Sebelum tiba jam 9 , jihyo sudah pun berhiaskan dirinya dengan memakai dress labuh berwarna pink putih . Rambutnya dibiarkan terurai seolah-olah turut membiarkan anak2 rambut membelai pipinya . Setelah itu , jihyo memakai kasut yang bertumit tinggi bagi persediaan majlis nanti
Manakala Tao juga sudahpun berhiaskan dirinya dengan memakai kemeja berwarna putih beserta kot dan seluar bewarna hitam . Rambutnya dipacakkan ke atas sempena ke majlis tersebut . Selepas itu , tao menyemburkan perfume Hugoboss di bahagian leher dan pergelangan tangannya . Kemudian dia turun ke bawah bertemu kedua orang tuanya untuk pergi ke majlis itu
Detik demi detik berlalu , semakin ramai yang melangkah masuk ke dalam rumah jihyo . Ada sesetengahnya terpegun melihta suasana rumah itu yang seolah-olah seperti syurga . Pemandangan itu sangat menarik perhatian tetamu yang datang . Setelah semuanya sudah berkumpul , puan song menaiki anak tangga rumahnya lalu memimpin jihyo turun ke bawah menemui tetamu mereka . Jihyo mula menuruni anak tangga rumahnya dengan ukiran manis di bibir disambut pimpinan mamanya . membuatkan para tetamu bertepuk tangan melihat jihyo kecuali Tao . tao hanya memandang jihyo sebelah mata dan masih tidak perasan yang jihyo adalah wanita yang terlanggarnya di coex mall petang tadi
Setelah selesai memperkenalkan anak mereka , song Jihyo . mereka semua dijemput merasakan hidangan yang disediakan . sementara itu , jihyo masih lagi berdiri di hadapan pintu masuk rumahnya bagi menyambut tetamu yang datang sedikit lewat . Manakala Puan Song dan Tuan Ji pula sedang melayan tetamu mereka sekaligus rakan sekerja mereka . Tak lama , datang tao bersama kedua ibu bapanya menghampiri mereka
* Berdehem * " boleh cakap sebentar " pinta tuan Zi
" eh , boleh je .. kejap ea " kata Tuan Ji sambil meminta izin untuk menghentikan perbualannya dengan raka2nya itu
" ye kenapa ? " tanya puan Song yang sedang berhadapan dengan ibu bapa Tao
" kalau boleh tahu .. kenapa Jihyo menetap di USA selama dua tahun ? " tanya puang Hu sedikit bingung
" jihyo menetap di USA bg menyambung pembelajarannya .. sekarang dia rasa nak rehat sebab terlalu penat so dia pulang ke seoul selama setahun .. sambil2 berjumpa dengan kami .. saling rindu la katakan " kata puan song tersenyum
Mendengar kata2 itu membuatkan puan Hu dan Tuan Zi tersenyum . Mereka seolah-olah dapat merasakan kebahagiaan seorang ibu yang melahirkan anak yang berjaya dan berguna
" mendengar kata2 itu saya dapat rasa yang jihyo ni pasti seorang anak yang pandai berdikari , pandai sesuaikan diri dan sebagainya kan ... so boleh saya minta tolong ? " kata puan Hu lagi
Puan song hanya tersenyum mendengar pujian yang dilambungkan kepada anaknya , kemudian dia bersuara " minta tolong apa ? "
" kalau boleh ... saya nak jihyo menjadi guru bimbingan kepada Tao ! saya yakin yang jihyo pasti dapat mengubah kehidupan tao supaya menjadi lebih baik berdasarkan apa yang saya dengar tentang kehidupan jihyo " pinta puang Hu berharap
Mendengar pintaan itu , lantas puan song memandang ke arah suaminya . Mereka awalnya berat untuk melepaskan anak kesayangannya itu , tetapi mereka akhirnya bersetuju atas sebab rayuan yang diminta oleh rakan baiknya itu . Kemudian puan Song memanggil anaknya , jihyo menghampiri mereka untuk bertemu Tao dan orang tuanya
" hai .. saya Song Ji Hyo " . Jihyo memperkenalkan dirinya kepada orang tua Tao serta bersalaman dengan mereka
" hai .. erm btw perkenalkan ini anak kami , Tao " kata tuan Zi sambil menghempuk perlahan bahu Tao
Sebaik sahaja mereka ingin bersalaman , tetiba wajah mereka saling berkerut . " kau ? " jeritan yang keluar dr mulut mereka serentak . lantas tangan mereka itu diletakkan kembali ke sisi badan
YOU ARE READING
[C] D͎iα Gαdis Limited Edition
Romance|| ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴇsᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀᴡᴀᴋ ᴄᴀʀɪ • ᴍᴀᴀғ , sᴀʏᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ᴏʀᴀɴɢɴʏᴀ•• || •ʜᴜᴀɴɢ ᴢɪᴛᴀᴏ x sᴏɴɢ ᴊɪʜʏᴏ •ᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴊɪʜʏᴏ ᴍᴇʟᴇᴍʙᴜᴛᴋᴀɴ ᴋᴇᴋᴇʀᴀsᴀɴ ʜᴀᴛɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪ ᴛᴀᴏ •? START DATE : 18 SEPTEMBER 2016 END DATE : 1 DECEMBER 2016 STATUS : COMPLETE