Part 1

3.8K 141 11
                                    

Lip lap lip lap kelipan lampu kelab malam . tambahan dengan pelbagai lagu yang memekik di telinga , disambut orang ramai yang leka menari dan menikmati lagu tersebut . Huang Zi Tao , lebih dikenali sebagai tao juga turut berada di kelab malam tersebut bersama rakan2 sebayanya . Mereka berkumpul di satu meja dan menghabiskan masa dengan perkara2 yang sia2 . Detik demi detik berlalu , tiba jam 3 pagi .. Tao pulang ke rumahnya dalam keadaan yang mabuk , matanya kuyu , badannya terasa lemah . Sebaik sahaja papanya membuka pintu rumah itu , lantas tao rebah ke lantai sambil mulutnya masih lagi tersenyum-senyum dan keluar kata2 yang tak jelas dr mulutnya . Tidak berdiam diri , papanya langsung mendirikan Tao lalu bertanya " what's wrong with u Tao ? " dengan nada yang sedikit tinggi . Tao tidak menjawab pertanyaan papanya malah hanya tersenyum menampakkan giginya dan keadaan matanya yang hampir tertutup . Melihat keadaan tersebut , membuatkan kesabaran papanya hilang lalu lantas beliau menampar pipi anak kesayangannya itu membuatkan tao tidak dapat mengawal badannya lalu terus jatuh ke lantai

" abang ! kenapa buat camtu dekat tao ? " jerit mama tao yang dalam perjalanan menghampiri mereka

" tengok la anak awak ni ! keluar di siang hari , pulang di larut malam .. dan dalam keadaan mabuk , tak tentu arah .. mana saya nak letak muka saya kalau kawan2 saya nampak kelakuan tao ni " jerit suaminya yang tidak dapat mengawal emosinya

Isterinya mula menghelakan nafasnya lalu memanggil pembantu rumahnya dan mengarah supaya memimpin tao masuk ke dalam bilik tidurnya . Setelah itu , mama tao menarik tangan suaminya untuk duduk di atas sofa dir uang tamu . " saya ambil air kejap " kata isterinya lalu melangkah ke dapur

Tak lama , datang isterinya sambil membawa segelas air lalu diberikan kepada suaminya . Hal ini kerana tidak mahu emosi suaminya terganggu . Setelah selesai mengambil dan menghembuskan nafasnya , lalu suaminya bersuara " apa lagi yang perlu dilakukan supaya tao dapat berubah dr sikapnya tu ! lebih2 lagi tao tu masih lagi pelajar sekolah .. kalau dh habis sekolah nanti tak tahu la apa nak jadi dengan budak tu " sambil badannya disandarkan di sofa

" entah la abang ! saya pun dah pening .. bukan tak pernah cari guru yang dapat mengubah sikapnya tetapi dah terlalu ramai ! tetap tidak berubah , sebaliknya guru2 itu yang mengalah kerna tak sanggup nak hadapi karenah tao yang terlalu sosial dan keras kepala " kata isterinya mengeluh panjang

" mungkin ... tao berperangai teruk camtu sebab kita " kata suaminya tetiba

" salah kita ? apa salah kita ? " tanya isterinya yang sedikit bingung

" mungkin kita terlalu memanjakan dia sehingga dia terasa bebas untuk melakukan apa sahaja yang dia nak ! seolah-olah apa yang dibuatnya semua betul " kata suaminya yang sedikit menyesal membuatkan isterinya hanya terdiam kerana ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh suaminya

Sejak di malam tu , hanya kekeluhan dan penyesalan yang menemani mereka .. mereka seolah-olah ingin mengundur kembali masa dan ingin mendidik tao supaya menjadi orang yang lebih berguna

.......

" tikk tokk tikk tokk " bunyi jam yang bergerak dan menunjukkan hampir tibanya siang hari . Pabila jam menunjukkan pukul 9 pagi , bibik masuk ke dalam bilik tidur tao dan mengejutkan tao yang sedang lena tidur untuk bangun pergi ke sekolah . Seperti biasalah , pabila dikejutkan dr tidur .. tao segera memaki hamun bibiknya dan menyatakan bahawa kerja bibiknya hanya tahu mengganggu ketenteraman hidupnya .. Meskipun demikian , tao tetap bangun lalu membersihkan diri dan mempersiapkan dirinya untuk ke sekolah .. Tao menuruni anak tangga rumahnya menuju ke meja makan sambil menggalas beg sekolah di belakangnya . Tao menggigit sekeping roti dan meminum susu yang disediakan oleh bibiknya bagi sarapan pagi sebelum ke sekolah

[C] D͎iα Gαdis Limited EditionWhere stories live. Discover now