Part 16

1.1K 68 0
                                    

Detik demi detik waktu berlalu . Akhirnya sinaran bulan diganti sinaran matahari . Jam sudahpun menunjuk tepat jam 8 pagi . Kebetulan jihyo pada waktu itu tersedar dari lenanya . Lantas jihyo bangun bagi persiapan diri untuk ke sekolah . Jihyo menaiki anak tangga rumah , menuju ke bilik tidur tao untuk mengejutkan tao . Tetapi dari jauh lagi kelihatan pintu bilik tidur tao tidak tertutup . Padahal biasanya tao akan menutup pintu biliknya agar tiada siapa yang dapat masuk ke biliknya . Tanpa berfikir apa2 , lantas jihyo berjalan ke arah bilik tao . Selangkah sahaja memasuki bilik tidur tao , alangkah terkejutnya jihyo apabila melihat tao sudahpun sedar dari tidurnya dan duduk bersandarkan kepala katil . Biasanya dialah yang paling susah nak bangun pagi

Melihat tao yang jauh mengelamun , membuatkan jihyo mengentuk2 pintu bilik tersebut bagi mengejutkan tao dan menyedari akan kehadiran dirinya . Akibat ketukan itu , lamunan tao terus pudar .. tao seolah-olah baru tersedar dari mimpi lenanya

" tao .. awalnya kau bangun ? " jihyo mula bertanya kerana hairan akan apa yang dilihatnya

" aku ... "

" jangan cakap yang kau tak tidur semalam ! hari ni sekolah tau , masa cuti dah habis " jihyo mula berkata lagi

" aku tak ngantuk ! aku dah cuba pejam mata tapi .... tak de hasil " balas tao sedikit lemah

" so ? kau tak pergi sekolah la hari ni ? " soal jihyo lagi

" asal pula tak pergi ? kau tu pergi lah siap2 dulu " balas tao lalu bangun dari katilnya dan menggapai kain tualanya lalu memasuki bilik mandi

" ish tak faham betul la aku dengan mamat ni " dengus jihyo lalu melangkah keluar dari bilik tao dan menuju ke bilik tidurnya

Setelah selesai berpakaian lengkap , jihyo dan tao turun ke bawah untuk sarapan pagi sebelum berangkat ke sekolah . Mereka ke sekolah menaiki kereta ferrari yang dipandu oleh tao . Perjalanan mereka mengambil masa selama 8 minit . Setibanya mereka di parkir kereta , tetiba datang sebuah motor yang dinaiki oleh jun k dan iu yang memakirkan motor di sebelah kereta tao . Sengaja hendak mencari gaduh , jun k memulas throttle grip motor sehingga mengeluarkan bunyi yang memekik telinga

" sudah lah ! " jerit iu sambil menghempuk bahu jun k agar jun k hentikan perbuatan nakalnya itu

Tao kemudiannya keluar dari perut keretanya lalu mendekatkan mukanya ke muka jun k dengan pandangan mata yang agak serius . Melihat keadaan itu , lantas jihyo keluar jua dari kereta tao lalu menghampiri mereka . " tao , jun k please ! ni kawasan sekolah " sampuk jihyo sebelum semuanya menjadi lebih parah

Mendengar sampukan jihyo , lantas tao mengalihkan mukanya dari terus menghadap muka junk . Tao kemudiannya mendapatkan beg sekolahnya di dalam kereta lalu berjalan menuju ke arah kelas tanpa sepatah kata . Setelah saling berpandangan antara satu sama lain , akhirnya mereka memutuskan untuk menyusul tao ke kelas

Mereka semua akhirnya tiba di dalam kelas . Mereka duduk di tempat masing2seperti sedia kala . Setelah beberapa minit berlalu , masuk cikgu jessi ke dalam kelas mereka . Membuatkan para pelajar segera lari ke tempat masing2 . Jessi meletakkan bukunya di atas meja guru , lalu berdiri di hadapan murid-muridnya . " ok kelas ! semua dah tengok poster yang ditampal di dewan utama ? " soal jessi

" dah " jerit sesetengah para pelajar

" so saya harap dalam kelas ni ada yang menyertainya " pinta jessi dengan harapan yang tinggi

" eh kau nak ke ? aku tak nak aku tak de bakat "

" aku pun tak nak "

" tapi apa salah kalau cuba kan ? "

[C] D͎iα Gαdis Limited EditionWhere stories live. Discover now