Part 15

1.1K 80 0
                                    

Tao yang masih bingung akan panggilan misteri itu langsung masuk ke dalam bilik tidurnya . Tao merebahkan punggungnya ke atas katil lalu mengusap kepalanya . " suara siapa tadi ? macam pernah dengar ! isshh siapa eh " rungut tao sambil memejamkan matanya dan mengerutkan sedikit muka . Tao kemudiannya membaringkan badannya sambil tangannya didepakan sambil matanya masih terpejam . Dua minit kemudian , mata tao dibuka serta badannya dibangunkan dengan laju . " jihyo " panggil tao yang mula teringat akan jihyo yang ditinggal sendirian di kolam renang tadi . Lantasnya tao membuka langkah keluar dari bilik tidurnya untuk menemui jihyo tetapi selangkah sahaja keluar dari bilik tidurnya , muncul jihyo di depannya . Pakaian jihyo masih lembap dan diletakkan tuala mengelilingi bahunya kerana kesejukan

" j jj jihyo " panggil tao perlahan

Sayangnya panggilan tao itu dibalas dengan satu tamparan yang kuat . " aku fikir aku dah boleh lepas dari didik kau tapi tak ! " kata jihyo sambil giginya dikacip kerana kecewa akan sikap tao . Bukan itu sahaja , jihyo juga telah mengembalikan teddy bear tersebut kepada tao . Setelah itu lantas jihyo melangkah pergi meninggalkan tao . " jj jihyo .. jihyo tunggu " jerit tao memanggil jihyo tetapi diendahkan oleh jihyo . Membuatkan tao hanya dapat mengusap wajahnya dan mengeluh panjang

.... skip

[ Di Lapangan Terbang Incheon ]

Keluar seorang jejaka berpakaian hipster dari perut kapal terbang . Dia berjalan memasuki lapangan terbang sambil menggalas sebuah beg berwarna hitam . Selangkah sahaja kakinya memasuki lapangan itu , terus menjadi tumpuan para wanita . Yang tua yang muda semuanya tertumpu kepada jejaka itu . Mujurlah jejaka itu seorang yang sporting . Dia memberikan senyuman manis kepada semua yang memandangnya serta menundukkan kepalanya kepada orang yang lebih tua . Dalam pada berjalan , kedengaran suara budak kecil yang memanggil " oppa " ke arah jejaka itu . Lantas dibuka kaca matanya lalu menajamkan tumpuan ke arah budak kecil tersebut

" yaa , kim yoo bin " jerit lelaki itu pula lalu segera mendapatkan budak kecil tersebut

" oppa ! yoobin rindu oppa " kata budak kecil itu

" ye oppa pun rindu yoobin .. btw yoobin datang dengan siapa ni ? " tanya jejaka itu

" dengan Junk oppa " balasnya tersenyum

" Hi Mark " sapa jun k yang baru muncul di depan mereka

Mark yang terduduk tadi segera bangun lalu memegang bahu jun k . " jun k ? wey ! lama tak jumpa kau .. kau apa khabar sekarang , sihat ? " soal mark laju sambil memeluk badan jun k melepaskan rindu . Maklumlah mereka berdua ni sahabat baik

" aku okey je ! kau tu .... aku fikir kau dah lupa aku , maklumlah 5 tahun menetap di London " balas jun k seolah-olah mengejek

" eh mana ada ! gila kau aku nak lupa sahabat baik aku sendiri .. lagipun kau tahu kan kenapa aku menetap kat sana bertahun-tahun " ujar mark

" ye ye .. dah la jom pergi , perut aku dah berbunyi ni .. mungkin lapar kot " kata jun k yang memulakan kenakalannya

" hurm .. jom la ! aku belanja kau " balas mark . Mereka kemudiannya berlalu pergi meninggalkan lapangan terbang Incheon

.... skip

Detik demi detik berlalu , hari sudahpun semakin gelap .. Jam sudah menunjukkan jam 9 . Masih ada lebih kurang 3 jam lagi sebelum tao pergi ke taman yeouido seperti yang dinyatakan oleh lelaki misteri petang tadi . Meskipun demikian , tao masih lagi tertanya-tanya siapakah gerangan tersebut . Belum pernah situasi sebegini berlaku kepada dirinya sebelum ini . " aku patut pergi sendirian atau aku ajak jihyo teman ? " " eh tak tak ! takkan lah aku nak libatkan jihyo dalam hal ni .. lagipun kalau aku ajak dia teman pasti dia fikir yang aku ni penakut ! errr no way .. " " uishh sedarlah tao ! ini tao lah .. setakat lelaki bermisai tebal , sekali jentik je dah mampus " . Pelbagai rungutan yang dikeluarkan dari mulut tao sebelum pergi ke destinasi tersebut . Tidak mahu berfikir panjang , tao kemudiannya keluar dari bilik tidurnya lalu turun ke bawah

[C] D͎iα Gαdis Limited EditionWhere stories live. Discover now