Bab 17 : perjanjian

2.4K 90 4
                                    

HARI yang dinanti akhirnya muncul jua. Debaran di hati tak usah dikata, kalah orang yang baru habis maraton. Tangannya menggigil sedikit. Lantas tangan kanan itu menumbuk dinding bilik di hadapannya.

"Eh, you dah gila ke, my dear Firas?" Seorang mak andam yang sedang menyusun barang-barang di atas meja solek, menegur tindakan Firas. Firas mencebik.

"I'm trying to get rid of it."

"What?"

Firas memegang dada kirinya. Memaksudkan posisi hatinya. Sally; mak andam tersebut, mencebik. Serupa itik.

"Nak nervous apa, you kan berani. Hari-hari pergi gim pulak tu, takkan salam dengan tok kadi pun dah cuak." Sally memandang rendah anak kepada pelanggan setianya di butik kepunyaannya.

"Wow. Wow. Wow. It's easy for you lah sebab you memang takkan salam dengan tok kadi. Kan?" Balas Firas, tersenyum nakal. Sally naik panas. Dirinya seakan diperli. "Hellooo! I lembut okey, bukannya gay!" Tercebik-cebik mukanya menahan geram.

"Aah, lupa. You lembut macam sotong." Firas ketawa terkekek-kekek apabila sekali lagi berjaya mengenakan lelaki yang tua 9 tahun di hadapannya.

"That's so rude of you!" Sally berpura-pura marah padahal dia mahu membantu menghilangkan debar di hati Firas. Firas tersengih sambil menyatukan dua tapak tangannya betul-betul di depan wajahnya; tanda minta maaf. Sally menjeling manja.

"Enough. Sit here, I nak touch up muka you." Sally menarik kerusi kecil di bawah meja solek itu. Walaupun pengantin lelaki, seeloknya wajah ditacap untuk menaikkan seri. Sekaligus menutup segala cela yang ada.

Kedengaran Firas mengeluh. Dia tak gemar berhias dan kalau boleh dia tak mahu isterinya bermake-up tebal. Wah, belum nikah lagi dah ada syarat!

"What are you gonna put on my face?" Firas bertanya. Jelas nadanya malas melayan. Sally tersenyum jahat, "I'm going to put this." Maskara di atas meja diambil lalu ditayang. Mata Firas membulat. Biar betul si lembut ni?!

"And then, I nak letak blusher sikit. Biar nampak wow gitu. I'm sure you'll be looking like mat salleh." Tambah Sally lagi. Seronok dia menakut-nakutkan Firas. Firas mengetap gigi. "No, no, no. Hell no!" Firas separuh menjerit. Sally ketawa terbahak-bahak.

Bunyi ketukan di pintu. Terpacul wajah kanak-kanak perempuan, adik saudara Firas. Budak kecil itu menyampaikan pesanan dari ibunya supaya bersiap segera.

Majlis bakal berlangsung.








DENGAN dua kali lafaz, Firas dan Qistina sah menjadi suami isteri. Air mata Qistina menitis syahdu di pipinya. Dia sudah menjadi milik orang. Ini bermakna tanggungjawab dan syurganya beralih kepada Firas.

Selepas majlis akad nikah di masjid, tetamu dari pihak lelaki yang kebanyakan datang dari Brunei disajikan dengan sedikit jamuan di rumah Puan Qaisara. Riuh-rendah suasana di rumah itu ditambah dengan suara anak-anak kecil. Untungnya Firas, ramai anak saudara, omel Qistina.

Firas yang sedang menghirup air di cawan di hujung khemah menarik perhatian Qistina. Tadi dia tidak dapat berjauhan dengan suaminya itu kerana ada sesi bergambar. Baru kini dia dapat berenggang sekejap. Tapi takkanlah seorang ke timur, seorang ke selatan, kan? Tak manis orang tengok.

"Hui..." Sapa Qistina. Firas mengangkat sebelah kening dengan dahi berkerut. "Assalamualaikum." Firas bersuara. Qistina mencebik, sedar dirinya diperli. "Waalaikumussalam."

"Nak apa? Baru berenggang kejap, dah nak menyendeng dekat orang." Firas bersuara mengusik. Qistina menayang muka meluat. "Eleh, mengejek orang nampak. Tadi masa akad nikah dahlah muka orang tu mengalahkan nampak hantu! Sebelum ni, bukan main confident. Konon berani. Sekali dua kali lafaz!" Bidas Qistina selamba. Dia ketawa kecil.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang