Sebaik sahaja dibenarkan tidur di dalam bilik kris , lantas jihyo merebahkan punggungnya di atas katil . Dia perlahan-lahan rebahkan badannya kerana tangannya masih lagi terasa sakit meskipun sudah diubati Tao . Perlahan-lahan juga matanya ditutup . Barulah dia dapat merasakan keselesaan untuk tidur setelah berjaya keluar dari bilik usang itu dan mengelakkan diri dari wanita yang tak berperikemanusiaan itu . Lama-lama dipejamnya , akhirnya jihyo terlelap jua ...
.... Sementara tao dan kris yang berada di ruang tamu masih lagi tidak tidur dan leka berborak ! tidur lewat malam dah menjadi kebiasaan mereka , lebih-lebih lagi sekiranya ibu bapa kris tiada di rumah .. tidak lepas juga dengan telefon masing2 di tangan . Dalam leka berborak , tetiba
" arghhhhhh " terdengar jeritan kuat di tingkat atas . Membuatkan tao dan kris terkejut besar , entah apa yang terjadi tetiba sahaja terdengar jeritan seorang perempuan . Tanpa membuang masa , mereka bergegas ke tingkat atas bersama-sama . Tibanya di tingkat atas , terdengar jelas jeritan itu dari bilik kris di mana jihyo berada . Lantas mereka melangkah ke sana dan memulas tombol pintu bilik tersebut dengan perasaan yang panik
" lepaskan aku "
" jangan sentuh aku ! "
" pergi dari sini ! pergi .. " jerit jihyo yang terbaring di atas katil sambil tangannya seolah-olah menghentam sesuatu .. kepalanya menggeleng seperti inginh mengelakkan sesuatu serta dahinya sedikit berkerutMelihat keadaan itu , lantas tao melangkah pergi mendapatkan jihyo . Tao memegang kedua tangan jihyo dan memanggil-manggil namanya tetapi tidak berkesan . bahkan jihyo menepis tangan tao dan masih berkata agar pergi darinya .. kesabaran tao semakin pudar lalu lantas dia menggoncang kuat badan jihyo dan menjerit " jihyo ya ~ ni aku , tao ! " .
Jeritan itu berjaya mengawal jihyo yang tetiba bersikap demikian . Jihyo akhirnya membuka mata dan mulutnya tidak berhenti mengeluh seperti baru sahaja ternampak hantu . Tetapi pabila dibuka matanya dan melihat tao yang ada di depannya , lantas dia memeluk erat tubuh tao lalu berkata " aku takut .. jangan tinggalkan aku " dengan nada yang lemah .
Mata tao tetiba berkelip laju setelah dipeluk oleh jihyo . Entah apa yang dirasanya , tetiba jihyo memeluk tubuhnya dan berkata sedemikian . Tangannya teragak-agak untuk menerima pelukan jihyo ataupun biarkan sahaja jihyo memeluk tubuhnya sendirian . Tao kemudiannya memandang ke arah kris yang berada di sudut pintu dengan mengangkat keningnya , menunjukkan muka hairan . Tetapi kris malah memberi isyarat agar terima pelukan jihyo membuatkan tao terkejut dan menggelengkan sedikit kepalanya . Tetapi kris tetap memberi isyarat agar menerima pelukan jihyo kerana malam itu jihyo kelihatan begitu takut
Akhirnya , dengan perlahan-lahan tangan tao digerakkan untuk memeluk jua tubuh jihyo . Pabila sudah disambut pelukan itu , lantas tao bersuara " jangan takut k .. aku ada ni .. aku takkan tinggalkan kau " bernada lembut . Kata-kata yang diungkapnya itu hanya untuk meredakan hati jihyo yang tetiba gelisah itu
Setelah sekian lama mereka berpeluk , akhirnya jihyo meleraikan pelukan itu dengan perlahan-lahan lalu menatap wajah tao yang ada betul-betul di depannya . " sorry " sepatah kata yang terkeluar dari mulut jihyo . Tao yang dilamun tatapan jihyo itu lantas berdehem bagi mengontrol dirinya . " s s sokey " balas tao selamba
" ermm better kau tidur balik k .. reaksi wajah kau terlalu penat tu " kata tao simpati
" tapi aku takut ... camne kalau orang tu datang lagi " balas jihyo lemah dan masih dalam perasaan takut
" o orang ? orang mana ? siapa ? " tanya tao bingung sambil mengerutkan dahinya
Mulut jihyo terkumat-kamit mendengar pertanyaan tao . Tidak tahu ingin diceritakan ataupun tidak kepada tao tentang apa yang dimipikannya itu
YOU ARE READING
[C] D͎iα Gαdis Limited Edition
Romance|| ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴇsᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀᴡᴀᴋ ᴄᴀʀɪ • ᴍᴀᴀғ , sᴀʏᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ᴏʀᴀɴɢɴʏᴀ•• || •ʜᴜᴀɴɢ ᴢɪᴛᴀᴏ x sᴏɴɢ ᴊɪʜʏᴏ •ᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴊɪʜʏᴏ ᴍᴇʟᴇᴍʙᴜᴛᴋᴀɴ ᴋᴇᴋᴇʀᴀsᴀɴ ʜᴀᴛɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪ ᴛᴀᴏ •? START DATE : 18 SEPTEMBER 2016 END DATE : 1 DECEMBER 2016 STATUS : COMPLETE