Detik demi detik berlalu ... hari sudahpun cerah . Jam loceng bergema di cuping telinga . Kali ini membuatkan tao tersedar sendiri dr tidur lenanya . Melihat jam tepat pukul 8 pagi , lantas tao membangunkan dirinya lalu menggapai kain tualanya dan terus ke bilik mandi tuk bersihkan diri . Sesudah itu , seperti biasa tao memakai pakaian seragamnya dan menghiasi dirinya diikuti memakai porfume . Kemudian tao menggalas beg sekolahnya lalu turun ke bawah untuk bersarapan
Dalam perjalanan menuruni anak tangga , anak matanya tidak sengaja memandang ke arah ruang tamu . Dahinya mula mengerut apabila masih lagi kelihatan badan jihyo di atas sofa tersebut . " jihyo masih belum bangun ? " desis hatinya . " ke aku salah tengok jam " katanya lagi sambil melihat jam di tangannya untuk kepastian bahawa waktu yang dilihatnya tadi betul2 waktu untuk pergi ke sekolah . Setelah dilihatnya untuk kali kedua , jam telah menunjukkan pukul 8.30 dan sememangnya waktu untuk ke sekolah . Kehairanan mula menguasai fikiran tao apabila melihat jihyo masih lagi tidur sedangkan biasanya jihyo lah yang mengejutkan tao di setiap pagi
Tanpa membazirkan masa , tao segera melangkah pergi menghampiri jihyo . Sebelumnya , tao sempat menjenguk jihyo takut2 jihyo sudahpun sedarkan diri . Tetapi mata jihyo masih lagi tertutup rapat . Tao lantasnya memegang bahu jihyo dan memanggil berkali2 nama jihyo bg menyedari jihyo dr terus lena . Mendengar suara2 yang memanggil2 namanya itu membuatkan matanya mula membuka perlahan-lahan
" jihyo cepatlah ! nanti lewat ke sekolah " jerit tao setelah melihat jihyo sudahpun sedar dr tidur panjangnya
Lantas jihyo membangunkan dirinya dengan riak wajah yang terkejut akibat jeritan tao . " sekarang dah pukul berapa ? " tanya jihyo . " dah nak dekat pukul 9 ni .. cepatlah " jerit tao membuatkan jihyo sekali lagi terkejut lalu lantas melangkah kakinya untuk menuju ke bilik tidur . Tetapi tiba2 kepalanya terasa pening . Pandangannya kelihatan kabur seolah-olah setiap apa yang dilihatnya menampakkan bayangan2 yang sama . Jihyo memegang kepalanya dan meraung kesakitan dengan nada yang perlahan supaya tidak didengari tao . Kerana waktu tidak mengizinkannya untuk berehat , jihyo cuba menahan rasa sakit itu dan berlalu naik ke atas tuk persiapkan diri ke sekolah . Setelah semuanya selesai dicampur dengan sarapan pagi , mereka berdua terus pergi ke sekolah
Tao memandu laju keretanya kerana tidak mahu terlewat sampai ke sekolah . Masa yang diambil oleh mereka lebih kurang dalam lima enam minit . Pabila tiba di sekolah , tao terus turun tanpa mempedulikan jihyo . Sementara kepala jihyo masih lagi berdenyut2 . melangkah sahaja kakinya , terus rasa pening itu menguasai kepalanya . Jihyo mula mengerutkan dahinya sambil tangannya memegang kepala . Tao yang sudah jauh melangkah tetiba terhenti setelah menyedari bahawa jihyo tiada di sampingnya mahupun di belakangnya . " mana jihyo pergi ? " kata hatinya hairan
Tao mula mencari-cari kelibat jihyo sehinggalah ternampak jihyo yang masih di pangkuan kereta . Kelihatan jihyo yang sedang menengkup di sisi kereta membuatkan tao berfikiran aneh . Tao mula berlari menghampiri jihyo . " jihyo .. kau okey ? " tanya tao hairan melihat kelakuan jihyo . " kepala aku ... sakit .. sakit sangat " rayu jihyo lemah . " so , kau nak balik rumah ? " tanya tao lagi sambil memegang bahu jihyo . " tak...tak usah ! aku pening skit je ni " . kata jihyo menolak pelawaan tao atas sebab tidak mahu menyusahkan tao . Meskipun berkali-kali dipelawa , jihyo tetap tidak mengubah keputusannya .
Akhirnya tao memutuskan untuk memimpin jihyo menuju ke kelas . Dalam perjalanan , tidak sengaja mereka ternampak Iu dan Jun k yang berada di balkon sekolah . Bukan sahaja duduk berdua , malah mereka saling mencuit2 dan gelagat mereka kelihatan sangat gembira . Entah apa yang dibicarakan sehingga mereka ketawa terbahak-bahak . Diperhatikan gelagat mereka dr jarak yang sedikit jauh , membuatkan perasaan tao bercampur baur . Perasaan dengki mula merasut fikirannya sehingga dia lupa bahawa dia sedang memimpin jihyo yang kepeningan .
YOU ARE READING
[C] D͎iα Gαdis Limited Edition
Romance|| ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴇsᴇᴍᴘᴜʀɴᴀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀᴡᴀᴋ ᴄᴀʀɪ • ᴍᴀᴀғ , sᴀʏᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ᴏʀᴀɴɢɴʏᴀ•• || •ʜᴜᴀɴɢ ᴢɪᴛᴀᴏ x sᴏɴɢ ᴊɪʜʏᴏ •ᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴊɪʜʏᴏ ᴍᴇʟᴇᴍʙᴜᴛᴋᴀɴ ᴋᴇᴋᴇʀᴀsᴀɴ ʜᴀᴛɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ᴘᴀᴅᴀ ᴅɪʀɪ ᴛᴀᴏ •? START DATE : 18 SEPTEMBER 2016 END DATE : 1 DECEMBER 2016 STATUS : COMPLETE