Tak lama kemudian , Tao tiba di rumahnya . Dia meluru masuk ke dalam sambil membawa beg tangan jihyo . Puan Hu yang sedang menonton televisyen di ruang tamu lantas menghampiri Tao setelah menyedari akan kepulangan Tao . " eh Tao , mana jihyo ? " tanya puan Hu
" bukan ke dia dah balik ? " tanya Tao yang beranggapan demikian
" dah balik ? kan beg tangan dia ada dengan kamu tu .. balik apa benda nya ! " kata puan Hu yang hairan akan balasan Tao
" memanglah beg ni ada dengan Tao ! dia tertinggal dalam kereta " kata tao selamba
Puan Hu mula mengerutkan dahinya . " jihyo dah pulang ke ? bila ? " desis hatinya . Untuk tidak memeningkan kepala , lantas puan Hu melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik jihyo bagi memastikan bahawa jihyo sudah betul2 sudahpun pulang ke rumah . Tao juga menyusul ibunya dr arah belakang . Setelah tiba di bilik jihyo , Puan Hu tidak mengetuk pintu terlebih dahulu malah langsung memulas tombol pintu tersebut dan memanggil nama jihyo . Tetapi sayangnya , tiada siapapun yang menyahut panggilan itu malah tiada seorang pun di dalam bilik tersebut . Hal itu membuatkan mereka sedikit hairan
" jihyo , jihyo , song Jihyo " . jerit Puan Hu memanggil jihyo takut2 jihyo tidak mendengar panggilan yang pertama . Tetapi meskipun berkali-kali dipanggil , tetap tiada hasilnya . Tetap tidak kelihatan sedikit pun kelibat mahupun bayangan jihyo . Membuatkan Puan Hu langsung menghampiri Tao yang berada di sudut pintu dengan riak wajah yang risau
" mana jihyo ? mana jihyo yang kamu kata dah pulang ? mana ? " jerit puan Hu yang mula risaukan jihyo yang tetiba hilang . " Mama tak rasa yang kamu hanya jemput dia , pasti kamu ada pergi mana-mana kan ? " tambahnya lagi
Perasaan tao juga mula tidak senang . Tao tidak menyangka bahawa sangkaannya yang jihyo sudah pulang ke rumah tidak tepat . " mem .. memanglah tao ada ke tempat lain tadi , tapi jihyo ada bersama Tao " balas tao sedikit gagap
" kalau dia pergi bersama kamu , mana dia sekarang ? bagitahu mama mana dia! " . Puan Hu mula meninggikan suaranya . Puan Hu mula tidak percaya akan kata-kata yang dilontar oleh anaknya
Kesabaran Tao hilang setelah ditengkin oleh ibunya . Lantas Tao meletakkan beg tangan jihyo di sudut pintu lalu melangkah menuruni anak tangga dan bergegas ke luar rumah . Tao mengheret anak kunci keretanya yang terletak di atas almari kecil dengan perasaan yang sedikit bengang . Setelah itu , Tao memulakan perjalanan mencari kelibat jihyo . Destinasi pertama , Tao menuju kembali ke kelab yang dikunjunginya sebelum ni bersama jihyo . Fikirnya mungkin jihyo masih di sana .
Setelah beberapa minit memandu , Tao tiba di kelab tersebut . Tao kemudiannya mengelilingi kelab itu sambil mencari-cari kelibat jihyo tetapi tiada hasilnya . Jihyo tetap tidak kelihatan di matanya . Dahinya mula berkerut , berbagai kata bermain di fikirannya . Untuk lebih senang , Tao segera membuka telefonnya dan mendail nombor jihyo yang dimintanya sebelum ini . Berkali-kali diteleofn juga tetap tiada hasil . Hal ini kerana telefon jihyo tidak bersama jihyo malah ada di dalam beg tangannya . Hanya keluhan yang dapat dihela oleh Tao pd malam itu . Tao mula bersa penat dan menyandarkan dirinya di kepala kerusi . Tetapi secara tak sengaja , Tao terlelap di dalam kereta itu
.... skip
Sebenarnya ...
Jihyo yang dipukul itu , diusung masuk ke dalam kelab tersebut . Jihyo dimasukkan ke dalam sebuah bilik kecil . Bilik itu seperti stor yang dipenuhi kotak-kotak dan barangan yang tidak dipakai . Jihyo kemudiannya diletakkan di atas kerusi kayu lalu dililitkan tali di sekitar pinggang/perut jihyo . Diikatnya begitu kemas supaya jihyo tidak mudah melepaskan diri . Sesudah itu , ditinggalkan jihyo sendirian di dalam bilik usang itu . Hanya bertemankan lampu kecil yang menyuluh ke arah jihyo sahaja .
YOU ARE READING
[C] D͎iα Gαdis Limited Edition
Romantik|| ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴇsᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀᴡᴀᴋ ᴄᴀʀɪ • ᴍᴀᴀғ , sᴀʏᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ᴏʀᴀɴɢɴʏᴀ•• || •ʜᴜᴀɴɢ ᴢɪᴛᴀᴏ x sᴏɴɢ ᴊɪʜʏᴏ •ᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴊɪʜʏᴏ ᴍᴇʟᴇᴍʙᴜᴛᴋᴀɴ ᴋᴇᴋᴇʀᴀsᴀɴ ʜᴀᴛɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪ ᴛᴀᴏ •? START DATE : 18 SEPTEMBER 2016 END DATE : 1 DECEMBER 2016 STATUS : COMPLETE