Bab 8 : pulangkan

2.8K 102 0
                                    

SENYUMAN ditarik lebar setelah melihat kelibat pujaan hatinya. Tanpa menunggu sesaat pun, Adryan lekas menyapa Qistina.

"Morning, you."

"Hmm.."

"Awal datang hari ni?" Adryan tidak berputus asa. Sebolehnya dia mahu Qistina berbual dengannya walaupun cuma sekejap. Dia tahu, Qistina masih tidak berpuas hati dengannya kerana menghantar pinangan tanpa berbincang terlebih dahulu.

"Kerja kena professional. Walaupun datang awal bukannya wajib dalam etika (?) bekerja, sikap professional tu mesti ada." Hambek kau, Adryan!

Adryan terkelu. Nampak sangat Qistina sedang marah berdasarkan kata-katanya yang lebar tadi. Berkenalan dengan Qistina hampir dua tahun sudah cukup buat Adryan untuk mengenali gadis manis itu.

"I minta maaf, it was my fault."

"You memang suka buat keputusan without make any discussion eh?" Qistina berura-ura untuk menghamburkan amarahnya.

"I am so sorry. I tahu, I tak sepatutnya buat macam tu. You tak suka kan?" Adryan sememangnya tidak ada bakat memujuk perempuan.

"Obviously." Qistina membalas ringkas.

"Macam nilah Ryan. I cukup malas nak bertekak dengan you kat hospital ni, nanti orang tengok tak elok. So better kita bincang kat tempat lain. Lunch hour nanti kita jumpa." Qistina terus berlalu pergi tanpa mendengar kata setuju dari Adryan.

Adryan akur.






SEPERTI yang dijanjikan, Qistina dan Adryan bertemu di sebuah restoran yang tidak jauh dari tempat kerja mereka. Meja yang agak terpencil dipilih. Privasi. Ya, Qistina perlukan privasi supaya dia dapat meluahkan apa yang dipendam. Dia perlu selesaikan hal ini hari ini juga.

Selepas pelayan beredar setelah menghantar pesanan mereka, mereka menjamu selera. Tiada satu patah perkataan pun yang muncul di antara mereka berdua sejak melangkah keluar dari hospital tadi.

Adryan menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya sambil tidak henti merenung Qistina. Makin cuak lelaki tinggi lampai itu apabila melihat wajah masam mencuka Qistina.

Makanan sudah habis dijamu. Tibalah masa Qistina membuka mulutnya.

"I tak tahulah apa yang menariknya I ni sampai you meminang I."

Qistina bukannya tidak tahu, Adryan bertindak secara melulu kerana khuatir Syafik terlebih dahulu meminang Qistina. Sedangkan ianya tidak mungkin berlaku kerana Syafik dan Qistina tiada apa-apa hubungan, cuma lakonan. Kata orang, siapa cepat dia dapat!

"You tak perlu tahu sebab apa I pinang you. Cukuplah you tahu yang I really love you. Love you so much since the first time we meet." Adryan mula mengeluarkan bakat 'sweet talker'nya yang jarang ditonjolkan.

Qistina meluat. Meluat yang amat dengan kata-kata manis dari Adryan. Orang tak suka tu, tak payahlah nak terkejar-kejar!

Qistina mencapai tas tangannya di kerusi bersebelahan dengannya. Zip beg itu dibuka lalu dia menyeluk tangannya untuk mengambil sesuatu. Bekas berbentuk hati berwarna merah dibawa keluar. Adryan cuak. Itu bukan ke bekas cincin yang aku bagi kat mak Qistina?

"I want to give it back to you." Qistina menyerahkan bekas cincin itu.

Adryan tidak menyambutnya malah memberi soalan, "but why?"

"Because it is not mine." Ada makna tersirat di sebalik percakapan Qistina. Penyerahan cincin itu semula bermakna Qistina menolak pinangan Qistina, Adryan tahu. Betapa luluh hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

"I... I..." Adryan mati kata.

"You just don't need to say anything, ambil cincin ni dan serah pada yang lebih sesuai. Itu yang patut, kan?" Qistina faham keadaan Adryan sekarang. Pasti hati Adryan hancur berkecai saat ini. Tapi takkanlah dia perlu menjaga hati Adryan dengan menerima pinangan itu? Hatinya bagaimana?

"Tapi Qis.." Adryan memegang tangan Qistina yang diletakkan di atas meja. Qistina tersentak.

"Hei, apa ni Ryan!" Qistina separuh menjerit. Tangannya ditarik kasar. Sepasang kekasih di meja bersebelahan mereka memandang dengan hairan. Mungkin terganggu dengan jeritan Qistina tadi.

"You jangan kurang ajar tau! Know your limits!" Nada suara Qistina meninggi tetapi diujar perlahan.

"Sorry, Qis."

"I nak balik hospital, lunch hour pun dah nak habis ni. Bye." Qistina bangkit dari duduk dan terus beredar. Adryan turut sama. Mereka pulang ke hospital dengan berasingan.






"MACAM mana beb?" Soal Intan tanpa menunggu Qistina duduk terlebih dahulu. Tak sabar-sabar mahu tahu apa yang berlaku tadi.

"Bagilah aku duduk dulu, kau ni pun. Hah, macam mana apa pulak ni?" Qistina buat-buat tak faham. Malas sebenarnya dia ingin membuka cerita itu. Namun, apakan daya? Dengan Intan, tiada apa yang boleh disorokkan.

"Acah-acah tak tahu pulak!" Intan mencubit lengan Qistina. "Macam mana tadi, kau cakap apa dekat Adryan? Kau buat apa?"

Qistina mengadu sakit. Semua benda nak tahu!

"Okey jelah, tak ada benda yang luar biasa pun berlaku. Aku just pulangkan cincin tu and it's over." Qistina mengulas dengan wajah ceria. Intan berkerut dahi, "kau happy aje kan? Tak nampak frust langsung!"

"Buat apa nak frust? Patutnya Ryan tu yang kena frust! Lagipun, buat apa nak sedih-sedih beb, life must go on lah." Qistina menepuk-nepuk bahu Intan.

"Aku tak fahamlah dengan kau ni. Lelaki macam Adryan tu pun kau--"

"Enough! Sudah, sudah! Aku tak nak dengar kau bebel, eh? Stres!" Qistina pantas memotong kata-kata Intan. Intan mendengus geram.

"Eh! Lupa pulak aku nak bagitahu!" Intan menepuk dahi. "Nasib baik ingat."

"Apa dia?"

"Abang kau datang tadi, nak jumpa kau."

"Hah? Dia nak apa?" Qistina hairan. Jarang sekali abangnya datang ke hospitalnya pada waktu makan tengah hari. Biasanya Qayyum datang untuk makan malam, kerana waktu itu sahaja dia tidak sibuk.

"Manalah aku tahu, cik kak oi! Maybe nak ajak lunch kot, apa lagi kan?"

Qistina yakin ada yang ingin disampaikan oleh abangnya. Kalau tidak, Qayyum tidak akan sampai di hospital ini. Tapi.. kenapa kat sini? Kat rumah pun boleh kan? Tak nak Ummi dengar ke apa?

"Kau cakap apa?" Qistina menyoal sambil berharap Intan tidak memberitahu yang dia keluar bersama Adryan.

"Aku cakap kau keluar lunch dengan kawan perempuan, tu aje." Qistina lega dengan kata-kata Intan.



••
20 Sept 2016,

Keep reading n voting ya guys. Sambil tu commentlah opinion korg tntang citer ni. Hambar ke tak.

Nak suruh baca korg punya story pun ok jgk, sbb smua story yg aku bca slow update. Bosan nak tunggu.

,
Eycha.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang