Bab 21 : spaghetti

2.8K 123 9
                                    

Kalau tak buat game, takdenya reach 30 votes secepat ni! 🌚💆♥

                   

                           7:30 pagi, Qistina terjaga dari tidur yang lama. Kepalanya tidak lagi sakit tapi terasa berat. Pandangannya sedikit kabur. Dia perlahan-lahan bangkit dengan tangannya menongkat pada tilam — menampungnya. Apabila dapat duduk, matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang sedang duduk di meja belajar. Siapa lagi kalau bukan suaminya.

"Awak..." Panggil Qistina, suaranya agak serak. Mungkin kesan dari tidur yang lama. Firas menoleh — wajahnya agak terperanjat kerana tak sedar isterinya sudah bangun. "Dah bangun..."

Qistina bersandar pada kepala katil. "Bila saya balik? Berapa lama saya tidur? Siapa hantar saya balik?" Firas diaju dengan pelbagai soalan. Firas berdiri dan duduk di birai katil. Wajahnya kosong tanpa riak.

"Banyak soalan... Samalah, saya pun ada baanyakkk benda nak tanya." Tutur Firas — perkataan 'banyak' ditekankan. Qistina hanya mampu berkerut. Terasa aura Firas hari ini lain macam.

"Okay. First, bila awak balik... Malam tadi. Lebih kurang pukul 7. Second, berapa lama awak tidur... Saya rasa bukan tidur, tapi pengsan. Dalam masa 12 jam? Kot. Third, siapa hantar awak balik..." Kata-kata Firas terhenti. Wajah Qistina dipandang lama, masih dengan tanpa riak. Dia pandang ke depan semula.

"Entah. Sama ada kawan sekerja, atau teman tapi mesra, atau... Ex boyfriend?" Nada Firas kedengaran sarkastik.

"Cup! Cup!" Qistina mengangkat tangannya. Badannya dipusing menghadap suaminya. "TTM? Ex boyfriend? Apa benda awak cakap ni?" Berlapis dahi Qistina. Pelik betul dia dengan perangai lelaki itu hari ini. Dahlah bersuara pun tak ada nada, pandang muka dia pun tak nak. Dingin semacam.

"Oh, kalau bukan dua-dua tu... Maksudnya kekasih gelap, lah?" Masih sarkastik. Makin berlapis dahi Qistina. Memorinya cuba diselami. Lama. Sehinggalah tiba-tiba dia teringat sesuatu.

Adryan!

Qistina terus tergelak berdekah-dekah. Dia berdiri. Perutnya ditekan-tekan — ketawa tak henti-henti. Firas merenungnya atas bawah dengan dahi berkerut dan mata sedikit mencerlung.

Bini aku pengsan terus gila ke apa?

Selepas beberapa saat, tawa Qistina mati. Dia berdehem-dehem. Tiba-tiba rasa malu dengan kelakuannya tadi. Sedap aje dia bantai gelak macam orang gila depan suami yang tak tahu apa-apa. Qistina memeluk tubuh — cubaan mengurangkan rasa janggal.

"Raisya, awak okay ke tak ni? Saya rasa something wronglah. Kita pergi buat check-up nak?" Firas memberikan cadangan. Qistina hampir sekali lagi meletuskan tawanya tapi segera ditahan.

"Saya okaylah."

"Dah tu? Apa yang lawak sangat? Mereng?"

Qistina menggeleng-geleng. "Ni saya nak tanya ni. Lelaki yang hantar saya semalam tu macam mana orangnya? Tinggi?" Soal Qistina dengan kening terangkat. Firas mengangguk — melayan saja walau tak faham maksud di sebalik soalan itu.

"Putih?" Firas angguk lagi.

"Ada misai nipis, kan?" Tanya Qistina lagi sambil mengecilkan matanya. Firas mengangguk lagi persis burung belatuk. Qistina mengetuk dagunya dengan jari telunjuk — berfikir apa lagi ciri-ciri yang ada pada lelaki yang dia maksudkan.

"Rambut line tepi? Pakaj kemeja?" Firas menangguk lagi. Makin berlapis dahinya. Qistina memetik jari betul-betul di hadapan wajah suaminya. Dia ketawa kecil.

"Itu... Yang hantar saya tu... Adryan lah awak!" Qistina mengambil tempat di sebelah Firas. Kakinya disilang. Tangannya menongkat dagu — merenung wajah Firas.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang