kepada Qistina. Mulut Qistina muncung sedepa. Jahatlah abang ni! Ada aje nak kenakan aku!

"Say kimchi!" Jerit Qistina apabila masing-masing sudah seratus peratus bersedia dengan gaya serupa. Snap!

"Next! Freestyle!" Jerit Qayyum.

"Abang, bila turn Qis!"

"Semak aje, Qis ni tau! Cepatlah, everyone dah ready ni!" Qayyum mengabaikan adiknya. Muncung Qistina semakin panjang, boleh diikat.

Idea nakal muncul di minda Qistina. Dia tersengih sinis. Gambar mereka diambil kecuali Qayyum yang berada di tepi pelamin. Ni Nur Qistina Raisyalah! Tiada siapa boleh buli!

"Done!" Qistina tersengih-sengih.









"SYAFIK, meet my kakak ipar, Fakirah. Kak, ni kawan Qis, Syafik." Qistina memperkenalkan Fakirah kepada Syafik, begitu juga sebaliknya.

Fakirah kelihatan terkejut melihat Syafik, namun cuba dikawal reaksi itu. Syafik merenung wanita di hadapannya. Dia sepertinya mengenali Fakirah, namun dia tidak ingat. Amnesia, kan? Hati Syafik berkali-kali meyakinkan bahawa mereka berdua pernah kenal satu sama lain, namun dia tidak dapat mendesak memorinya. Makin didesak untuk ingat, makin sakit kepalanya.

Qistina memandang kedua-duanya dengan wajah blur. "Kau orang dah kenal satu sama lain ke?" Qistina bertanya.

Fakirah mendiamkan diri dengan wajah menunduk. Syafik menahan perit di kepalanya.

"Argh!" Syafik menjerit kecil. Sakit kepalanya tidak boleh ditahan. Mungkin dia terlalu mendesak. Kepalanya dipicit perlahan. Berkerut dahinya. Qistina panik, "kenapa Syafik? Are you okay? Kenapa ni?"

Mak Wan yang baru sedar akan kejadian itu segera ke arah anaknya. "Syafik, kenapa, nak?" Wanita tua itu turut panik. Bahu anaknya diusap lembut.

"Entahlah, bu. Sakit kepala tiba-tiba." Syafik bersuara dalam kesakitan.

"Marilah, Syaf. Kita balik. Qis, Mak Wan balik dulu ya, kirim salam pada mak kamu. Assalamualaikum." Sebelum beredar, sempat Mak Wan menoleh ke arah Fakirah di sisi Qistina yang tidak bersuara sedari tadi. Dia sedikit kaget melihat Fakirah namun tidak diendahkan perasaan itu. Keadaan anaknya lebih penting dan utama.

"Ha.. err.. yalah Mak Wan. Waalaikumussalam. Hati-hati." Qistina menghantar mereka berdua dengan ekor mata. Kakak ipar di sisi ditoleh. Kening dijongket.

"Kenapa eh, kak? Tiba-tiba pulak jadi macam tu," Qistina berkerut dahi. Fakirah garu kening yang tidak gatal, "errr... entahlah Qis. Pening sebab panas terik kut."

"Dia amnesia, kak." Qistina memberi maklumat walaupun tidak dipinta. Mata Fakirah membulat.

"Iya ke? Kenapa?"

"Dia accident hujung tahun lepas. Akak kenal dia ke?"

"Err... taklah! Akak tak kenal pun."

"Oh, tapi dia macam kenal akak."

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang