Part 5

1.3K 93 0
                                    

Selepas selesai makan pada malam itu , mereka berdua masuk ke dalam bilik masing2 untuk tidur . Badan mereka yang lemah itu dibiarkan istirehat dan menyimpan tenaga untuk hari esok

..... tikk .. tokk .. tikk .. tokk

Keesokan harinya ..

Jam menunjukkan pukul 7 pagi , " huwarghhh " . Jihyo tersedar dr tidurnya dan menggeliatkan tubuhnya . Jihyo sempat melakukan senaman di pagi hari bagi membetulkan tulang2nya . kemudian , jihyo melangkah keluar dr bilik tidurnya dan menuju ke bilik tidur Tao . Jihyo membuka perlahan pintu bilik Tao sambil melihat sama ada tao sudah bangun ataupun belum

Setelah memastikan bahawa Tao masih lena tidur , jihyo terus melangkah masuk dan menghampiri katil Tao . Jihyo mengejutkan tao dengan menggoncangkan badan tao sambil menjerit " tao .. tao bangun lah ! dah pagi ni .. nanti kau lambat nak g sekolah " dengan nada yang perlahan . Tetapi tiada respon dr tao

Awalnya jihyo masih lagi bersabar dan masih lagi mengejutkan tao . Tetapi meskipun sudah berkali-kali dikejutkan , badan tao hanya bergerak-gerak dan matanya masih lagi tertutup . Kali ini membuatkan jihyo hilang sabar lalu naik dia atas katil tao dan melompat-lompat supaya badan tao melambung-lambung . Hal itu pastinya membuatkan Tao tersedar dr tidurnya dan menjerit supaya jihyo hentikan permainannya itu

" haaa sedar pun " kata jihyo selamba sambil menuruni katil tao

" kau ni memang tak sah kan kalau tak kacau aku ? kalau runtuh katil ni tadi macam mana ! kau bukannya ringan sangat " jerit tao yang masih lagi dalam keadaan mamai

" kalau runtuh ... beli la yang baru " balas jihyo selamba lalu keluar dr bilik tao setelah memastikan bahawa tao sudah pun sedar dr tidurnya . Sebelum keluar sepenuhnya , jihyo sempat menjerit " pergi la bersiap2 jangan setakat bangun je "

" iye ..iye " balas tao kemudian bangun dr katil dan menggapai tualanya di dalam almari lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk bersihkan diri . Setelah itu , tao memakai pakaian seragamnya dan menghiaskan dirinya dengan memakai pomade hair beserta minya wangi hugoboss di pergelangan tangannya

Setelah itu , tao turun ke bawah untuk bersarapan sebelum ke sekolah . Manakala jihyo juga turun ke bawah untuk ke ruang tamu . Tetiba puan Hu memanggilnya . " nah " kata puan Hu sambil memberi sepasang pakaian seragam kepada jihyo

" buat apa ni ? " tanya jihyo hairan sambil menyambut pakaian itu

" aunty nak kamu tukar pakaian seragam ni dan pergi ke sekolah bersama Tao " pinta puan Hu dengan yakin

" hahh ! " jerit taohyo serentak

" why ? saya ada salah cakap ke ? " tanya puan Hu hairan melihat respon mereka

" takk .. tapi ..... "

" kenapa jihyo harus bersekolah dengan Tao ? dia kan baru balik dr USA ! biar lah dia rehat je dekat rumah " kata tao membantah dan tidak stuju atas cadangan mamanya

Lantas puan Hu berpaling ke arah jihyo . " kalau kamu tak keberatan ... kamu mahukan satu sekolah dengan Tao ? " tanya puan Hu dengan harapan yg tinggi

Mulut jihyo tetiba ternganga dan memandang sepantas kilat ke arah Tao . " hah .. erp ..er .. saya ..urm ..ert.. " balas jihyo teragak-agak sambil anak matanya bergerak ke kiri ke kanan

" dia tak nak la tu " jerit tao setelah melihat respon jihyo

Puan hu kemudiannya menghampiri jihyo . " jihyo ... kamu tak nak ke ? erm sorry .. aunty tak sepatutnya paksa kamu dan betul apa kata Tao . Kamu kan baru je pulang dr USA , pasti penat kan .. ok lah maafkan aunty k " kata puan Hu bernada lembut sambil cuba mengambil kembali seragam itu dr tangan jihyo

[C] D͎iα Gαdis Limited EditionWhere stories live. Discover now