Part 26

959 83 2
                                    

Tao dan puan Hu sekarang berada di dalam wad kecemasan bagi menjaga tuan Zi yang terlantar di situ . Tao memeluk tubuh mamanya yang masih lagi menangis akan kejadian yang menimpa suaminya itu . " sabar ye ma .. tao yakin yang papa kuat ! dia pasti akan sedar nanti " katanya menghilangkan kerisauan puan Hu

Setengah jam berlalu , puan Hu akhirnya terlena di atas kerusi di samping katil suaminya . Tao yang menyedari itu , lantas bangun dan masuk ke bilik air . Dia menyegarkan mukanya dengan air paip sebanyak dua kali . namun sebaik sahaja dia meraut wajahnya , kelihatan wajah jihyo di cermin yang tergantung di hadapannya

" jihyo ? " panggilnya terkejut lalu lantas berpaling ke arah belakang . Tetapi sayangnya tiada jihyo di belakangnya dan tiada sesiapa pun yang masuk ke dalam bilik air itu bersamanya . Setelah sekali lagi memandang cermin itu , wajah jihyo tidak lagi kelihatan . Tao mula berasa bingung akan apa yang terjadi kepadanya . Dia berfikir sejenak ! namun .... " oh jihyo ! " jeritnya yang mula mengingati sesuatu

Lantas tao keluar dari bilik air itu dan berlari keluar dari hospital tersebut . Dia menuju ke arah kereta ferrarinya dan berlalu pergi ke tempat yang dinyatakannya kepada jihyo . Tetapi sayangnya apabila dia tiba di sana , jihyo sudahpun tiada di situ . Begitu juga dengan kereta milik jihyo . Yang ada hanyalah beberapa buah bangku yang kosong dalam keadaan yang begitu sunyi . Meskipun begitu , tao tetap keluar dari keretanya dan berjalan ke bangku di mana jihyo duduk sebentar tadi

" jihyo ! Song Jihyo ! Song Jihyo " jeritnya berulang kali memanggil nama jihyo

" aghhhh ! " jeritnya lagi sambil menendang batu-batu kecil yang berada di atas jalan itu . " macam mana aku boleh lupa hah yang aku ada janji temu dengan jihyo " sambungnya lagi dengan keluhan . Kali ini , tao pula yang duduk di bangku tersebut sendirian

[ slideshow ]

Setelah tiba di rumahnya kembali , jihyo segera masuk ke dalam bilik tidurnya . Dia meletakkan begnya di atas katil lalu melangkah pergi ke meja belajarnya . Jihyo duduk di situ dan bersandarkan badannya di kerusi . Namun tiba-tiba air matanya menitis di pipi . " aku jatuh cinta buat kali yang kedua .. dan aku dibalas dengan kekecewaan juga buat kali yang kedua ! adakah itu yang dinamakan cinta ? kenapa orang lain cakap yang cinta itu indah ? sedangkan aku merasa bahawa cinta itu sebenarnya menyakitkan ! kenapa aku harus jatuh cinta pada lelaki seperti dia ! berjanji untuk bertemu tetapi memungkirinya .. " desis hatinya kecewa mengingatkan peristiwa tadi

" oh jihyo , wake up ! kenapa kau perlu bersedih ? kan kau sendiri yang suruh dia buat keputusan ! sekarang dia dah buat keputusannya , yang dia lebih memilih hani !! dia mungkin cintakan kau tetapi cintanya kepada hani lebih kuat " katanya lagi yang cuba menghilangkan rasa sedih itu

Meskipun kata2 itu memberikannya semangat namun ia tidak berhasil untuk merawat kekecewaan di hati jihyo . Perasaan jihyo masih lagi bercampur baur ! dia marah kerana tao memungkiri janji tetapi dia juga sedih kerana tao lebih memilih untuk kembali kepada ex-girlfriendnya ..

........... skip

[ keesokan harinya ] – cuti sekolah

" maa mama ... " jerit jihyo sambil berlari menuruni anak tangga

" ye sayang .. kenapa teriak pagi2 ni ? " soal puan Hu bingung

" hyo nak keluar kejap tau ! nak baiki fon ni tetiba rosak " pintanya sambil memegang telefonnya yang rosak itu

" ish kamu ni ! mama fikir apa lah tadi sampai teriak macam tu sekali .. buat terperanjat orang je " kata puan Hu melepaskan keluhannya

Jihyo hanya tersenyum mendengar bebelan mamanya . " sorry " katanya riang lalu melangkah keluar dari rumah dan berlalu pergi menaiki keretanya

[C] D͎iα Gαdis Limited EditionWhere stories live. Discover now